Saturday, January 2, 2016

Muzium Padi, Alor Setar

Assalamualaikum..

Hola! Selamat Tahun Baru 2016.

Entry pertama tahun ni. Tahun baru tapi cerita lama. Trip singkat ke Alor Setar di awal Disember 2015. Bawa ibubapa ziarah adik di sana, sambil-sambil tu jalan-jalan ke tempat menarik. Adik pula cuti lama sebab cuti sekolah, dia cikgu. Dialah yang jadi driver-cum-tour guide.

Tempat pertama yang dilawati ialah Muzium Padi. Padi dan negeri Kedah memang berpisah tiada. Nama pun negeri Jelapang Padi Malaysia. Padi diproses menjadi beras, beras dimasak menjadi nasi - makanan ruji rakyat Malaysia.


Dua kali pergi sini, pertama kali pergi dah pukul 4.45 petang, muzium tutup pukul 5.00, tak jadi masuk, datang semula esok pagi. Muzium ni lokasinya di kawasan Gunung Keriang. Kat bahagian mana Alor Setar, entahlah..nak ke sini, kena lalu sawah padi yang terbentang luas.

 Muzium Padi Alor Setar

Menarik bangunan muzium ni, bentuk seberkas padi berwarna keemasan. Di persekitaran ada pelbagai arca yang ada kaitan dengan sawah padi.

arca burung-burung bangau

membajak sawah
 
Bayaran masuk untuk orang dewasa ialah RM5.00, kanak-kanak pun dikenakan bayaran, tak ingat berapa. 
 
 harga dah naik dari RM3.00 ke RM5.00
 
Jom kita masuk. Mula-mula masuk sini - ke Puncak Gunung Keriang.
 

Kena naik tangga sampai ke atas (tingkat 3)..semput den.




Sampai diatas, perghh..terbentang luas pemandangan sawah padi dan suasana desa. Tapi jangan tertipu, jangan terpedaya..ini semua lukisan saja.
 
 

Boleh duduk di bangku-bangku yang disediakan sambil menikmati pemandangan lukisan ni, lantai akan berpusing. Tapi lambat sangat pergerakan lantai tu, lebih baik berjalan sendiri. Takde apa di atas ni, cuma lihat lukisan ni saja.

 damainya suasana

Dah habis, jom turun untuk sesi lawatan seterusnya. Mengenali padi dengan lebih dekat lagi. Setiap hari makan nasi, jom kenali apa yang kita makan. You are what you eat...hihi..

struktur padi 
ada embryo, endosperm

kisah dalam Sejarah Melayu
kisah Wan Empuk, Wan Mailini

 emping beras

dari padi dibuat tepung, dari tepung dibuat kuih
kuih sepit/kapit, peneram, kuih bulat2 tu ntah panggil apa

Ada pameran jenis-jenis padi dari negara-negara seluruh dunia - di semua benua - Asia, Afrika, America, Eropah. Dahsyat padi ni, majoriti seluruh negara di dunia ada tanam padi.

 kita makan nasi dari padi apa ya??

Kemudian turun ke tingkat basement, ada A-Z mengenai padi - dari proses menanam hinggalah penyimpanan padi. Memang menarik, berinformasi. Di sini ada kedai souvenir.

 jenis-jenis padi

 bahasa kerbau


 tempat simpan padi

 Gurindam

Memang menarik muzium ni, sila masukkan ke dalam itinerari anda jika berkunjung ke Alor Setar. Highly recommended.

 selamat tinggal

ini Gunung Keriang yang sebenarnya
betul-betul berhadapan dengan Muzium Padi

Bila tengok padi, tengok nasi, teringat pada perit jerih keringat seorang petani, bergelumang dengan tanah demi sebutir beras yang kita makan. 

Teringat pada tema teater 'the Mist' yang ditonton di Ho Chi Minh - "Inside each humble rice is an invincible power bursting into life that has permeated Vietnamese souls. Rice is life, the essence, the devotion, the predestined love ties in the culture of Vietnam." Samalah juga di sini - di negeri Jelapang Padi.

44 comments:

  1. SEMANGAT PADI KEKAL DIJIWA PESAWAH PADI XKIRA DI MANA...KAK NI ORG KEDAH JUGA TAPI XPERNAH SAMPAI KE MUZIUM PADI DI GUNUNG KRIANG NI..TERPESONA MANDANG SAWAH PADI YG TERBENTANG INDAH KAN...DAMAI JIWA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan ke muzium ni penuh dgn sawah padi terbentang luas, damai je mata memandang..

      Delete
  2. Kak... tahun ni tahun melawat kedah.
    Discover Kedah 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom..melawat Kedah..pi Langkawi..

      Delete
  3. Hehehe... saya tak pernah masuk lagi museum ni, walaupun dekat saja kalau nak pi skodeng situ. Nice review sis ;3

    Nanti bulan 5 ni kalau ada mai utara lagi, lajak mai perlis sekali sis, beli harumanis di ladang harumanis bukit bintang ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang jauh dah sampai..hihi..

      pelam harumanis..sedap tu, kalau dah sampai KL, melambung-lambung harganya, beli kat ladang murah kot harganya..

      Delete
    2. kalau kat kl tu memang dah dilambung harganya ke tahap yang melampau, sepatutnya sekilo (ikut gred masing-masing) range between RM25-30 saja, sepatutnyalah... tapi untuk tahun ni tak pasti lagi berapa harganya, huhuh...

      Delete
    3. my sis ada order kt ofismate dia (org Perlis), about RM22 sekilo tahun lepas..oklah kan harganya..

      Delete
    4. Ooh, ok sangat la tu dapat RM22/kilo sis. Beli kat kenalan yang ada tanam harumanis sendiri, boleh dapat harga around that ;3

      Delete
    5. beli kt kebun, katanya..sampai KL, dah kecut..tapi dptlah mkn..huhu..

      Delete
  4. Lupa nak wish, Happy New Year 2016 sis! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year to you too, plain..

      Delete
  5. aduh rindu kampong halaman kaknoor lah nohas bola tengok jelapang padi malaysia ni huhu ..

    ReplyDelete
  6. Salam 2016,thinking of you nohas. Saya belum pernah ke muzium padi.menarik, educative kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 2016. Memang sangat berinformasi muzium ni, kalau ke Alor Star, kena singgah sini..

      Delete
  7. Menarik muzium padi ni wajib singgah jika.ke kedah.Lagi pun bayaran masuk tak mahal.akak suka bahagian atas tengok lukisan tu..macam real

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang kena singgah kalau ke Kedah, bayaran pun reasonable. Mula2 tu ingat betullah pemandangan sawah padi..hihihi..memang menarik konsepnya..

      Delete
  8. rupanya byk negara yg tanam padi . nasib baik ada entry ni . klu x mmg tak tahu ... rasanya , china dan jepun pun ada juga kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluruh dunia ada tanam padi, ada jg dipamerkan di sini, cuma tak ambik gambar je..China dan Jepun pun ada..

      Delete
  9. As/kum nohas. Selamat Tahun Baru.

    Saya pun teringin nak melawat muzium padi ni... tapi tak pernah lagi berkesempatan. Bukan apa... saya suka jalan menuju ke muzium ni... suasananya... sawah padi yang luas terbentang mengingatkan saya zaman kecik2 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Selamat tahun baru, Sweetie..

      Pemandangan menuju ke muzium ni memang menarik, tenang, aman damai dengan sawah padi terbentang luas, cantik sungguh..lupa nak snap gambar..

      Delete
  10. Selamat tahun baru 2016. Rupanya padi pun banyak jenis ye. Tak tau pulak. Tenguk lukisan tu cantiknya.. macam real je.

    Jom jom pegi langkawi lagi... hehehehe n3 yang ado pun tak habis lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2016. Banyak jenis padi ni, yg kita jumpa dah diproses menjadi beras...first time tu ingatkan real pemandangan sawah padi..nampak real..

      Tahun melawat Kedah..jom pi Langkawi..tengok akak gi, bestnya JJCM..

      Delete
  11. Selamat Tahun Baru 2016 kak Nohas...yang JM tahu mkn beras Jasmine Super 5 je...kalau tanya mkn jenis padi yg mana mmg fail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru, JM..

      Rasanya ramai yg tak tau jenis2 padi ni, bila dah jadi beras, nampak sama je..kecuali beras panjang, beras siam..

      Delete
  12. cantik lukisan kat muzium tu,very informatif,orang melayu ada sejarah yang panjang dengan penanaman padi,tapi sekarang banyak tapak sawah yang dah bertukar dengan ladang kelapa sawit...masa kecik dulu rajin ikut atuk nenek ke bendang,seronok zaman tu...sekarang dah takda,sedihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk dapat dipelajari ttg padi di sini, kt Kedah, tengok masih banyak lg sawah..kelapa sawit mudah nak jaga kot..

      bestnya, ada sawah padi, saya takde pengalaman dgn bendang...huhu..

      Delete
  13. happy new year kak =D

    penah lalu sini tapi tak singgah.. hehe..
    menarik juga dalam dia.. ada banyak lukisan2 tu CT suka jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year, Siti..
      best muzium ni, very informative..orang utara kena singgah ni..

      Delete
  14. biasa tu harga naik.. sekrang serba serbi naik kan..
    xpe masih ok harga tu.. support tourism kita cewah =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok harga tu..ya, betul tu, support local tourism..

      Delete
  15. Kakak sebenarnya baru tahu tau di Kedah ada Muzium Padi mcam ini
    Tengok lukisan tu memang mendamaikan. Tapi rasanya sekarang suasana tu dah tak ada lagilah kakak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tau juga...hihi..lukisan tu memang mendamaikan..ada lagi kak, kawasan nak masuk muzium ni, terbentang luas sawah padi..sungguh damai, kalau padi menguning, mesti cantik viewnya..

      Delete
  16. Selamat tahun baru Nohas...(hope masih x terlambat)
    Baru tau ada muzium padi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru..still early January..
      saya pun baru tau..hihi..

      Delete
  17. Selamat Tahun Baru 2016 Nohas..
    Nanti gi juga Muzium padi ni..
    Nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru, Nur Hayati..
      highly recommended tuk pergi melawat muzium ni..banyak info ttg padi..

      Delete
  18. tutup kol 5ptg, bukak kol brape pulak mkcik bukit? Cum on - timekaseh dlm bhs Vietnam., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bukak pukul 8.30 pg..sama2 wak..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...