Thursday, April 30, 2015

Bila nak habis? Entahlah..

Assalamualaikum..dah holiday mood? rasa excited nak cuti 4 hari...

Nak kemana cuti-cuti ni? Ke pesta buku? Masih berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL, belum lagi menjejakkan kaki di PWTC. Entahlah, rasa malas nak pegi, walaupun hati bagai digaru-garu..takut terpesona lalu terbeli lantas tak terbaca...yang ada kat rumah ni pun, entah bila nak habis baca..


 lima buku ni, ada yang ringan, ada yang 'heavy metal'

buku sdr Abd Latip Talib yang pertama dibeli
Mengagumkan - begitu terperinci sekali penerangannya
siap dengan dialog-dialog. Mesti buat koleksi buku karangan penulis ni.

Buku dapat percuma - tajuk yang berat
Frankly speaking - belum sempat baca mukadimah lagi
tunggu PERKIM buat program 'Bedah Buku', baru ada semangat nak baca

Dah pernah baca buku genre yang serupa, mengenai 'pluralisme, liberalisme' agama dalam buku Tuhan Manusia oleh sdr Faisal Tehrani, salah seorang penulis kegemaran saya, suka penulisan kreatif beliau, lain dari yang lain..

 semakin baca, semakin tak faham, semakin berserabut otak
lastly, drop dulu - kena siap sediakan minda 

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"

Buku percuma lagi.. Prinsip-Prinsip Islam Dalam Berinteraksi Dengan Non-Muslim

dah lama dapat, belum khatam lagi.
Bagus untuk pendakwah-pendakwah, para-para dae'i

Terbaru dalam koleksi - hasil bacaan dari blog Zilla tapi Zilla review buku Bulan Terbelah di Langit Amerika, cari juga buku tu di Kinokuniya KLCC hari Sabtu lepas..dapat satu ni je, ok jugalah kan..one by one..

 karya Salsabiela Rais dan Rangga Almahendra

Ada filem dari negara seberang diadaptasi dari novel ni, bolehlah nonton lepas ni..dah tengok trailer di youtube, not bad..

*hati bagai digaru-garu nak pergi pesta buku sebab nak cari buku Bulan Terbelah tu..hehe..bersemangat waja...bacanya..wallahu'alam.

Dua author kegemaran saya, tahap addicted..Habiburrahman El Shirazy dan Jeffrey Archer.

Baca at a slow pace

Jeffrey Archer, bagi saya, seorang yang 'genius in storytelling'. Hampir semua bukunya saya dah baca, dari 'Kane and Abel', 'Shall We Tell the President', 'the Prodigal Daughter', 'the Fourth Estate', tapi takde buat koleksi, cuma ni je satu, beli di Chowrasta Market, Penang....memang karya yang best, menggembirakan minda..

Karya pertama Sdr Habiburrahman El Shirazy yang saya baca, 'Ketika Cinta Bertasbih', lepas tu terus addicted, yang ada dalam koleksi - Ayat-Ayat Cinta, Diatas Sejadah Cinta dan Bumi Cinta...all cinta, cinta itu universal. Bumi Cinta ni berat juga karyanya..berlatarbelakangkan bumi Moscow, membacanya memaksa kita melihat dengan mata minda, membayangkan budaya, cara kehidupan dan kota Moscow itu sendiri..
 
Dan baca pula hasil karya John Grisham, peguam menulis...the Racketeer..belum sempat baca...

 two best authors - the American and the British

Koleksi pertama - sempat habiskan dua2 cerita ni

Entahlah, kena cari juga masa untuk baca buku-buku yang tertunggak..
cuti hujung minggu ni boleh kot..haha..

Review buku yang lain: Rindu Andalusia, Bukan Sekadar Novel dan Menunggu Yang Ketiga

Saturday, April 25, 2015

Program Seni KL 2015

Dah berminggu-minggu, lalu lalang depan ni. Dekat sangat dengan pejabat.

Cantik kan.

Sebahagian dari Program Seni KL 2015 anjuran DBKL untuk mencantikkan lagi bandaraya Kuala Lumpur. Sesiapa pun boleh join, calling all creative people!
 
"Jemputan untuk syarikat/individu/kumpulan/organisasi/pelajar untuk melakar idea seni dan kreativiti pada struktur bandar milik DBKL (feeder pillar/gantry/tembok usang/tong sampah) secara sukarela. Penyertaan akan diberikan Sijil Penghargaan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai tanda terima kasih kerana menyumbang kepada Bandaraya Kuala Lumpur"


Nampaknya 'low-voltage feeder pillar' ni paling popular untuk melakar karya seni. Ni satu lagi..depan Sogo..konsep ceria..

 
 sumber: DBKL website
 
Meh kita ronda-ronda kotaraya KL, ala-ala 'amazing race', cari 'work of art' yang lain. Yang paling nak tengok, 'creative work of art' kat tong sampah..

Ada ke macam ni?

 
sumber: www.pinterest.com

..bhahaha..takut ada yang kena heart attack..

atau sweet-sweet, cam gini..

 sumber: sini

sure tak lama, now you see it, now you don't..kena curikk!!..hehe..lawa sesangat!!

Yang ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat, harap-harap DBKL approved at first sight..haha..

warna kuning lagi meriah

 Salam ceria di hujung minggu..last word.."cities that don't grow, die"

Wednesday, April 22, 2015

Dua yang sama, dua yang berbeza..

Satu diatas pendapatan, yang satu lagi diatas perbelanjaan..yang pastinya dua-dua dipanggil 'tax'..



 Suka, tak suka..kena juga hadam yang ni
 
Yang ni baru nak buat..huhu..

Sunday, April 19, 2015

Tibet : The Wedding Photoshoot

Assalamualaikum...salam hujung minggu..well, dah nak malam dah pun..hehe...

Semasa checking news, terjumpa artikel yang menarik di BBC online..'the wedding photos that captivated China'..bukan saja mereka di China, saya pun terpesona, wow!! they are stunning and I am stunned.

Kita biasa tengok wedding photos orang Melayu dan Cina, samada indoor or outdoor photos, semuanya indah-indah belaka..takde yang nak ambil gambar kahwin dengan ayam, itik, kambing..tapi photoshoot yang ni sangat unik..gambar kahwin pasangan pengantin dari Tibet.

Tibet - lokasinya di sebelah barat negara China, bersempadan dengan Nepal dan Bhutan. Merupakan sebahagian negara China, tapi hubungan dengan Beijing tak berapa nak baik sangat..sebab sejarah silam..


Wedding photoshoot ni belongs to Gerong Phuntsok and Dawa Drolma, a photogenic couple. Petikan interview oleh Phuntsok, yang bekerja dalam bidang periklanan..

"Maybe we represented thousands of young people from ethnic minorities, who left their hometowns to pursue a 'modern life' but chose to return to tradition after feeling a void in the heart," he said. "I think we found an echo with other web users. As we fight for our dreams, some of us get lost. So we wanted to say with the photos: stick to your beliefs."

Enjoy the photos..traditional and rural setting dan juga moden setting..both are breathtakingly lovely..

 
 

dan moden style..

 

semua photos diatas and banyak lagi foto menarik, boleh klik zhangzishi 

Saya suka yang tradisional & rural setting - a picture speaks a thousand words..

Thursday, April 16, 2015

Liverpool FC and Zayn Malik

Assalamualaikum...salam malam Jumaat, penghulu segala hari...

source: dailymail online
Respect. 

Melihat gambar diatas. Gambar dua orang lelaki sedang bersolat. Bersolat di mana? di kawasan tangga di Stadium Liverpool di Anfield, semasa break utk 2nd half, semasa game Liverpool vs Blackburn Rovers.

Asif Bodi dan Abubakar Bhula, peminat tegar Liverpool, tidak lupa untuk  solat, sementara menunggu perlawanan separuh masa kedua, tetapi yang sedihnya, Stephen Dodd, yang snap gambar ni, telah tweet gambar ni dan letak caption 'Muslims praying at half time #DISGRACE'.

"Disgrace" disini bolehlah dimaksudkan "memalukan". Apa yang nak dimalukan. Islam itu mudah, bumi Allah ni, luas, dimana saja, solat boleh didirikan asalkan bersih tempatnya. Untuk dua orang yg bersolat tu, usah gentar, pertahankan hak anda! enjoy good games and at the same time, tunaikan hak Allah. 
Tetapi Mr Asif Bodi tidak melenting, sebaliknya menganggap Mr Dodd tak tahu tentang pentingnya solat dalam Islam dan ingin berjumpa untuk menerangkan hal ni..good, dakwah bil lisan dan dakwah bil hal..semoga Mr Dodd mendapat hidayah, ameen..or at least, tidak buat onar lagi..

Dan Liverpool FC akan mengambil tindakan penyokong mereka yang tweet gambar ni.

In a statement, Liverpool said discrimination would not be tolerated at the club and it would ‘take appropriate action against the individual involved’

Mr Asif Bodi and Abubakar Bhula, you'll never walk alone..this is Anfield. I can't see why we mustn't support Liverpool FC...lalala...I rest my case.
--------------------------------------
Satu lagi kes. Kat UK juga. Zayn Malik. Ahli kumpulan One Direction.

 source: www.express.co.uk

Entahlah, selama ni tak pernah ambil tahu pun tentang kumpulan ni, walaupun suka juga dengar lagu 'Night Changes' tu...tapi bila Zayn Malik keluar dari kumpulan One Direction, heboh di alam maya..barulah saya tahu sebab Zayn Malik ni orang Islam..

Tapi yang tak bestnya..sebab dia tweet #FreePalestine tahun lepas, dia terima ugutan bunuh..dan macam-macam remarks dilemparkan kepada dia..'boyband jihad', 'pimping Islam' dan compare Zayn dengan Boston marathon bomber, Dzhokhar Tsarnaev..memang benar, puak-puak ni takkan senang dengan Islam..selamanya..

Bacaan lanjut: 
http://www.theguardian.com/music/musicblog/2015/apr/07/zayn-malik-muslim-pop-star

Semak fikiran, letih..di tanahair juga, hal-hal berkaitan Islam heboh diperkatakan, dipersoalkan..

Islam is a way of life, not just a ritual practice..#supporthudud...

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah: 3)

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah :208)

Make peace, not war..

Wednesday, April 15, 2015

Melukis guna Excel..excellent!

Assalamualaikum...

Jumpa ni dalam old emails..familiar dengan MS Excel? Mestikan..spreadsheet yg popular untuk buat kira-kira, buat graphs, buat projection and all sort of things..a powerful software...

tapi ada orang guna Excel untuk hasilkan lukisan...perghh..memang kreatif..tak tahulah dia ni 'Excel freak' ke, atau dah tak tau nak buat apa, tapi kalau dah minat, semua boleh jadi kan...
 
Guna 53,760 cells...berpinar biji mata tengok rows and columns...

Mula-mula, fail excel tu macam ni je..


 Kemudian, klik format, adjust row height jadikan = 15.33 dan column width jadikan = 2.4 

dan 

Voila!! Excel work of art..


Genius.

Tuesday, April 7, 2015

Jejak Warisan KL : Heritage Buildings 2

Sambung jejak warisan di Dataran Merdeka..

Selesai snap-snap foto, sempat juga jadi photographer sambilan untuk tourists yg nak bergambar di hotspot I♡KL tu..hehe, kami pun bergerak melintas Jalan Sultan Hishamuddin..

 Bangunan Sultan Abdul Samad - landmark KL yang popular 

Bergerak menuju ke Muzium Tekstil.

pandangan sisi Muzium Muzik


Masa ni ada pameran Batik SarongBatik sarong dah masuk muzium...hehe...kain-kain batik saya tersimpan dalam almari, jarang pakai.



 corridors - typical colonial building

Menarik juga Muzium Tekstil ni, bukan saja pameran mengenai kain-kain, ada pameran perhiasan-perhiasan diri zaman dahulu kala, pelbagai bangsa di Malaysia.

cucuk sanggul, gelang kaki dan pending

Dua rangkap pantun di dinding..menarik..

"Ringgit chuma chandaran saja"

sisi moden Muzium Tekstil

Dah habis ronda-ronda Muzium Tekstil, bergerak semula ke Dataran Merdeka..dah lama duduk KL, inilah first time, benar-benar menjejakkan kaki di dataran..


Di tepi padang ni, ada information boards mengenai bangunan-bangunan warisan yang ada disekitar Dataran Merdeka. Siapa arkiteknya, ciri-ciri senibina, bolehlah baca..menambah ilmu pengetahuan..


 
 

Panggung Bandaraya
-----------------------------------

Bangunan-bangunan warisan ni dibina dalam tahun 1800 - 1900. Dah lebih 100 tahun usia mereka. Macamanalah kawasan ni pada zaman British dulu ye. Mesti sibuk dengan aktiviti perdagangan, urusan pejabat-pejabat kerajaan.

Kegunaan bangunan-bangunan warisan ni pada zaman British: 
Muzium Muzik - the Chartered Bank of India, Australia & China
KL City Gallery - pejabat British Malaya & pejabat percetakan
Muzium Tekstil - pejabat JKR 
Bangunan Sultan Abdul Samad -  pejabat Federal Secretariat of Malay States
Panggung Bandaraya  - City Hall of KL

Rintik-rintik hujan dah mula turun, menamatkan sesi jejak warisan di Dataran Merdeka, menjejaki legasi penjajahan British di Malaya. 

British left us with these magnificient buildings that add colours to KL's skyline. Do we proud of them? To conclude, it is like 'dark chocolate'..dalam manis, ada pahitnya..cheers..

Sunday, April 5, 2015

Jejak Warisan KL : Heritage Buildings

Assalamualaikum..

Cuti hujung minggu..jom jalan-jalan, jejak warisan di Dataran Merdeka. Parking kereta di bawah Dataran Merdeka, lalu di retail mall, Dataran Underground.

 


Boleh join free tour ni.



Keluar dari Dataran Underground, akan jumpa bangunan ni..Muzium Muzik.




Masa ni belum dibuka lagi untuk orang ramai tapi ada buskers sedang menyanyi sempena promosi muzik jalanan.
 
Muzium Muzik
 Ada kuda..ya, benar..boleh naik kereta kuda di sini. Feeling-feeling zaman kolonial..

Kereta kuda depan bangunan KL City Gallery


Kalau tak nak naik kereta kuda, boleh naik tram ni

KL City Gallery
 
hotspot

Perpustakaan Kuala Lumpur

Perpustakaan Kanak-Kanak


 Pokok-pokok besar yang berada di sini namanya - Rain Tree atau pokok Hujan-Hujan/Pukul Lima

"Pokok Hujan-Hujan yang berumur lebih 100 tahun ini dibawa ke sini dari Amerika Selatan. Nama Pukul Lima diberi kerana kepekaan daunnya kepada cahaya, di mana daun ini melipat ke atas pada senja hari, menandakan mereka telah menamatkan hari. Daunnya juga dikatakan akan melipat ke atas apabila langit mendung, menandakan hujan akan turun"


Sebagaimana kita enjoy historical buildings di luar negara, di KL pun meriah dengan bangunan-bangunan bersejarah.  Walaupun dibina oleh penjajah British, tetapi senibinanya berinspirasi Moor dan Moghul..Islamic influence..a feast to the eyes..

bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...