Wednesday, December 23, 2015

Restoran Halal di Ho Chi Minh

Assalamualaikum..

Untuk wrap-up travel kami di Ho Chi Minh, nak buat satu entry khas untuk edisi makan-makan di restoran-restoran halal di bandar ni. Memang banyak restoran halal disini, so Muslim travellers tak usah risau, tak perlu pening-pening kepala nak bawa barang2 makanan kalau travel ke sini, cuma pening dengan harga makanan yang setaraf food court KLCC tu..hihi..

Meh kita semak peta lokasi..landmark utama, Ben Thanh market ..jalanraya tepi market, Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh tu selepas pukul 6 petang, akan jadi lokasi pasar malam...

 Lokasi restoran halal dekat Ben Thanh market

Nguyen An Ninh Street @ Malaysian Street

Yang ni memang tak perlu nak introduce, memang tempat pilihan orang Malaysia stay kat jalan ni. Di sepanjang jalan, memang banyak restoran halal..


Ay Sah, Mu Sa Ka Reim, Amin

Osman, Basiroh & Kampung Melayu

Hj Man Sour, An Tam

Dalam banyak2 restoran ni, kami cuma pergi kedai Amin je..sebab mengikut maklumat, makanan di sini lebih murah dan sedap..
 

Makanan lebih kurang macam di Malaysia juga - ada pelbagai nasi goreng, bihun goreng, ada juga makanan Vietnam seperti pho, popia vietnam. Harga nasi goreng dan pho semuanya VND50,000 (RM10) dan air VND20,000 (RM4.00).

pho ayam dan nasi goreng kampung

 popiah vietnam

Di seberang jalan di sebelah barat, ada restoran Nabil Biryani, di sebelah The Luxe Hotel. Ke utara lagi, berhadapan kuil Hindu, ada Saigon Green House dan di Le Thanh Ton, ada Restoran Daun. 


Di Thu Khoa Huan street, ada tiga restoran halal - Restoran Serai, Halia dan Kampung Pandan.

Serai, Halia dan Kampung Pandan

Bergerak ke arah timur pula, ke Nam Ky Khoi Nghia St, off Le Loi, ada Saigon Halal Foods.

 ambik dari Google streetview 2014

 Saigon Halal Foods

Di kawasan Dong Khoi/Dong Du

 Lokasi restoran/outlet halal di Dong Khoi/Dong Du

Di Dong Khoi, boleh ke Parkson, di sebelah Hotel Continental Saigon, di food centre di Level 3, ada outlet Zam-Zam - Flavour of Indian and Arab Foods.

Parkson @ Dong Khoi

macam-macam ada
 
Dari Parkson, berjalan ke Dong Du yang ada Masjid Jamek, ada tiga pilihan restoran halal di sini - D'Nyonya, Halal@Saigon dan restoran Turki, Pasha. 

Tuanpunya Restoran Halal@Saigon ni orang Malaysia, so banyak jugalah makanan Malaysia yang ada di sini. Home away from home.


 Halal@Saigon

pho di Halal@Saigon

nasi goreng ikan masin - sama rasa mcm di M'sia


  Restoran D'Nyonya

Untuk kelainan citarasa, boleh try makanan Turki di Pasha Restaurant.

Restoran Pasha

Moussaka, roti pide & iced lemon tea

Dalam map atas tu, ada nampak jalan Hai Ba Trung. Menyusuri jalan ni ke utara atau naik teksi, jom terjah satu lorong yang makcik Melayu Champa menjual makanan, katanya lebih murah dan lebih happening, makan style local people - mencangkung di bangku dan meja rendah..info ni dapat dari blog o-mulan..

dari blog o-mulan - klik sini

Selain daripada makan-makan di restoran halal, try mengopi di cafe-cafe menarik yang ada di sini. Ho Chi Minh terkenal dengan cafe culture yang aktif lagi happening.  Boleh jengok sini untuk view cafe-cafe menarik di HCM - the incredible cafe scenes of HCM.

Saya sempat pergi dua cafe - the Workshop dan L'Usine@Le Loi. The Workshop ni memang saya recommended untuk mengopi...lain dari yang lain cuma lokasinya agak susah nak cari. Kebanyakan cafe-cafe di kawasan Dong Khoi ni letaknya di tingkat atas, jarang ada di tingkat bawah, sewa mahal. Sila refer entry Ronda-Ronda Kotaraya 2 untuk ke the Workshop cafe.


The Workshop

L'Usine @ Le Loi

 Untuk mengeteh pula, boleh try Khanhcasa teahouse, menarik sekali dekorasi kedai ni..penuh dengan bunga-bunga..

 ini outlet di Dong Khoi, ada juga di Le Loi

Menarik bandar Saigon ni, semakin maju seiring dengan arus pembangunan...hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..tapi bila dah ada di negara orang, kita enjoy apa yang ada di sana...cheers..

30 comments:

  1. Hmmm... tempat-tempat macam ini yg kalau pergi tak serik utk pergi lagi No.
    Tempat makan halal banyak dah macam tempat sendiri. Mahal sikit tu tak ada masalah sebab kalau dah kata makan angin mesti fulus dah get ready kan:)

    Mengopi tak tinggal ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg berulangkali dtg ke HCM tuk shopping..senang nk dpt makanan halal tu yg best, mahal tu pejam mata je..tengok cafe yg menarik, mesti nak mengopi..hihi..

      Delete
  2. Maknanya... tak payah le memberatkan beg bawa makanan kan kan kan. Bawa duit je. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak duit beribu-ribu, berjuta-juta dong...

      Delete
  3. Replies
    1. melihat negara yg membangun begitu pesat selepas perang..

      Delete
  4. baca n3 nohas terasa ingin sgt nk ke vietnam heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, kak..ajak anak ke sini..

      Delete
  5. Banyak pilhan makanan halah, senang cari tempat makan, x la risau kan sis... bestnya tgk tpt mereka... harus tangkap gambar byk2 sis... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan halal senang nk cari, tak perlu risau, makanan pun lbh kurang mcm kat M'sia jg..hehe..

      Delete
  6. bagus info ni semua.. at least dah tahu, banyak pilihan rupanya.. kalau pergi HCM lagi, boleh rujuk entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pilihan selain dari di Nguyen An Ninh..

      Delete
  7. Rindu kopi vietnam....rahsia nyA tambah dgn susu cair

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan kopi ais vietnam..oo..itu rahsianya..tmbh susu cair dan kemudian shake..*gulp*

      Delete
  8. Menang tak risau lah mkn kat vietnam..bnyk restoran halal..

    ReplyDelete
  9. Teringat ingat makanan kat sana. Sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap-sedap foods di sana..nyum, nyum..

      Delete
  10. Sy bookmark sini... nnt p hcm sy study blk tmpt ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pilihan makanan halal..bolehlah JJCM di HCM..

      Delete
  11. byk sungguh restoran halal . tak perlu bimbang lah pasal mkn kat sana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak duit je..and jgn convert harga..hihi..

      Delete
  12. mmg betul kak Nohas...restoran HALAL di HCM makin bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan...2-3 restoran di punyai owner yg sama cuma nama kedai je berbeza..mmg betul..harga seperti mkn di KLCC..so kalau traveller ciput cam JM ni tetap mkn di kedai hjh basiroh depan saigon pink tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. restoran2 ni mmg target pelancong muslim je, orang tempatan jarang makan di sini..akak pelanggan tetap pho kt kedai amin...murah dari hjh basiroh..

      Delete
  13. seronok g tempat yang senang makan kan,lagi menarik dapat rasa local cuisine yang halal,pho tu mcm mihun soto ke,menarik popia tu,nmpak mcm makanan sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sbb takyah nak fikir pasal nak bawa makanan..pho tu lebih kurang soto jg..popia tu mknan sihat, langsung tak bubuh garam, tawar habiss..

      Delete
  14. haaaaaaaaaaaaaaaa tudia senarai tempat makan halal.. kalo gitu kita plan JJCM kat HCM la pulak nak ? orang pegi shopping.. kita pergi terjah kedai makan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJCM di HCM pun best jg, cuma mahal giler, foods sama je mcm kat M'sia..lebih baik shopping kain, lebih murah di sana...huhu..

      Delete
  15. Banyak tempat makan halal, senangkan, belum sampai sana lagi, tak tau la bila hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang travel di sana, siap duit je utk makan..in shaa Allah, sooner or later..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...