Friday, April 15, 2016

Al Kahfi Night

Assalamualaikum...salam Jumaat, hari penuh barakah.

 sumber : si tuan puteri

Pada awal bulan Mac, terlibat dengan acara makan malam - Al Kahfi Night. Acara berlangsung di Datin Seri Banquet Centre, Gombak.

 Datin Seri Banquet Centre
Jalan Kerdas 4, off Jalan Gombak 
 
Al-kahfi maksudnya 'gua'. Bila sebut Al-kahfi, mesti teringat kisah pemuda-pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT di dalam gua selama beratus-ratus tahun. Kenapa dinner ni pilih tema Al Kahfi? 

Al-kahfi ialah surah Makkiyyah, surah ke-18 dalam kitab suci Al-Quran. Mengandungi 110 ayat, didalamnya ada 4 kisah yang hebat :

1) Kisah Ashaabul Kahfi - para penghuni gua
2) Kisah Shaahibul Jannatain - pemilik dua kebun
3) Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as
4) Kisah Dzulqarnain dan Ya'juj & Ma'juj

So, pengisian utama dinner ni ialah slot forum yang mengupas kisah-kisah di dalam Surah Al-Kahfi ni.

 imam dan qari dari Palestin

Dinner dimulakan dengan bacaan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dari qari jemputan. Kemudian start makan sambil dihiburkan oleh Man John and the band, nyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan..mostly lagu-lagu Opick, Afghan..

 Man John & the band

 dinner akan lebih meriah bila ada cabutan bertuah

 tetamu-tetamu yang hadir

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu sudah semestinyalah - slot forum bersama ahli panel - Iman Muda Asyraf dan Ustazah Nor Hafizah Musa.

 ahli panel & pengerusi forum

pandangan hadapan
 
Diantara pengajaran dari kisah pemuda Al-kahfi ni ialah mereka golongan anak muda, berani menyatakan yang benar pada pemerintah dan berusaha memelihara akidah/iman di saat masyarakat setempat menyekutukan Allah SWT. 

Iman itu sifatnya kena dijaga. Ketika pemuda-pemuda tersebut dibangkitkan dari tidur, mereka tetap menjaga iman - "berpesan pada sahabat yg pergi ke kota supaya beli makanan yang suci halal". 

Kisah pemuda2 Ashaabul Kahfi dari ayat 9 hingga 26. Kisah pemilik dua kebun dari ayat  32 hingga 44, manakala  kisah menarik di antara Nabi Musa as dan Nabi Khidir as dari ayat 60 - 82 dan kisah Dzulqarnain dari ayat 83 - 98.
 

Jom tadabbur Surah Al-Kahfi dan juga surah-surah yang lain untuk kefahaman yang lebih mendalam.

24 comments:

  1. Beruntung berada di taman-taman syurga begini
    Kakak suka ustazah Norhafizah punya tazkirah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berkat kerjasama dpt mengadakan majlis sebegini..sy pun suka tazkirah oleh Ustazah Norhafizah, sgt menusuk kalbu..

      Delete
  2. Sangat terpilih dijemput ke majlis begini, imam asyraf, muda lagi but updated..good info nohas, thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. majlis amal..dpt mkn, dpt ilmu, dpt hadiah, in shaa Allah..IM Asyraf..muda & berilmu..semoga brmanfaat..

      Delete
  3. seronoknya dapat hadirkan diri ke majlis ilmu macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Allah bg kelapangan masa..

      Delete
  4. Sory kak... x dpt join itu hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..in shaa Allah, ada masa boleh join pgrm..

      Delete
  5. Byk kisah teladan dlm surah al-kahfi, untung pergi program mcm ni..meningkatkan penghayatan pd al quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..pgrm santai sambil menimba ilmu..

      Delete
  6. majlis ilmu yg banyak keinsafan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insaf utk meningkatkn usaha mnimba ilmu..

      Delete
  7. Zakir naik ada? He he he
    * suka tanya yg x de dlm gambo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. havoc satu Malaya..huhu..Dr Zakir mmg sangat popular...suka dgr intellectual discourse dia..sgt berilmiah..

      Delete
    2. isu hangat sekrg ni..hihihi..

      Delete
  8. Moga majlis ilmu membawa keberkatan.
    meriah nampak..bungkusan hadiah pun comei2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetamu yg hadir dijamu physically and spiritually...
      syukran2..hadiah2 tuantanah yg sediakan..huhu..

      Delete
  9. kisah asshabulkahfi anak2 muda yg tidur lama merentasi masa sbg pengajaran kpd kita Allah berkuasa melakukan segalanya. hebat sekali majlisnya yg disertakan tazkirah ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk yg tersirat dlm kisah asshabulkahfi..dan kisah2 yg lain dlm surah ni...tazkirah ilmu agenda utama majlis ni..

      Delete
  10. untongnya dpt attend program mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...makan2, dgr tazkirah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...