Tuesday, December 1, 2015

Ho Chi Minh: Ronda-Ronda Kotaraya 2

Assalamualaikum..

Hari Ahad. Hari ni free n easy, bergerak solo. Selepas breakfast, saya dan kakak membawa diri ke haluan masing-masing. Kakak saya dengan agenda membeli-belah di sekitar pasar Ben Thanh. Saya pula menyambung sesi ronda-ronda kotaraya Ho Chi Minh..huhu..jom kita jalan-jalan.

Bergerak ke utara ke Reunification/Independence Palace. Disebabkan tak check lokasi pintu utama Palace ni, end up buat satu pusingan, kena tawaf..huhu...besar betul kawasan istana ni.

Reunification Palace

Entrance fee untuk masuk istana ni ialah VND200,000 untuk foreigner. Malas pulak nak masuk, snap gambar dari pintu gate je. 


Kemudian bergerak ke timur, ke Notre Dame Cathedral. Menyeberang jalan, melewati taman kecik yang penuh dengan pokok-pokok besar. Umat manusia memang ramai lepak-lepak kat taman ni, ada yang buat photoshoot kahwin.

Notre Dame Cathedral

photoshoot stail Zilla, tapi takde bunga matahari
entah bunga apa, daffodils kot, tapi dah layu

Bergerak ke sebelah ke bangunan Central Post Office. Ramai orang berjualan di tepi-tepi jalan, pemandangan biasa di sini.

penjual kuih, balancing act
nampak sedap kuihnya, mcm kuih keria..hihi..

Central Post Office

interior 

telephone booth

 Meneruskan perjalanan, ke Le Thanh Ton. Jalan-jalan di kaki lima kedai.


penjaja jalanan - masih mengguna pengandar yang macam dacing

pejabat untuk disewa 
Savills - no longer associate company

Berjalan sampai ke jalan di sebelah Saigon Opera House. Ada beberapa kedai jual model kapal layar.

model kapal layar old skool

Union Square (kiri) dan Hotel Continental (kanan)

Singgah di Saigon Opera House. Tengok ada promosi musical show The Mist - the rythm of authentic Vietnam


ingatkan benda apa tadi, rupanya promosi AO show

Naik ke atas ke pintu masuk, tempat promosi show The Mist, ada staff datang explain tentang show. Menarik juga..tengok buku comment pulak, mostly pelancong mat saleh yang komen, semuanya puji melambung-lambung.

Telefon kakak, tanya dia nak tengok ke tak..sekali dia taknak pulak. Takpe, tengok sorang-sorang. Confident. Beli tiket yang paling murah, ada discount, dari VND630,000, dapat VND540,000..hmm..lebih kurang RM100. 


Hari minggu show start pukul 8.00 malam, hari biasa pukul 6.00 petang. Show lebih kurang satu jam, selesai pukul 9.00 malam. Dalam hati gentar juga, tapi teruja nak tengok show ni, teruskan juga hasrat hati..


Dah dapat tiket, duduk dulu di kawasan redup di tepi Opera House ni, check lokasi cafe. Sebab masa beli tiket tadi, depa ada tanya nak tiket free masuk muzium ke atau nak free drink dekat cafe terpilih.

Bila tanya muzium mana, depa jawab War Remnant Museum, hmm..taknak lah, sebab muzium ni dekat dengan Reunification Palace, rasa malas pulak nak pergi ke sana. So, ambik free drink je, ingat nak pergi mengopi, bila check voucher, rupanya cuma boleh claim dari pukul 5.00 - 7.00 petang saja..huhu...

Masa duduk-duduk ni, tiba-tiba datang seorang pengilat kasut, tunjuk-tunjuk kat kasut saya, ingatkan apa, rupanya dia nak letak gam. Malas nak layan,  cakap tak nak, terus blah, yang pengilat kasut tu sibuk je ikut, nak juga letak gam kasut..dah le ada adegan berkejaran di tepi opera house..hehe.. 

 Saigon Opera House and Hotel Continental Saigon

Nak lari dari pengilat kasut, terus masuk Dong Khoi Street, jalan yang happening di sini.

Dong Khoi Street

Tujuan ke sini nak cari tempat mengopi yang hipster lagi gempak di Ho Chi Minh city iaitu the Workshop. Dengan map di tangan, cari punya cari, jumpa juga akhirnya, agak tricky juga lokasinya..

entrance di sini, di antara Vincy dan Phuc Long
2nd Floor, 27 Ngo Duc Ke, off Dong Khoi

Dekat simpang empat - The Grand Hotel dan Jaspas Restaurant

 the Grand Hotel

 Jaspas Restaurant dan The Macaroon Boutique

OK, jom kita naik ke atas, cafe ni di tingkat 3.
 
 entrance di sini

 berkeriut-keriut bunyi tangga ni, bangunan lama

Dah sampai atas, ramai orang, full house..terpaksa duduk di meja tengah, di bangku tinggi ni..tapi takpe, dapat tengok baristas tu prepare kopi..sambil check internet..wi-fi laju..

 menu - order iced cappucino dan croissant

 types of coffee

 banyaknya apparatus, dah macam makmal sains..hihi..

 barista tu tengah masak kopi
first time tengok alat mcm tu, berapi-api lagi..

barista lelaki ni tengah prepare kopi Vietnam 
yang guna drip, siap timbang kopi, ada scale tepi tu

dah masak, sapa yang order hot coffee
 depa masak mcm ni 

croissant

iced cappucino

Overall, sangat ok, the food, the environment and waitress tu pun friendly. Jumlah semua VND125,000, lebih kurang RM20++, lebih kurang harga kat Malaysia..

Mission accomplished..jom kita sambung berjalan lagi. Masa ni pukul 12.00++...lunchtime! Lunch dimana? tungguu..

26 comments:

  1. Apa yg menarik mata kakak tentunya yg menjunjung kuih yg macam No kata macam kuih keraia tu hihi..Jual guna bakul dikandar tu zaman kakak kecik pun tak pernah nampak. Kalau cerita P Ramlee adalah:) Cuma yg buat kopi tu dah macam kat Lab pulak. Teringat masa belajar dedulu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriau tengok lelaki menjunjung kuih tu..hihihi...dah takde penjaja guna pengandar di m'sia, dulu2 pun rasanya dah takde..cafe tu memang havoc, mcm science lab, byk tul peralatannya..

      Delete
  2. penat juga ronda2 bandar ho chin min city sambil mengelak pengegam kasut tu ya nohas...agaknya teater yg ditonton tu menarik tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih jg, hari pulak terlampau panas...hihi..sib baik pengilat kasut tu give-up, lari jauh-jauh..teater tu bolehlah..ada part yg menarik, ada part yg boring..

      Delete
  3. jadi blogger lagi penting mengambil gambar dr bershopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..hihi..lebih baik ronda-ronda, tengok tempat2 yg menarik..balik dari meronda, shopping jg sikit2...hehe..

      Delete
  4. Best pulak tenguk depa buat kopi. Rupanya ada sukatan tertentu yang menentukan kesedapan kopi tersebut. Macam masuk makmal untuk mengopi. Bab kena kejor beli barang ke apa ke tu yang seriau kan. Memang kadang kesian melihat kehidupan orang vietnam.

    Pernah dulu terjadi masa keluar dari hotel di hanoi nak jenjalan tiba-tiba seorang budak kecil terus peluk kaki. Fuh terperanjat juga napa pulak. Lepas budak tu puas peluk dia lepaskan lepas tu dia ketawa. Pelik juga napa. Lepas tu dia balik kat mak dia. Sambil bercerita dengan mak dia sambil tunjuk kat akak. Entah apa lah cerita dia agaknya. Agaknya sedap sangat peluk tilam Vono.... hahahaha yalah orang lain semua kurus-kurus kita ni hah ko 3G. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralit tengok depa buat kopi..betul tu mcm makmal, siap timbang2, lepas tu ada pulak yg masak2...yg kena kejor tu, pengilat kasut nak bubuh gam kt kasut saya, tapi takde lah agresif sgt mereka..kesian kan tengok kehidupan mereka..sampaikan kerajaan/pemilik bangunan.takleh nak buat apa dgn mereka yg berniaga di kaki2 lima ni...

      hihi..tilam Vono..tiba2 kena peluk kaki, mesti terperanjat..

      Delete
  5. seronoknya ... terliur tengok croissant dengan cappucino tu nyum~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok cafe culture di sini...croissant tu sedap dn lembut..

      Delete
  6. french architecture tu mmg ohsem mcm kat paris jeer.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paris of the East..nk gi the real one, entah bila..huhu..

      Delete
  7. love the coffee cafe tu.. boleh plan ke sana nampaknya.. banyak leh shopping kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik sikit cafe ni...banyak leh shopping di sini..jom, jom..buat rombongan..

      Delete
  8. melancong begini paling best ketika berbulan madu..feel dia lebih terasa...

    anyway tengok picture tentang makanan memang best

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersantai-santai sambil honeymoon..lg best..thanks singgah sini..

      Delete
  9. Semua gambar cantik2.
    Menyesal pulak rasa sebab masa ke sana dulu tak pergi tempat2 ni.. :(

    ReplyDelete
  10. wowwieee makmal sains coffee! bestnya nak iced cappucino jugak! X3

    ReplyDelete
  11. saya kalau travel, shopping ni priorities last sekali...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, shopping ni agenda sambilan..hihi..tapi di HCM, ramai yg shopping giler2, berbeg-beg, mungkin nak berniaga..

      Delete
  12. kalau tengok bangunan cecantik.. macam x percaya kan ramai rakyat yang miskin.. macam maju saja tempatnya.. ehehe.. shopping last2 ohsem.. time tu baru sedar duit dah banyak habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan cecantik ni kebykan bangunan2 lama..bangunan moden pun byk jg, Vietnam sekrg dah maju, byk pelabur asing yg dtg buat bisnes di sini. Its labour cost is among the cheapest in Asean..byk kilang relocate ke sini..rakyat miskin pun masih ramai lagi..

      first day dah shopping byk jg, yg last2 tu cuma shopping sikit2 je utk diri sendiri..

      Delete
  13. seronok explore tmpat mcm ni kan,lifestyle diorang ni..ada mix modern n traditional,banyak bangunan klasik yang well preserved nampaknya...cafe tu mmg unik,mesti authentic kan rasa kopi dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. explore dgn berjalan kaki memang banyak dapat dilihat tapi letih jg..hihi..byk bangunan French colonial yg di preserved...cafe tu jatuh cinta pandang pertama sbb tu cari juga sampai dapat..hihi..unik & konsep yg menarik..kopi vietnam yg authentic..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...