Wednesday, November 25, 2015

Ho Chi Minh : Ronda-Ronda Kotaraya 1

Masih di hari pertama di Ho Chi Minh.

Selesai sesi membeli-belah, balik hotel, berehat sekejap sebab cuaca panas sangat. Pukul 4.00, keluar balik, memulakan aktiviti ronda-ronda kotaraya Ho Chi Minh.

route berjalan kaki

Dari hotel, berjalan menyusuri Le Loi hingga ke Nguyen Hue, dataran yang ada tugu pakcik Ho Chi Minh.

 tugu Ho Chi Minh 
dibelakangnya bangunan City Hall

 cantik kawasan dataran ni
di sebelah kiri Rex Hotel

di sebelah kanan Vincom Eden Centre/Union Square

Ramai tourists dan locals di kawasan ni, berjalan-jalan menghirup udara petang di sepanjang dataran hingga ke Sungai Saigon. 

Saigon Tourist Information Centre
di depannya yg ada tulisan 'JICA' tu ialah stesen metro 
underground dalam pembinaan

  Union Square
cantik bangunan colonial ni

Berjalan menuju ke Sungai Saigon. Disepanjang dataran ada pameran projek infrastruktur yang telah dan akan dijalankan di seluruh bandar Ho Chi Minh.

 pameran town planning

Bitexco Financial Tower and National Treasury building

Berjaya menyeberang di jalan utama ni, walaupun penuh dengan motosikal, sebab ada lampu isyarat..hehe..di Ho Chi Minh, sangat kurang lampu isyarat, kalau nak melintas jalan, pepandailah..crossing the road like a local, dengan motosikal yang menderu-deru...

Majestic Hotel

Berjalan menyusuri Sungai Saigon hingga ke kawasan pokok-pokok bonsai.


pokok bonsai di tepi Sungai Saigon

Sampai di tugu General Tran Hung Dao, berlatar-belakang Vietcombank-Bonday Tower, bangunan pejabat 35-tingkat yang direka oleh Pelli Clarke Pelli Architects. Huh! international..setaraf KLCC..

 tugu General Tran Hung Dao
Nak melintas jalan besar di sini memang mencabar. Lampu isyarat takde. Tak berjaya melintas atas usaha sendiri, hihi..baru letak sebelah kaki, dah kecut perut tengok motosikal yang macam semut, bak kata JM

Akhirnya, adalah seorang pakcik naik motor ni kesian tengok kami berdua dok temangu-mangu berdiri tepi jalan, dengan rela hati bantu melintas jalan..haha..memang seriau betullah melintas, bunyi hon bertalu-talu. Depa hon tu bukanlah marah, ada yang bagi warning, ada yang suruh jalan. Alhamdulillah, berjaya akhirnya. Terimakasih betullah pada pakcik yang baik hati tu..cam on, uncle.
Dah melintas jalan utama, masuk ke Hai Ba Trung Street dan belok kiri ke Dong Du. Di Dong Du Street ni ada Masjid Jamek India Muslim. Di jalan ni juga ada Restoran Halal@Saigon, milik orang Malaysia.  Betul-betul berdepan dengan masjid dan Restoran D'Nyonya, satu lagi restoran halal di Ho Chi Minh.

Indian Jamia Muslim Mosque

Restoran D'Nyonya 


Restoran Halal@Saigon

Dinner di Restoran Halal@Saigon. Tuanpunya orang Perlis kot, sebab banyak masakan Perlis je.

 masakan Perlis yang ada di sini

 dekorasi restoran

My sister order pho dan saya order nasi goreng ikan masin.

  nasi goreng ikan masin Malaysian style

Sedap masakannya, macam makan kat Malaysia..tapi di sini mahal sikitlah, ada service tax lagi. Nasi goreng harga VND109,000, pho tu pula VND89,000, sebelum tax..huhu..Restoran Amin juga yang murah..

Dah makan, masuk ke perkarangan masjid. Nampak pula penjual kuih guna motosikal ni, macam sedap je..kami pun sibuk-sibuk tanya. Tiba-tiba penjual tu suruh ambik sikit, untuk rasa. Ada dua jenis kuih, yang atas bingka ubi kayu, yang bawah tu karipap 4 segi. 


Kami menolak, kesian pulak, kuih yang nak dijual, dibagi rasa.  Tapi penjual tu beria-ria suruh rasa, dia siap cubit sikit kuih karipap dan bingka ubi kayu, kemudian hulur kat kami, so kenalah ambik..terharunya..

Dua2 sedap...karipap inti sayur. Beli sebiji karipap, VND20,000. Besar betul karipap. Penjual tu beritahu lepas solat Isyak, dia akan ke pasar malam Ben Thanh, berjualan di sana. Sesiapa yang terjumpa penjual kuih ni di Ho Chi Minh, silalah beli ya..recommended..memang sedap kuih bingka dan karipap tu..

Dah habis beli karipap, berjalan balik hotel, menyusuri Dong Khoi Street, jalan yang happening di Ho Chi Minh city, kiranya macam Jalan Bukit Bintang kat KL, banyak hotel dan kedai-kedai yang high-end.

 Dong Khoi Street

Saigon Opera House

 Hotel Continental Saigon 

Berjalan balik lalu depan Hotel Continental Saigon, Parkson dan Union Square, masuk Le Thanh Ton. Nampak Taka Plaza, malas nak singgah. 

Sampai di Ben Thanh market, ronda-ronda pasar malam pula. Setiap malam selepas 6 petang, ada pasar malam di dua-dua jalan di tepi Ben Thanh. Murah jugalah barang-barang jualan di sini.

End of Day 1. 

43 comments:

  1. Replies
    1. syok..jenjalan..tengok gelagat org2 di Saigon..

      Delete
  2. Cantiknya gambar-gambar tu..
    Pandai Nohas mengambilnya..
    Tak sabar pulak menunggu entri seterusnya..
    Teringin nak pergi Vietnam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...masih amateur..hihi...syok gi Ho Chi Minh..skrg AA tengah sales, boleh grab tiket murah..

      Delete
  3. satu yg tak best ke vietnam ...makanan halal yang mahal.
    tapi bab kain baju memang surga la..hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..makanan halal mahal betul, tapi kain ela murah-murah..rambang mata lak menengoknya..

      Delete
  4. Lawa sudut2 nohas snap pictures tu semua....lain dari yang lain. Wa belum sampai lagi vietnam ni,,ntah bilalah nak gi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..dekat je, boleh plan ke sini pulak..

      Delete
  5. Salam akak..

    Akak.. Bestnye tgk akk jln2 merata2.. Rs nk pergi jugk.. Tp kwgn stil xstabil lg.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..in shaa Allah, ada rezeki, akan sampai juga.. huhu.

      Delete
  6. nampaknya vietnam akan tambah maju sbb ramai pengunjungnya dari Msia yg tolong meningkatkan ekonominya. tapi vietnam mmg cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelancong mat salleh pun ramai juga, kak...kain2, telekung, tudung boleh dikatakan murah2 disini sbb tu ramai org Msia datang beli borong...

      Delete
  7. Kakak perhati lebih kurang macam tempat kita juga kan environmentnya cuma motor macam banyak betul. Ada karipap macam kita juga:) nasi goreng pun lebih kurang kita juga. Itu yg senang kalau nak jalan merata macam ini..seronok betul kakak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang mcm tempat kita juga, kak..betul tu, motor mmg byk sungguh..makanan halal pun mcm di M'sia..cuma pho je dari Vietnam..hihi.

      Delete
  8. Membeli belah memang best kalau murah. PAndai penjual karipap tu menjual kuih melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa ramai Melayu Champa..ada jg yg pernah belajar/bekerja di M'sia..

      Delete
  9. Seronok la boleh jenjalan di Ho Chi Minh.. kita dulu dtg kene bawa the whole family mertua.. so kene buat keje macam guide.. hahahha.. tapi one day nanti akan repeat balik insyallah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lg terer jd tour guide..oklah, bawa keluarga mertua jalan2...lepas ni boleh repeat dgn isteri & anak..

      Delete
  10. cantik bandaraya Ho Chi Minh.. cuma itu lah mmg seriau lah pulak nak melintas jalan tu.. haha.nasib baik ada pakcik baik hati kan... nasi goreng pun serupa kt sini... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat...bahagian ni memang cantik, ada banyak bangunan2 lama.

      Tak banyak lampu isyarat, sbb tu bab2 melintas jalan ni memang seriau..tapi locals mcm rileks je melintas, takde pulak kena langgar..hihi...makanan kt restoran halal mostly serupa kat M'sia...home away from home..

      Delete
  11. sis nasi goreng ikan masin tu yg tak tahan tekak still malaysia.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekak still nk mkanan m'sia..hihi...rasa pun serupa mcm kt sini..mungkin tukang masak org M'sia kot..

      Delete
  12. cantik deretan pokok2 bonsai tu..
    tumpang gembira dgn rezeki kawan2 yg berpeluang kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik pokok2 bonsai tu...pelbagai bentuk...in shaa Allah, ada rezeki, boleh juga ke sana..

      Delete
  13. Salam... cantik2 yer bangunan di sini. nampak maju sungguh tmpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..kawasan ni gabungan bangunan lama dan moden..dah semakin maju HCM, banyak jg bangunan2 mencakar langit..

      Delete
  14. Anak saya cakap kalau ke Vietnam, mau teleng kepala bila nak melintas jalan... sambil melintas kepala asyik pusing kiri kanan melihat moto-moto yang mcm semut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sgt takut nak melintas jalan di sini kalau takde traffic light, moto menderu-deru..

      Delete
  15. salam kak
    bestnya baca..lg best klau dpt p betul..
    btw memng boleh jadi panduan ni.. klau ada rezeki p sana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...in shaa Allah, ada rezeki akan sampai jg di sana..

      Delete
  16. Tengok motosikal2 kat sana..macam berderu deru. Penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. penuh jln raya dgn mat/minah motor...tapi depa dah biasa, rileks je melintas jalan..huhu..

      Delete
  17. kena ada skill jugak ya nak melintas..kalau tak termangu-mangu je kat tepi tu,banyak betul restoran halal sana,takdala kena blapar ya tak,siang malam nampak meriah bandar HCM ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kena ada skill tapi nak mula melintas tu mmg takut...makanan halal memang senang di sini tapi mahal sikitlah....siang malam ramai orang di HCM..

      Delete
  18. fuh , mmg seriau nak melintas byk motor ... klu saya x dpt melintas kot ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun x dpt melintas, scary betul..huhuhu..sib baik ada apek Vietnam yg tolong..hihihi..

      Delete
  19. eheh banyak kedai makan tu yang ceq sukaaa =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..byk restoran halal..bolehlah JJCM HCM city..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...