Tuesday, November 3, 2015

Downton Abbey

Assalamualaikum, welcome November..

Kawan-kawan, siapa ada layan drama British ni? Best period drama ni. Dapat banyak awards dan tersenarai di dalam Guinness Book of Records.

Cerita keluarga bangsawan, lord-lord, lady, countess, servants, di zaman sebelum dan selepas perang dunia pertama. Sekarang ni dah masuk season yang terakhir, Season 6..express from the UK. Ditayang di channel Diva, hari Isnin, 10.20 malam.

Sejak kecik sampai sekarang, asyik tengok filem, drama Amerika je, sesekali layan drama British, memang best, adalah kelainan sikit. Dengan costume, castle, British accent yang sangat pekat..huh! memang teruja..

Highclere Castle as Downton Abbey castle

Drama tentang kisah keluarga aristokrat Earl of Grantham, Robert Crawley yang tinggal di estate Downton Abbey tapi tiada waris lelaki untuk mewarisi hartanah tersebut selepas dia  mati. Dia ada tiga anak perempuan, Lady Mary, Lady Edith dan Lady Sybil.

 Lord & Lady Grantham
Lady Mary

Cerita bermula dengan tenggelamnya kapal RMS Titanic pada tahun 1912 yang mengorbankan waris kepada Downton Abbey iaitu sepupu Robert dan anak lelakinya. Lepas tu macam-macam kisah terjadi, dengan Lady Mary yang desperate nak cari jodoh sebab tak nak terlepas Downton Abbey.

Kisah hidup servants di Downton Abbey dari chief butler, Mr Carson hinggalah ke tukang masak, Ms Portman, pun menarik juga. Diselit dengan peristiwa-peristiwa sejarah yg berlaku di UK dan US seperti the Irish war of independence,...yang bestnya British accent dalam dialogue..

Lady Edith & vintage car

Season 6 ni kisah lepas perang dunia pertama. Dalam Episod 6, depa nak buat open castle untuk charity bagi mangsa perang. Gambar-gambar snap terus dari tv..hihi..

Lady Edith beri penerangan tentang castle

The servants' quarter

Ada dua lagi episod, episod 7 dan 8, sebelum drama ni melabuhkan tirai. Episod 7 dah tayang malam tadi, tapi biasalah tak dapat tengok, sebab ada tentangan hebat dari orang kat rumah..hihi..sebab tak minat cerita-cerita lama macam ni...kena cari masa tengok siaran ulangan..huhu..

50 comments:

  1. menarik juga cerita ni kan..
    Saya pun klu ikutkan suka cerita2 mcm ni..kalau dah start tengok pasti tak nak ketinggalan tiap episod... tapi tulah kena berebut remote control jg dgn anak.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik sbb dah tak banyak drama mcm ni sekarang ni..layan dari Season 1..huhu..
      kalau anak pegang remote control, mesti tengok kartun..hihi..

      Delete
  2. suka juga cerita2 lama bangsawan British ni..nampak keaslian budaya mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gaya cakap mereka dalam cerita bangsawan British ni lebih sopan dan diplomasi..

      Delete
  3. Kalau dah miss satu siri kena cari jalan utk tahu kisah selanjutnya
    Anak-anak kakak pun kurang minat cerita macam ini walau mamanya kadang suka juga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau dah follow satu2 drama tu, kalau miss satu episod, kena gak cari tngok, nanti tergantung tak tau buah butir,..generasi muda jarang minat cerita2 mcm ni..

      Delete
  4. dulu2 kaknoor mmg suka cerita2 mcm ni tpi mungkin sebab faktor umur dgn sendirinya beraleh arah sudahh haha apa pun stay tune utk nohas kipidap dongibab haha bahasa skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kipidap dongibab..hihi..thanks, kak noor..

      Delete
    2. orang brunei pun dah pandai kipidap ye..hehe

      Delete
  5. tak dapat nak layan cerita-cerita yang macam ni...... anak-anak yang control remote

    ReplyDelete
  6. Sesekali layan cerita lama seronok juga.sura tengok gaya sembang depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaya sembang depa cam sopan sangat..berdiplomasi..

      Delete
  7. kalau dah sekali tgk..dah tak boleh miss dah episod seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..tak sabar nk tengok episod seterusnya..kalau ada kt internet, layan internet..hihi..

      Delete
  8. Ha ah....cerita ni best...selalu tengok..hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kan..ada geng rupanya..hihi..

      Delete
  9. Ambik gambar dari tv pun chantik..

    ReplyDelete
  10. Seronok juga sesekali layan cerita dolu-dolu. Dengan costum dia lah landskap dia yang cantik dengan rekabentuk bangunan yang antik. Cerita perebutan harta dan sengketa keluarga biasanya tapi bila di oalah dengan cantik jadi menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..dgn costume, landskap, bangunan, lain dari selalu tengok...walaupun cerita perebutan harta, tapi menarik sbb takde gaduh2, tembak2 bagai..

      Delete
  11. Saya pun suka menonton drama yg berkisar zaman-zaman lama ni nohas. Suka tengok pakaian dan prop-nya tu... kenanya je seolah betul2 berada pada zaman dulu-dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka tengok pakaian dan prop yg lain..beza sikit dari drama2 biasa..
      wahh..betul2 menghayati kalau mcm tu..

      Delete
  12. pernah la jugak tengok a few episodes.memang best, the costumes, the accent, the hot British dudes *angkat kening* kalau nak follow series macam ni kena istiqamah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kena istiqamah..hihi..kalau tertinggal satu episod, tak tau jalan ceritanya sbb bersambung-sambung..

      'the hot British dudes'..hihi..memang hot...

      Delete
  13. Akak nohas adalah peng review drama palingggggg besttttt....


    SEMUA citer yg akk review kt blog ni saya teruja nk tgk tau...

    Ada yg akk dh citer sampai abes pun sy eksited nk cari....
    Tp ada x jumpa pun dlm youtube... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma cerite Tangerines@Mandariniid je yg akak review secara detail, yg lain review secara rawak je..

      drama Xinjiang - Blissful Sunflower tu memang takde kt youtube..nama lain kot..yg lain2 tu ada tapi takde yg English subtitles..huhu..

      Delete
  14. Akk... letak lah "label"... senang nk cari blk arkib2 drama akk....

    Plisssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. nantilah akak godek2 blog ni ..dah lama x ubahsuai blog..

      Delete
  15. menariknya... xpernah pon taudrama2 yg british... serius dia masuk dlm genius book of records? woowww

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik drama ni...bukan genius..hihi..guinness..

      "It was recognised by Guinness World Records as the most critically acclaimed English-language television series of 2011"

      Delete
  16. hehe, dulu follow jugak la Downton Abbey masa season 1 or 2, lepas tu rasa macam takde feeling sangat nak follow... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. season 1 & 2 tu best sbb mula2 cerita, teruja..season 3, 4, tengok a few episodes je, season 6 follow balik sbb season last..nk tau endingnya mcmana..hihihi..

      Delete
  17. dulu masa mula2 keluar..
    laya seosons 1,2,3 lpas tu..dah lost lama '
    x tgok tv.. tapi memng layan crita ni coustum..slang..britsh dia memng best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tengok jg..bagus2..memang best drama ni..akak pun yg betul2 follow season 1,2, lepas tu sambung season 6...yg tengah2 tu..tengok a few episod je..

      Delete
  18. follow juga masa awal season dulu...mmg best jugak ssekali layan drama camni,tp bila dah miss byk episod tak terkejar pulak lagi...dh nak habis rupanya ya,kna cari gak ni tgok ending macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. season yg terakhir....kena tengok ending nya camner..

      Delete
  19. kadang2 saya layan juga . tapi sbb byk persaingan dgn channel lain , belum lagi masuk bab berebut dgn anak buah dan layan blog , maka kekadang je dpt tgk cerita ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak halangan nak tengok cerita ni..sbb org2 kt rumah tak suka tengok cerita2 lama...tapi ok jg lah dapat tengok sikit2 kan..

      Delete
  20. Replies
    1. citer golongan bangsawan Inggeris..hehe..suka tengok costume n view yg cantik..

      Delete
  21. itew tatau pun kak.. tapi nama tu pernahla dengar..
    tengok TV pun tengok AFC kalau ada masa.. sambil telan air liuq hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa..dah habislah Siti..tapi x pe, ada kot kt internet...
      tengok channel AFC memang asyik telan ayaq liuq je..hihihi..

      Delete
  22. Biasa tgk iklan je kak Nohas..belum pernah layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tv dah habis siaran..boleh layan kt internet..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...