Friday 2 October 2015

Three Little Birds @ D7

Salam Jumaat. Three little birds chirping on a tree..chip-chip here, chip-chip there, ohh, what a bright sunny morning. Haha..bukanlah nak cerita mengenai burung kecil, tapi cerita cafe yang diberi nama Three Little Birds. Lokasinya di D7 Sentul East, di Jalan Sentul..dekat saja dengan rumah..

Di belakang D7, ada Tamarind dan Saffron Condominium, depannya ada kembarnya D6 dan dua bangunan condominium yang gediks..the Capers dan yang dlm pembinaan the Fennel... 

 the Capers

Sentul East ni projek YTL, sebahagian daripada projek pembangunan semula tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Sentul. Rekabentuk bangunan memang moden dan up-to-date, cuma lokasinya cam out of place sikit, not sync dengan persekitaran. Tapi semuanya ni untuk mengubah landskap kawasan Sentul, urban regeneration, katanya, mengikut istilah town planning..

D7 ni bangunan kedai pejabat yang penuh kehijauan, bersambung dengan kembarnya, D6 melalui jejantas merentasi Jalan Sentul.

 D6 - dibelakangnya bangunan gedik, the Capers

D7

Ada dua blok bangunan di D7, konsepnya santai, lebih kepada konsep pencahayaan dan pengudaraan secara semula jadi, tona warna bumi (earth colour)..


Ruang di antara blok dipenuhi dengan wooden platform, wooden sunken seats, artificial water features dan tumbuhan hijau..mewujudkan suasana sejuk, tenang dan mendamaikan...


Memang sesuai konsep D7 ni dengan nama cafe Three Little Birds.. 

 the cafe

 outdoor seating

 chirping hours

Jom masuk, kita tengok apa yang ada di sini..


Mengikut info, kek keju sedap di sini..ok, order sepotong kek keju dan coffee with dark chocolate. Dah order, baru perasan, dua-duanya very creamy..erkk...

 kek keju - bolehlah, base yg masin sikit

coffee with dark chocolate

Overall, oklah..sepatutnya try kopi yang dikisar inhouse. Harga kopi di sini mahal jugalah - black coffee saja RM7.00..

lantainya seakan-akan basah

tiga bahagian - cafe, store & roastery

 mesin pengisar kopi

Bagi sesiapa yang cari tempat untuk lepak-lepak di kawasan Sentul, bolehlah singgah cafe ni, suasana tenang je, less havoc. Parking percuma di basement level..

Have a nice weekend...

24 comments:

  1. Cantik landskap D7... Terbayang di fikiran macam suasana di luar negara... The Capers tu nampak seram sikit...

    Lama dah saya tak ke Sentul... ntah tahu ke idok lagi jalan ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul mcm suasana di oversea...penuh kehijauan..the Capers tu mcm seriau sikit, rasa cam nak patah je bangunan tu..hihi..

      sekarang ni senang.,on je 'waze'..in shaa Allah, sampai..

      Delete
  2. bestnya akak suka tempat yg tak crowded sangat, yg tenanggg jeee
    senang nak menikmati segala nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi petang Sabtu..mungkin hari hujan, tak ramai orang..tapi memang rileks dan tenang je di sini..

      Delete
  3. cafe gini once in a while boleh la..duduk sengsorang, minum mocha...takde orang kacau..heaven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. once in a while lepak di sini sorang2, memang heaven..cari ilham..

      Delete
  4. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU NOHAS..SEDAPNYA NIKMATI KEK KEJU DGN MINUMAN YG LEMAK BERKRIM TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menyambut minggu baru..kek keju nya kurang sikit tapi kopinya ok..

      Delete
  5. best mengopi kat situ...santai nampak.Memang pelik bangunan gedik tu kt situ ya...peculiar tapi unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. santai mengopi di sini...pelik sikit sbb kwsan persekitarannya takde lah upmarket, high class.. tapi design bangunan canggih giler, arkitek luar negara..

      Delete
  6. Bijak owner dia memilih nama cafe mereka
    Menarik juga sebab biasa org guna 'waktu beroperasi' tapi mereka guna 'waktu berkicau' sebab burung kan berkicau.. lagi menarik nampak nyaman sebab banyak pokok hijau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif ownernya..cipta nama cafe dan waktu operasi = chirping hours..memang nyaman dengan suasana hijau dan water features..

      Delete
  7. Tempat tu nampak mendamaikan. Boleh pegi ni. Saya penggemar kopi :)

    ReplyDelete
  8. Hehe... i wouldn't call it gediks, i'd call it groovy, design bangunan yg ada groove dia yg tersendiri heheh. Adakah bangunan itu juga telah dilengkapi dgn sistem foundation tahan gempa? *tetiba pulak terfikir pasal gempa* huhuh...

    Nice cafe, i'd want to try the in-house coffee for sure, and maybe a sandwich? Lapaq ni... hehe X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tengok bangunan ni terasa ianya mcm menari je..tepat sekali groovy..move to the groove..nanti bila the Fennel siap, akan nmpk dua pasangan sedang menari..hehe..arkitek oversea yg cipta design bangunan ni, mungkin jg dah take into account semua aspek...

      minum kopi dgn sandwich memang layann..hihi..

      Delete
  9. lanskap yg mendamaikan . hari hujan , nampak sejuk je ...

    ReplyDelete
  10. kenapa bangunan gedik ahaha.. lawakla..
    orang2 KL sukala ni kan cafe hopping bleh cuba..
    kite di kejauhan.. tengok layan gambar saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan tu ada pinggang..cam gedik sikit..hihi..kt Georgetown lagi best cafe nya, rustic n antik bangunannya..suka tengok..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!