Tuesday, January 12, 2016

Pekan Rabu dan Masjid Albukhary

Assalamualaikum..

Sambung cerita jalan-jalan di Alor Setar. Dari Muzium Padi, singgah di pasar nelayan LKIM Kubang Rotan untuk beli barangan basah.

  
Menariknya pasar ni letaknya di tepi Sungai Kedah. Ada jeti untuk bot-bot nelayan. Kiranya tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan balik dari menangkap ikan di laut lepas. Segar-segar hasil laut.

buah nona
 
Dah beli barang-barang, balik ke rumah adik, masak-masak, makan tengahari dan keluar semula ke bandar. Misi kali ni nak ke Pekan Rabu. Kalau ke Alor Setar, memang tak sah kalau tak jejak kaki di Pekan Rabu ni. Pekan Rabu dah bertukar ke lokasi baru di Ukir Mall dekat Jalan Sultan Badlishah. Lokasi lama saya tak pernah pergi..huhu..

On the way ke Pekan Rabu, lalu depan Masjid Zahir. 


cantik senibina masjid ni

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah, mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam - (sumber: wikipedia)

Dah sampai Pekan Rabu, apa yang best di sini? Shopping kuih-muih tradisional, kudap-kudapan..

ramai pengunjung
outlet kuih bahulu emanis menjadi tumpuan
guna mesin semuanya
nak beli, ada kupon, terpaksa tunggu giliran

macam-macam ada, atas bawah

kerepek, kuih muih, pulut hitam

 gerai bahulu, yang ni manual

Dah selesai memborong, bergerak ke destinasi seterusnya, Masjid Albukhary di Jalan Langgar.

cantik kompleks masjid ni, ala-ala padang pasir

Senibina dataran masjid ni khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

Sekian saja kisah jalan-jalan di Alor Setar, tak sempat nak singgah berlama-lama di dua-dua masjid yang cantik ni, sebab dah nak bergerak pulang ke kampung. In shaa Allah, kalau ada kelapangan boleh ke sini lagi.

36 comments:

  1. Kuih bahulu emanis, sedap tak sis? First time dengar ni, my parents like to eat bahulu, hehe... thanks for sharing the info sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jg..tapi light sikit, kurang tepung, bahulu outlet yg manual tu, ok jg, byk sikit tepungnya..dua2 sedap..

      Delete
  2. Bestnya dapat beli fresh seafood...mesti murah kan harga dia,lama tak nampak buah nona,masjid pun cantik-cantik...seronok nampaknya jalan-jalan di utara

    ReplyDelete
    Replies
    1. fresh dari laut..murah sikit dari di pasar biasa...saya pun dah lama tak nampak/makan buah nona..sekejap saja di sini, kalau lama, nak jg masuk dlm masjid..

      Delete
  3. Pekan Rabu pindah lokasi baru...tak tau pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi lama tu saya tak pernah pergi..first time pegi, terus ke lokasi baru..

      Delete
  4. Pekan Rabu memang best semua kuih muih ado. Cantiknya masjid Albukhary tu. Tak sampai Uzbeskistan, sampai situ jadi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambang mata shopping kuih2 kering kat sana..memang landskap ala-ala kat makan Imam Al-Bukhari di Uzbekistan..

      Delete
  5. Pernah sampai sana masa belajar dulu. Menarik pekan rabu. Masjid ni pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan Rabu jd tumpuan utk beli kuih muih tradisional..masjid cantik2 di sini..

      Delete
  6. Bestnyer dapat buah fresh2... buah nona...kecik2 dulu selalu makan...

    ReplyDelete
  7. Kalau dh ke jeti mesti apa yg dijual fresh belaka. Tak rugi pergi tempat macam ini. Macam Pekan Rabu tu kakak pernah tengok tv3 buat liputan. Apa yg bagus penjualnya majoriti org tempatan. Tak sama kat JB Larkin sini ada lebih kurang macam ini tapi dah ramai org luar yg menjual. Kedai asal org tempatan tapi yg jaga org luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fresh from the sea..mmg majoriti orang tempatan yg berjual di Pekan Rabu...kat KL pun sama jg, org luar yg ramai berniaga..

      Delete
  8. pernah ke Kedah tapi tak berkesempatan ke Pekan Rabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time ke sini, Pekan Rabu jd tumpuan org luar utk beli kuih-muih kering,

      Delete
  9. Subhanallah..
    Cantiknya permandangan dari jeti tu..
    Nak buah nona ..
    Sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandang bot2 nelayan di tepi sungai mmg cantik..
      dah lama tak jumpa buah nona...sedap n juicy..

      Delete
  10. Salam nohas, menarik pasar nelayan tu, tepi sungai, pekan rabu baru belum pernah lagi, masjid zahir memang cantik, masjid albukhary di kedah belum sampai tapi di kl dah sampai yang dekat kenanga tu. Foto-foto cantik nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, BY..pasar ditepi sungai, dgn view bot2 nelayan memang menarik pemandangannya..masjid bukhary yg dkt VI tu tak sampai lagi..huhu..

      Delete
  11. SERONOK KAN MEMBELI IKAN SEGAR YG BARU NAIK DARI LAUT DI KUALA KEDAH...RASANYA SEDAP DIMASAK APA SAJA...KAK KALAU KE KEDAH BALIK KAMPUNG MESTI BORONG KUIH DI PEKAN RABU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan segar dari laut..manis rasanya...Pekan Rabu ni memang femes, rambang mata, rasa nak borong semua kuih2 tradisional kat sini..

      Delete
  12. Dah lebih 10 tahun sy tak ke pekan rabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lagilah..first time jejak kaki di sini..hihi..

      Delete
  13. dh lama tak makan buah nona tu,,, masa kecil2 dl suka sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa buah nona di kl ni...masa kecik2 kt kpg selalu jg makan..

      Delete
  14. besar rupanya buah non tu ya . pernah sekali mkn tapi rasanya tak besar gitu ... mcm2 jenis mknn ada . org alor star mesti dah jemu ... kat perkarangan masjid tu pokok tamar kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah nona yg ni kecik je..kuih muih tradisional tak jemu memakannya..ya, pokok tamar..

      Delete
  15. bilalah last time jenguk Pekan Rabu tu ceq pun tak ingat ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama benor nampak gayanya tuu...hihi..akak ni baru first time ke Alor Setar n Pekan Rabu..huhuhu..

      Delete
  16. Nak tanya, dekat alor star, kat mana ada jual buah berangan aeh? Tolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik sy ckp kt ada jual kt depan pekan rabu lama, dkt parking teksi dan pasar minggu pagi Sabtu kt kg sentosa, jalan putra

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...