Tuesday, December 8, 2015

Ho Chi Minh: The Mist @ Saigon Opera House

Assalamualaikum..

Meh, kita sambung cerita di Ho Chi Min city, sikit lagi nak habis. Masih lagi aktiviti di hari Ahad, 15 November.

Masa untuk bergerak, nak tengok show The Mist di opera house. Pukul 5.00 petang dah keluar dari hotel. Nak claim free drink yang dapat masa beli tiket show. Pergi cafe yang dekat je, L'usine di Le Loi.

 L'usine @ Le Loi
Ada satu lagi outlet di Dong Khoi

 bahagian bawah jual baju, kasut, souvenirs
cafe di tingkat satu

bahagian cafe - cantik juga dekorasi

 order hot Vietnamese coffee

 ada penapis, dah habis kopi ditapis, minta tambah air
dan bubuh gula secukup rasa

Dah minum free, jom berjalan ke Saigon Opera House. On the way nampak restoran halal ni. Masa siang hari tak perasan, bila malam, ada signboard 'halal' berlampu neon ni, baru tau ada kedai Muslim di sini.. 
 
 Saigon Halal Foods

Di sini pun ada jual telekung, jubah, tudung segala..tapi malas nak masuk. Snap gambar je dari luar. Sambung berjalan terus ke opera house, tengok jam, masih awal lagi. Belum pun pukul 6, kena ada di sini pukul 7.30 petang sebab show start pukul 8.

Saigon Opera House

Nak tunggu di opera house, rasa bosan pulak. Nak jalan-jalan di Dong Khoi, siang tadi, dah jenuh berjalan kawasan ni. To kill time, decided pergi merayau-rayau, window shopping di shopping complex Parkson di sebelah Hotel Continental Saigon. Katanya, ada halal outlet di food court Parkson ni. Jom kita check it out.

Le Bourgeois - sidewalk cafe di Hotel Continental Saigon
diners dihiburkan dengan pemain accordian dan peniup saksafon

Dah sampai Parkson, terus ke food centre di tingkat 3. Memang betuillah ada satu outlet halal food di sini - Zam-Zam - House of Indian and Arab foods. Macam-macam menu ada.
 
banyaknya menu

order french fries je - dinner like a pauper..hihi..
sebenarnya dah kirim beli pho ayam kat kakak 
dia nak pergi tapau pho di Restoran Amin

suasana di food centre Parkson HCM

Makanlah french fries dengan mood bosan sebab tak berapa sedap, sekadar lapik perut. Tak order minuman pun. Orang sebelah, orang depan, dok pandang-pandang, hmm..selamba je mengunyah french fries tanpa minum air..

Lepas makan, ronda-ronda dalam Parkson, lebih kurang sama macam kat Malaysia je. Nampak pintu keluar, menonong je keluar, rupa-rupanya keluar ikut pintu lain. Bila di luar bangunan, rasa dah lost orientation. Pintu masuk tadi depan Union Square, ni depannya ada taxi stand. Tanya kat guard, dia pun tunjuk arah ke opera house..hihi..

penjaja jalanan 
masa pergi tengok dia masak kuih kapit
masa balik dia sedang masak lempeng pisang 

Ho Chi Minh city at night

Sampai di opera house, dah boleh masuk di ruang legar, ada welcome drink. Alhamdulillah, ok juga tak beli air di Parkson tadi..huhu..Sapa yang beli tiket mahal, dijamu dengan kuih-muih pelbagai jenis..takpe..tak kisah semua tu..

fresh green tea
pokok serai jadi dekorasi

peach & lemongrass tea

pilih fresh green tea

green tea dalam belanga

Dah minum, datang seorang petugas, dia ajak beberapa orang yang dah habis minum, untuk sertai sesi lawatan dalaman. Opera House ni tiga tingkat dan satu basement level.

 seat yang paling mahal di tingkat satu
yang paling murah di tingkat bawah, satu laras dengan pentas 

 Opera House ni dibina pada tahun 1898
oleh French architect Ferret Eugene
so, designnya ada unsur-unsur senibina Perancis 

  conference room

 suka tengok perincian siling dan dinding

OK, loceng aiskrim dah dibunyikan, semua diminta masuk, duduk ditempat masing-masing. Ramai pelancong mat saleh je. Disebelah saya, minah German bekerja di universiti, datang tour selama dua minggu, lepas ni pergi Cambodia pulak.

Lampu dimalapkan tanda show dah nak start. Teruja. The Mist Dance Show - live at Saigon Opera House. Bunyi ayam berkokok..menandakan siang menjelma..dalam remang-remang fajar (the mist), penduduk kampung pun memulakan kerja menanam padi..

"nebulous and surreal, the morning mist is rendered in rustic colors of ordinary day in their ingenuous life. Days rise and wane over sunlit fields. Nights are woven from the dreams of rice.  On black mud, rice plants stand and thrive, tenacious roots deep seated underneath, indicate the strength and determination of Vietnamese farmers.  Inside each humble rice is an invincible power bursting into life that has permeated Vietnamese souls"

"Rice is life, the essence, the devotion, the predestined love ties in the culture of Vietnam." 

Show ni menggabungkan 'sensational village life, unique live music and neo-classic feat contemporary dance'. Kiranya penceritaan melalui lagu dan tarian..lagu, dialog, semua dalam bahasa Vietnam..tengok dari tarian, bolehlah faham sikit-sikit..

Tak dibenarkan snap photo, tapi minah German sebelah saya selamba je ambik gambar semasa show..takde pulak petugas yang datang tegur..huhu..

 props di bahagian akhir show

OKlah show ni, nak kata best sangat, so-so je, ada part yang boring. Minah German tu pun cakap, ada part yang best, ada part yang bosan...gimme five..

 bad hair day..boring sangat kot..

 pelakon-pelakon teater

Keluar je dari bangunan, tengok di jalanraya, masih ramai lagi orang berkeliaran sana-sini, so takdelah takut nak jalan kaki sorang-sorang. Berjalan ke arah dataran..perghh..di sini lagi ramai umat manusia..

 dataran di waktu malam

 tudia ramai betul manusia, tak tau ada event apa
dua-dua belah jalan Nguyen Hue ditutup, jadi pedestrian walkway
ada air bagai, nak kata air hujan, takde hujan yang turun

Berjalan balik ke hotel, menyusuri Le Loi, pun ramai juga orang di jalan raya.

  motorists di Pasteur street

entah apa benda ni..alat tampal tayar motor kot 

 Alhamdulillah, selamat sampai di Luu Vang Lang st

Balik hotel, tibai makan pho ayam Restoran Amin..buat kali terakhir. Tiga hari berturut-turut makan pho mihun..huhu. Sebelum tido, layan internet..end of day 3. Esok dah last day..   

38 comments:

  1. Cantik pulak bekas tapis kopi tu. Ada jual tak...Macam best je kalau boleh layan kopi gaya cam tu kat rumah.... hehehehe buat sendirik.

    Agaknya ada pesta kut tu yang ramai je macam tak nak tidur gayanya makin malam makin meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jual..tapi saya tak beli sbb saya beli kopi uncang je..hihi..

      mungkin kot ada event, ramai betul org di dataran dan di jalan raya..

      Delete
  2. As/kum nohas, lama saya tak berblog dan b/w... kurang sihat skrg ni... tengok dan nak habis dan nak 'balik' awak dari Vietnam ya... nantilah nak selak-selak balik citer2 kat belakang yang saya dah terlepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..semoga cepat sembuh, dah sihat nanti, sambung citer London ye..

      hmmm..dah nak sampai penghujung travel di HCM..

      Delete
  3. 1. Kakak dah tahu No ni memang suka kopi - unik pulak cara dia serve kopi dia
    2. Dah malam tak ada yg nak jaga siapa yg ambik gambar tu - No takut itu yg tak ada gambar operanya ye:)
    3. Pandai aje kata tampal tayar - tapi kakak tengok logik jugalah No:)
    4. Makan meehoon ok juga kenyang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ya, betul tapi dua2 jg suka. Hot Vietnamese coffee mmg serve mcm ni..
      2. Ramai jg petugas kat bhg atas, maybe takde flash, depa x nampak, lagipun dlm gelap. Hihi..mmg saya takut nk snap gambar show, takut kena tegur..
      3. Teka je..sbb tengok ada tayar motor yg warna oren tu..
      4. Mihun lebih kenyang dari kueytiaw..

      Delete
  4. Teater tu dalam BI ke No..
    Kalau dlm BI masih boleh faham lah kan..
    Kalau bahasa Viet tu.. memang boleh boring..
    Apa pun yg akak berkenan tapis kopi.. sungguh cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dialog, lagu, semua dlm bahasa Vietnam..cuma tengok tarian dan dgr muzik..ada part yg slow, hampir2 x brgerak tu yg boring..lama pulak tu scene..

      tapis kopi ada dijual..utk buat secawan kopi, mmg sesuai..

      Delete
  5. nampak macam safe je bandar vietnam ni..travel sorang-sorang pun tak seram mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, rasanya selamat tapi ada jg kes pelancong yg kena ragut..tapi orang memang sentiasa ramai di sana-sini..

      Delete
  6. MENARIK JUGA TEATERNYA KALAU DITONTON HINGGA TAMAT N XTERTIDUR KAN NOHAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sound sistem dia best..memang tak tertidur sbb otak kena fikir apa mesej yg nak disampaikan..hihi..

      Delete
  7. Macam nak repeat lagi HCM ni... Aduss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak repeat Vietnam tapi gi tempat lain pulak..Hanoi ke, Dalat ke..

      Delete
  8. Minat teater ghopanya... kalau saya idoklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah minat sgt, kt KL ni pun tak pernah pergi IB..sebenarnya lebih kpd nak masuk Opera House ni shj, nak masuk tengok teater di Sydney Opera House entah bila lagipun tak mampu...Saigon Opera House pun jadiklah..hihi..

      Delete
  9. Replies
    1. sayang emak, sayang ibu
      selamat hari Rabu..

      Delete
  10. Salam kak..
    Cantiknye.. Syukur ade kedai mkn halal kt situ kan.. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..banyak jg kedai makanan halal di Ho Chi Minh, mudah nak cari makan..hihi..

      Delete
  11. Seronok nya lah bila dapat tgk persembahan secara live di Saigon Opera House tu.. mesti happening..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga lah, nak merasa masuk Saigon Opera House sebenarnya..hehe..

      Delete
  12. Cantiknya tempat tu...
    Ehem..vietnamese coffee antara kopi yang paling best...i like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perincian siling dan dinding yg cantik di opera house ni..setujuu, antara yg terbaik..

      Delete
  13. wah! peminat teater ni...mesti best gilerkan dapat menonton kat tempat orang...mesti ada kelainannya dari tempat sendiri yer dok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak merasa tengok teater di tmpat orang, di bangunan yg antik ni..di tempat sendiri pun tak pernah tengok lagi..huhu..

      Delete
  14. cantik seni binaan teater tu.. suka tengok.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina yg menarik..French influence..

      Delete
  15. cantik sis conference room dia... opera housenya... fuhh.... mesti syok tgk performing kt situ kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. conference room mmg wow..ala2 ruang tamu rumah kolonial..syok jg tengok show di sini..ramai pelancong mat saleh..

      Delete
  16. waaah siap tengok teater.. kurlas =D ehe..
    banyakla jugak option makanan halal kat HCM tu kan.. kena cari bebetul saja..
    selalu tengok orang pegi kedai yang sama ni tengok ada gak nama kedai yang x pernah jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba lak teringin nk tengok teater..hihi..kt M'sia tk pernah tengok pun..hehe..nk masuk opera house sebenaq nya..

      byk restoran halal di HCM ni..tapi yg famous kt M'sian Street..

      Delete
    2. ada Malaysian Street ? woaaah.. tribute ke apa tu ?
      selalu China Town / Little India kan.. bangga bangga *kembang idong*

      Delete
    3. nama jalan masih nama Vietnam - Nguyen An Ninh - cuma dalam google map or wikimapia, kalau highlight jalan ni, akan keluar perkataan 'Malaysian Street'..sbb ramai no org M'sia yg stay kt jln ni..kedai/restoran melayu pun banyak..

      Delete
  17. cantiknyaaa. nampak mewah je mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok teater ni sbb nak masuk dlm bangunan ni..hihi..teater tu best jugalah..

      Delete
  18. cantik opera house tu,ok jugaklah ssekali layan teater,kira tak takutlah ya jalan sorang sebab orang ramai di mana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab utama tengok teater sbb nak masuk opera house ni..first time tengok teater..hihi...walaupun dah malam, tapi ramai sungguh orang..tak takut tuk jalan sesorang..Alhamdulillah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...