Monday 23 November 2015

Ho Chi Minh: Sesi Membeli-belah

Assalamualaikum..

Cerita jenjalan ke Ho Chi Minh city, ibu negara Vietnam. Dulu dipanggil Saigon, tahun 1976, tukar nama ke Ho Chi Minh, sempena nama presiden Republic Vietnam
 
Pergi 4 hari saja, flight pukul 8.00 pagi hari Jumaat, 13 November. Alhamdulillah, pukul 8.55 pagi waktu Vietnam, selamat mendarat di Tan Son Nhat International Airport. Waktu di Vietnam lambat sejam dari Malaysia.
 
Nak masuk Vietnam sangatlah simple, takde borang arrival/departure bagai, tak payah nak declare itu-ini, just bagi passport, immigresen cop je..takde tangkap gambo, scan jari-jemari, takde semua tu..inilah first time masuk negara asing dengan begitu mudah sekali..
 
Dah ambik bagasi, keluar ke ruang legar, ada banyak booth syarikat teksi berkupon, semuanya offer VND180,000 untuk ke bandar. Undecided, nak naik teksi ke naik bas. Last-last ambik keputusan, naik bas je. 
 
Dapat info dalam blog & forum, untuk naik bas ke pasar Ben Thanh,  keluar dari pintu exit bangunan, belok kanan, jalan depan domestic arrival, akan nampak kiosk Burger King, ambik bas no. 152 tepi jalan depan Burger King. 
 
Duit yang ada semuanya VND200,000, beli air kat Burger King untuk pecah duit kecik buat tambang bas. Tambang bas VND5,000 je, kalau ada beg besar depa charge VND5,000 untuk beg. Lebih kurang RM2.00 sorang dengan beg.

airport bus

Naik bas, tengok ada dua orang Malaysia dalam bas. Cikgu dari Bintulu, depa dah kali kedua datang sini, tapi first time naik bas, dulu naik teksi dari airport ke bandar. 
 
Bas ni ok jugalah, ada air-cond. Tak ramai yg naik, takdelah sesak sangat. Pertama kali merasa 'on the road' di Ho Chi Minh..perghh..memang tabik le driver-driver di sana, tahap kesabaran yg tinggi..kami dalam bas ni dah menyeringai seriau, pening-pening lalat tengok keadaan trafik..ya ampun..
 
 stesen bas

Dah sampai di stesen bas depan Ben Thanh market...yuhuu..masa untuk melintas jalan pulak. Alhamdulillah, dapat melintas dengan jayanya..

Ben Thanh market & roundabout

Kami tinggal di City Hotel di Luu Vang Lang St, sebelah timur Ben Thanh. Jalan ni lebih tenang, aman damai, tak banyak kenderaan dan penjual jalanan. Banyak kedai-kedai jual kasut dan beg.
 
Luu Vang Lang Street

Luu Vang Lang Street

City Hotel

kat entrance hotel pun ada jual beg-beg sulam, shawl, tali leher
dari brand Crista - cantik-cantik dan berkualiti

Hotel ni 5 tingkat, ada lif dan wi-fi dalam bilik yg laju, boleh tengok movie. Booked superior room with breakfast.. untuk tiga malam dapat harga RM460, lebih kurang RM76 semalam untuk sorang.


Bilik sangat ok, ada fridge, teh/coffee-making facilities, cerek, hairdryer dan plug 2-pin dan 3-pin.

ada shower & bathroom facilities

Breakfast di tingkat 5, bukan buffet breakfast, cuma ala-carte. Non-halal, kami cuma order tuna sandwich, buah tembikai/pisang dan kopi.

venue for breakfast di Level 5

aerial view of Luu Vang Lang St
-------------------------------------------------------------------
Dah refrech, keluar memulakan aktiviti di Ho Chi Minh. Tempat pertama yang dituju sudah semestinyalah Malaysian Street - Nguyen An Ninh. Jalan ni di sebelah barat Ben Thanh market, so cross ikut dalam market sambil jalan-jalan, buat market survey.

Dari Luu Vang Lang St, masuk ikut pintu timur - Coa Dong.

pintu timur

dalam pasar

Keluar ikut pintu barat - Coa Tay untuk ke Nguyen An Ninh.

pintu barat

simpang Nguyen An Ninh

Nguyen An Ninh Street memang famous dengan orang Malaysia. Ada banyak restoran halal di jalan ni - Restoran Salima, Warung 1Malaysia, Hajah Basiroh, Haji Osman, Ay Sah, Man Sour, Musa Kareim dan Amin. Ramai betul orang Malaysia di sini.

Malaysian Street

Untuk makan tengahari, kami makan di Restoran Amin ni..
 

Saya order pho ayam dan my sister order nasi goreng kampung. Minuman order kopi ais Vietnam.

 pho ayam dengan ulam-ulamannya dan nasi goreng kampung


Harga makanan bermula dari 50,000 dong = RM10..mahalkan..air pulak 20,000 dong = RM4.00. Apa nak buat, terima jelah seadanya...

Dah habis makan, tanya kat cashier yang nama Sakinah mengenai tour Delta Mekong cruise untuk esok hari.  Dapat info yang restoran ni ada organise tour. Ambik tour di sini saja, RM60 sorang termasuk lunch - nasi bungkus dari restoran Amin. Lepas tu tanya pulak kedai kain yg ok kat sini. Sakinah bagi direction ke kedai kain Thuy Duoc ni. Jom borong kain..

 kedai depan Ben Thanh market
banyak outlet kedai kain ni dalam market

 tudia - kedai kain ini untuk Melayu

Masuk je ke dalam kedai, tengok cikgu dua orang yang sama-sama naik bas airport tadi, duduk bersila atas lantai, berurusan beli kain, berbeg-beg kain, pekedai boleh hantar ke hotel. 

Kami pula ambik tempat mereka berdua..hihi..yang melayan pulak fasih cakap Melayu, lagilah hebat promosi..nak buat baju kurung, kurung pahang, jubah..semuanya depa tau..

 sesi membeli kain
 
Murah jugalah kain di sini - semua jenis cotton, English/Japanese/Vietnam - RM35 sepasang..dapatlah dua beg kain..untuk diri sendiri, adik-beradik, orang kirim lagi..

Dah hampir habis membeli kain, masuk pula dua orang perempuan Melayu..perghh, non-stop orang Melayu membeli kain di sini..hihi..depa beli sutera Vietnam, siap tanya saya lagi, 'betul ke yang ni sutera Vietnam gred A'...wa manalah tau..

Lepas beli kain, jalan pula ke Le Thanh Ton, singgah Kedai Rohani, beli telekung dan tudung nelofar. Ramai juga orang Melayu dalam kedai ni.

 sesi membeli tudung

Satu deret dengan Kedai Rohani, ada satu lagi kedai - Kedai Zaidah, sama juga menjual tudung, jubah, telekung dan yang seangkatan dengannya..tapi tak singgah, dah tak larat.

 lokasi perjalanan

Balik hotel, hantar barang-barang belian, sebelum meneruskan aktiviti ronda-ronda kotaraya..  

34 comments:

  1. seronoknya memborong kain di vietnam harganya pun berpatutan kan nohas.

    ReplyDelete
  2. adeeeh adeeeh.. lubuk godaaaaan ni ahahaha.. memborong eh kak..
    hurm naya ni kalo pi memang terbang ongkos.. eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya menggoda-goda..tetiba lak nak jadi penjual kain ela, tudung..hihi..tu yg beli byk..dgn org kirim lagi..huhu..

      Delete
    2. rasanya kalo CT pegi memang borong untuk diri sndiri sajalah.. amek amek order memang tidak.. tak snggop nak pegang.. btw memang murah sngt ke ?

      Delete
    3. yg kirim2 tu sumer adik-beradik..mmg murah..kain cotton less than RM40 sepasang, telekung pun murah jg, kt sini depa jual berganda-ganda harganya..

      Delete
  3. Sekarang airasia tengah promosi tiket murah..baru dapat sambar ke Perth...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..bagus2, dah ada perancangan tuk tahun depan..

      Delete
  4. uihhh... ada kedai kain untuk melayu tuuu, apakah... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai sangat kot org Melayu beli kain kt kedai ni..sampaikan buat iklan mcm tu..hehe,,

      Delete
  5. Buntang mata kakak tengok kain-kain ela yg melambak-lambak
    Tudung pun cantik dan murah kan di sana.
    Ramai yg memborong kalau ke sini sampai beli beg lagi sebab tak muat nak bawa balik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambang mata, kak...tudung, telekung cantik2 dan murah...Alhamdulillah, masih muat beg, dan tak terlebih muatan..

      Delete
  6. teringin nak pergi.... nak beli kain... hahaha... salah satu destinasi impian juga... air asia promosi skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambar tiket..ada promosi sekrg..memang ramai yg beli kain ela, tudung, telekung kat sini..hihi..

      Delete
  7. Tak sampai setengah jam dah sampai yer... takper lah mahal sikit...sesekali...asalkan makananya sedap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. flight 1jam 55 minit..cuma waktu Vietnam lambat sejam..memang standard harga makanan di sana mcm tu, kekadang malas nak convert..sesekali datang Vietnam..hihi..

      Delete
  8. Kalau saya pergi HCM..yg penting shopping :)
    Memang ada muslim food yang sedap..balik sini pun teringat2 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping mmg agenda penting di sini..hihi...turkish food yg sedap, teringat-ingat sampai sekarang, nak cari kt KL pulak..huhu..

      Delete
  9. kaknoor belum pernah sampai lagi kat Vietnam ni tunggu suatu hari ada rezeki boleh pergi borong kain haha kan nohas, banyak ke borong kain ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg memborong kain di sini....untuk diri sendiri, cuma beli dua pasang saja..yg lain2 tu utk orang lain...kurang minat design kt sini..

      Delete
  10. seronoknya dapat menyoping kain ...boleh beli buat stok setahun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok org menyoping kain di sini...pekedai pulak pandai melayan..

      Delete
  11. wa bahayanya pergi tempat macam ni...takut lupa diri melontar duit,happening sungguh ya,hotel pun nampak strategik kedudukannya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap2 hari nk menyinggah kedai je..hihi..banyak betul hotel kat kawasan ben thanh market..memang strategik lokasinya..

      Delete
  12. confirm balik malaysia tambah satu beg ni ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, beg tak beranak..hihihi..ngam2 je 20 kilos..

      Delete
  13. Assalamualaikum..
    Nk tnye di sane mereka still accept ringgit malaysia ke klu shopping kain2 dekat tmpat mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Masa saya pergi aritu, mereka masih terima ringgit malaysia..

      Delete
  14. assalamualaikum sis tumpang tanya,city hotel ni ada sediakan iron tak? :) tqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..tak disediakan iron..

      Delete
  15. salam, nak tnya..
    kalo beli kain byk2, sampai airport klia kena tax x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..rasanya kena, kena tunjuk resit..tapi masa sampai airport haritu, kastam suruh jln keluar je, sbb terlampau ramai kt tmpat scan beg..

      Delete
  16. tak sabar pulak nak ke Vietnam kali kedua ... tq atas info yg sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..bestnya repeat Vietnam..happy shopping..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!