Wednesday, November 11, 2015

Dibawah Landasan Keretapi...

Ada apa dibawah landasan keretapi? Ada kedai-kedai yang happening, yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong..

Mari kita travel ke bandar-bandar dunia yang berjaya mentranformasikan, memanfaatkan ruang di bawah landasan keretapi menjadi pusat perniagaan..ada yang bertaraf high-class..

Ameyoko Shopping Street, Tokyo



Ameyoko - nama pendek untuk 'Ameya Yokocho' yang bermaksud 'candy store alley'. Diatasnya ialah trek keretapi Yamanote Line dari Okachimachi station ke Ueno station.

Di Tokyo, ada lagi kedai-kedai di bawah landasan keretapi iaitu di Chiyoda dan Minato..kebanyakan landasan keretapi di Jepun ni elevated, tinggi dari tanah..


Chiyoda

 Minato

Bila tengok gambar-gambar ni semua, rasanya kedai-kedai ni dah lama wujud, tahan sungguh gegaran.

Im Viadukt, Switzerland

source: wikipedia

Im Viadukt merupakan projek transformasi 'inner city' yang sangat menarik dari segi arkitekturnya, hasil kreativiti firma arkitek Swiss, EM2N.


Stonewall masih dikekalkan di luar dan di dalam kedai, menghasilkan 'rugged surface', so cool..

Markethalle (source: wikipedia)

Pertama kali tengok Im Viadukt ni dalam program Designer Travel di channel 728 Life Inspired. For more info, klik sini imviadukt website.

Menarik juga idea buat kedai di bawah landasan keretapi ni. Kalau ada kedai macam ni kat Malaysia, err..ada sikit gentar nak masuk bershopping..huhu..Di KL ada, tapi kebanyakannya di bawah stesen LRT...

entry apa-apa aje..

56 comments:

  1. Kreatif sungguh mereka..
    Memanfaatkan ruang yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jg idea mereka ni, daripada terlopong, dapat menjana pendapatan dan menarik pelancong..

      Delete
  2. Mereka betul-betul manfaatkan tempat yg ada. Cantik pulak kan..
    Gegaran tetap ada tapi kakak rasa tidak menjejaskan structure bangunan itu yg tak jadi masalah. Kalau tempat kita ni entahlah bukan prejudice tapi rumah yg tak ada gegaran pun banyak dah owner complaint kat developer sebab belum duduk dah retak sana-sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimana orang ramai, di situ ada peluang berniaga..nampak dah lama kedai2 tu wujud, maknanya takde lah retak sana-sini..kt tempat kita tu, developer nak untung lebih, kurangkan bahan binaan atau guna yg kurang kualiti, workmanship teruk sbb tu cepat nau retaknya..

      Delete
  3. bangunan kedai di bawah rel keretapi bila dh lama wujudnya tentu tidak asing lagi pada org tempatan mrk amat yakin tiada gangguan keselamatan akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak mcm dah lama wujud, maknanya premis perniagaan ni selamat diduduki..

      Delete
  4. Replies
    1. memang bagus berniaga di sini, tumpuan orang ramai..

      Delete
  5. teringin nak ke Jepun... memang tak sangka kan bawah stesen keretapi ada tempt beli belah... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun - highly recommended, sgt best utk dilawati...

      memang tak sangka ada tempat beli-belah yg happening jg..ramai pelancong yg dtg...

      Delete
    2. salam Jumaat.... insyaAllah ada rezeki lebih boleh ke Jepun... :):)

      Delete
    3. In shaa Allah..didoakan semoga murah rezeki, amin..

      Delete
  6. Japan, bab memanfaatkan ruang yang ada memang depa terer abis! Tanah di bandar Tokyo tu mahal yang teramat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun memang terer kan bab2 ni..selagi ada ruang, semuanya dimanfaatkan..

      Delete
  7. Saya pun sama... takut runtuh saat sedang bershopping sakan... Tapi di Jepun jarang dengar bangunan runtuh... sekali dululah ketika gempa bumi dan tsunami beberapa tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bukanlah nak condemn tempat sendiri kan..tapi sebagai langkah berjaga-jaga..hihi..

      Delete
  8. Bila laa SS nak sampai tempat2 nih... Berangan dulu...

    ReplyDelete
  9. Memang amaze tengok diorang ni memanfaatkan ruang...kadang tu pelik-pelik rupanya tapi memang safe untuk occupy...memang betul kalau kat sini ada ragu-ragu sketla memandangkan takda gegar takda gempa pun byk bnda bole runtuh tak semena-mena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 idea nak manfaatkan ruang...negara2 mcm ni mmg tak compromise dgn keselamatan org ramai...minimise human error, safety first...

      Delete
  10. Replies
    1. w'salam..sila2..terima kasih sudi singgah sini..

      Delete
  11. Same concept dbkl nak implement untuk allocate certain gerai di bawah flyover..eg dekat bulatan loke yew..near Fraser Business Centre..tapi mcm tak sesuai sbb bukan crowd puller area...

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep sama tapi bawah flyover..kalau lokasi tak sesuai, nanti takde lak orang pergi kan..sian kt peniaga2..

      Delete
  12. Replies
    1. Im Viadukt tu nmpak cantik dn tersusun..menarik tuk shopping..

      Delete
  13. bila dah berhias cantik pula walaupun bawah tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea kreatif menghasilkan tempat menarik mcm ni walopun dibawah trek keretapi..

      Delete
  14. Replies
    1. teringin nak pi yg kt Switzerland tu..cantikk..

      Delete
  15. Kreatif...selalu tempat2 macam stesyen keretapi memang menjadi tumpuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila jd tumpuan orang ramai, memang bagus buat tempat perniagaan..cantik pulak jadinya..

      Delete
  16. Kalau dah kreatif tu dimana ruang pun boleh dimanfaatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif dan selamat utk berniaga..huhu..

      Delete
  17. selamat mlm nohas
    teruja akak tsngok org jepun ni kreatif dan tk mau rugi dimana ada ruang disitu ada uwang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam Kak Noor,
      kwsn ni memang ramai pengunjung, kalau buat bisnes memang maju..

      Delete
  18. Unik kan... pernah masuk yang kat Tokyo je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik & kreatif..pernah masuk Ameyoko saja..

      Delete
    2. itew x pernah sampai Tokyo pun lagi hewhew..

      Delete
    3. in shaa Allah..ada rezeki, akan sampai jua..

      Delete
  19. Agaknya macamana le peniaga di bawah tu ya bila time train lalu lalang. Tak rasa bergegar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa di Ameyoko, train asyik lalu-lalang, tak rasa gegaran pun..

      Delete
  20. Bagus idea ni. Memanfaatkan ruang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn ramai pengunjung..demand tinggi..

      Delete
  21. woaaaaaaah yang kat Swizz tu bestttttnyaaaa.. bila nak sampai Swizz ni !!!!

    ReplyDelete
  22. orang - orang Jepun pemikiran doarang ke depan..ada je idea2 kreatif..klaau d Msia...ishh x jamin n tak berani nak shopping kalau ada pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Jepun,selagi ada ruang mereka manfaatkan..kalau ada mcm ni kt Msia, hmm..takut jg nak masuk..hihi..

      Delete
  23. 'Ameya Yokocho' - ahaa JM shopping handbag kat sini pas balik dari Ueno Park tu..murah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lunch kat sini - gi kedai kebab..

      Delete
  24. di Chiyoda dan Minato ni kami x pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, tak pegi jg..gambar ni ambik dari google street view...

      Delete
  25. kerajaan mrk padai memanfaatkan ruang yg ada ...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...