Monday, January 18, 2016

Riang Ria @ Berjaya Times Square

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..selesai sudah episod jiwa kacau, pecah kepala dengan kerja pejabat yang bertimbun-timbun, kejar report dari branch, dah organise semua, tunggu nak release report pada klien saja. Sekarang ni episod nak menjawab soalan auditor pula dan juga menanti gelombang kedua untuk akaun yang berakhir 31 Mac. Tapi gelombang kedua ni taklah seteruk gelombang pertama yang berakhir 31 Disember. Hopefully..

Sementara gelombang kedua ni belum bermula, jom kita release stress di Berjaya Times Square. Takyah pening-pening kepala nak drive, trafik jem, nak parking segala, kita naik monorel je, turun di stesen Imbi..and off to BTS.

 monorail baru..masih berkilat

Berjaya Times Square dari sisi belakang
 snap gambar ni semasa ada kerja di Jalan Pudu

Ada apa di Berjaya Times Square? ada indoor theme park...memang sesuai untuk stress reliever...hihi..
 naik yang ni

puas menjerit, rasa macam nak tercampak keluar je
laju sungguh..

 yang ni tak naik, anak saudara je naik
terbalik upside down..

bang, bang, bang - bump cars

merry-go-round..layan 'the child in us'..hihi 

bahagian kanak-kanak

Ada roller-coaster juga tapi tak naik...gerun tengok route sampai ke cucur atap. Dah bergumbira di theme park, jom kita main piano pulak. Piano Gergasi. Main dengan kaki..

Info tentang piano

 ini pianonya

pijak-pijak dengan kaki, akan keluar bunyinya


 Di bahagian bawah piano, ada petak-petak bendalir ni, bergerak-gerak benda ungu ni bila dipijak..ralit memijak..

kanak-kanak suka bebenor

Dah letih, perut pun berkeroncong minta diisi, jom cari makan pulak. Jalan-jalan jumpa cafe yang menarik ni - Wawan Cafe

dibina dengan recycle wood

gaya rumah tradisi Melayu

Tapi kami tak makan di sini, makan di tempat lain. Hari yang letih but fun. Till then..happy Monday..

30 comments:

  1. Hihi... kita serupa bagai nak pecah kepala sampai di rumah pun dok terfikir kerja utk esok. Tapi kakak dah lega dah cuma tunggu laporan aje sekarang dari LHDN dia nak bagi kita apa.

    Dpt release tension dgn makna-makan dan games ok juga. Tapi kalau kakak upah seribu naik roller coaster tu memang ya ampunlah No. Dah tua ni tak berani dah kakak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, selagi tak habis kerja, asyik dok fikir sampai ke rumah..sekrg dah lega sikit..

      muda2 dulu suka jg naik roller coaster, tapi sekrg rasa ngeri pulak..hihi..

      Delete
  2. Masa mula-mula theme park tu buka wah bersemangat nak masuk sekali bila tenguk roller coster bergerak atas bumbung dengan kepala tertonggeng ke bawah ya ampun terus tak jadi masuk. masa tu rasanya permainannya tak banyak seperti sekarang. Selalunya main yang untuk budak-budak je hehehehe.. tak adventure sungguh kan...(kecut isi perut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram jg tengok route roller coaster tu kan..berbelah bagi antara nak naik ke idok, kejap2 berani, lepas tu takut lak..last2 tak naik...huhu..naik yg pusing2 laju2 tu pun, kepala dah ting-tong sekjp..merry-go-round tu naik jg le..hehe..

      Delete
  3. best juga release tension di tempat gini kan.......enjoy bermain-main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jg kak..lupa diri sekejap..hihi..

      Delete
  4. menarik juga ni, yang pasti dalam bangunan

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. enjoy sakan..hihi..layan budak2, join sekali the fun..

      Delete
  6. best release tension ni....jerit-jerit n gelak,seronok berjimba di theme park

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilanglah tension sekjp..hihi...bolehlah, dekat je, nak gi Sunway Lagoon, Genting..jauh & mahal..

      Delete
  7. Replies
    1. w'salam kak, selamat menjamu selera..

      Delete
  8. Woaaah... kalau bebudak tu mesti sangat happy dapat spend time kat sini... saya biasa2 je kalau visit theme park, hehee *oh i feel so old already hihuu* ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila gi theme park, rasa muda lak..huhu...bebudak lagile happy..

      Delete
  9. Replies
    1. anak2 mesti suka..main piano tu best..

      Delete
  10. Replies
    1. bolehlah check it out..got everything for the whole family..

      Delete
  11. Bagus ada tempat stress reliever, boleh jerit kan lega hehe..wawan cafe menarik, pandai mendecorkan usahawan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala bolehlah gi release stress di sini..

      Delete
  12. seumur hidup saya , saya tak pernah main permainan tu semua ... hehehee ... p/s filem seram 6-5=2 tu kan , satu lagi adalah video kamera yg mrk tinggalkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali layan theme park..oo..itu jawapannya..patutlah ada lebih satu..hihi..

      Delete
  13. times square ni bagi saya adalah tempat yang comlete, semua jenis entertainment ada dalam tu..tapi tulah, tak pernah masuk indoor theme park tu..sebab gayat n takut tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk seisi keluarga..rollercoaster dia mmg gayat sungguh tengok, mmg seriau nk naik...boleh naik lain2 permainan..

      Delete
  14. ehehe CT pernah naik gak yang pusing2 tu.. mmg macam nk trcampak ehehe..
    xnak naik dah serik.. yang pusing2 tu pun.. pin tudung kt baju tengh so that tudung tak tercampak.. ehhe.. eeee seriklaa xmo p dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg serik nak naik lg...bila stop je, kepala jd ting-tong..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...