Monday, April 25, 2016

Sahara Tent, Tajine & Hadramawt

Apakah persamaan mereka bertiga? Semuanya restoran Arab...hihi..entry makan-makan lagi..

Yalla, ya habibi...pergi sana-sini, asyik terjumpa restoran Arab je..kebetulan...hehe..jom review..

Sahara Tent


No. 41 & 43, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang
 
Bersantap di sini pada 1 Januari 2016, hari cuti tahun baru. Ke Bukit Bintang sebab nak beli barang di daiso, Pavillion. Nak balik, tunggu bas free yang kaler pink tu. Tunggu di bus stop di Jalan Sultan Ismail, di belakangnya ada restoran ni. Sebab belum lunch, mula le fikir nak pekena nasi arab.

Restoran di tingkat satu. Decoration is so Arabic. Terasa macam di negara Arab lah..


Bagi mereka yg nak privasi, yang pakai purdah nak makan dengan nyaman, tanpa ada mata-mata yang memandang...boleh buat begini...labuhkan tirai..


Makanan yang diorder...nasi kabsa ayam timbus dan juga falafel..

falafel yang overdone...rangup diluar, lembut didalam
 
tak ku sangka yang falafel ni datang bersama roti.. itulah tak baca menu betul2...perghh..camner ni, ada dua makanan..last2, makan falafel dan roti...tapau nasi kabsa..buat makan malam...Alhamdulillah..

Tajine

Bintang Goldhill, 239 Jalan Tun Razak

Makan disini pada hari Jumaat, 22 Januari 2016 sebab ada kerja di bangunan sebelah, Plaza Dijaya. Malas nak jalan jauh2 untuk lunch, makan je lah disini, jalan kaki je..



Dekorasi a bit modern, tapi ada jugalah sikit2 Arabian flavour..

Ramai jugalah lelaki-lelaki Muslim yg bermusafir (husnulzon - sbb tak gi solat Jumaat) dok lepak-lepak kat sini..

Order shawarma lamb kebab..


jenuh makan roti..ada dua, yang lapik kebab tu pun tibai juga..boleh makan jg ke? hentam sajalah labu...asalkan roti..


Hadramawt Palace



Jalan Bukit Bintang @ disebelah Kedutaan Kuwait

Datang makan di sini pada 1 Mac 2016 sebab ada kerja di Kedutaan Kuwait. Alang-alang dah ada disebelah kedutaan, masa lunch break, terus je lunch di sini...jalan kaki je..

 Dekorasi moden, ada juga outdoor seatings


 Order nasi maqluba ayam dan my friend order nasi madghout.

tudia..banyak nasinya..standard restoran Arab

Inilah tiga restoran Arab yang berjaya dijejaki sepanjang suku pertama tahun ni. Menu utama hampir sama semuanya - nasi mandy, nasi kabsa, nasi maqluba, kebab dan pasta. Side dishes pun lebih kurang sama. Harga pun lebih kurang juga.

The verdict: Nasi arab ni hampir sama rasanya..yang mana satu pilihan kalbu??

32 comments:

  1. selalu lalu kat Sahara Tent tu tapi tak pernah masuk lagi. antara 3 ni, nampak dekorasi Sahara tent lagi cantik.. lagi lagi bab privasi tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekorasi menarik tapi cam serabut sgt..sbb ada tirai, boleh makan dgn gaya bebas..hihi..

      Delete
  2. MENARIK TEMPAT MAKANNYA SIAP ADA ONTA HEH..HEH..MESTI SEDAP SEMUA MAKKANANNYA...MAKANAN ARAB MUDAH DIDAPATI DIMANA SAJA DI MALAYSIA YA...SIAP DUIT SAJA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arab dan unta berpisah tiada..trademark tu. Dah byk restoran Arab kt KL ni..siapkan duit, ada yg mahal, ada yg murah jg..

      Delete
  3. Mana-manalah kalau makan kat restoran arab portion dia memang banyak.
    Kalau sepinggan tu sah boleh kongsi makan punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa ikut style Arab, kalau M'sian yg makan, mesti kena tapau, bawa balik..atau kena share..

      Delete
  4. Sering lalu dpn hadramawt yg last tu.. teringin nk singgah...

    Recommended or not kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah, recommended..sedap jg nasi maqluba & madghout..harganya a bit pricy..maklumlah 'palace'..hihi..

      Delete
  5. Akak kalau pi tempat camni...kerja nak ambil gambar sahaja...gambar ukiran la...gambar unta la..tapi peram dalam laptop sahaja....rindu la nak makan nasi mandey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... yg tu blh geng kak... sep sikit... hihihi

      Delete
    2. kt Sahara Tent tu sbb tk ramai org, tu yg smpat snap2 gambo..
      ooo..Huda pun sama jg..hihi..

      Delete
    3. antara nasi mandy, nasi kabsa, nasi maqluba..sedap lg nasi mandy..xoxo..

      Delete
  6. Nasi arab ni makan tak jemu..
    sedap sangat..
    Anak2 akak suka sangat tapi tu lah kuah supnya sikit sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi arab ni tk oily..mmg sedap..kuah sup & sambalnya sikit..sambalnya sedap..

      Delete
  7. Haha.. Teringat masa pergi padang besar dulu.. Hari Jumaat jugak.. Ramai betul orang musafir bershopping tak henti..

    Sedapnya nasik arab tapi harga diaaaa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Padang Besar tu memang betul kot org2 yg bermusafir..yg ni mmg confirm bkn musafir kelana, office worker dok lepak kt dlm restoran, tak gi solat Jumaat..

      ada jg nasi Arab yg harga murah..depa jual dlm bekas kecik..

      Delete
  8. Replies
    1. mmg suka nasi arab...nyum, nyum..

      Delete
  9. Shawarma lamb ja duk nampak ni..bestkan duk singgaha macam macam restoran, share di sini, tau la jugak mak mak ni hehe tapi masak arab style kering tetap sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa restoran2 ni time kerja, malas nk gi makan jauh2..nasi arab mmg style kering..ada sup & sambalnya yg sedap tu, yg buat basah sikit..

      Delete
  10. sedap ter, tapi dah lama tak pekena nasi arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala makan nasi arab, best jg..

      Delete
  11. Rasa macam nak pergi cari nasi arab sekarang jugak! Terliurrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali layan nasi arab, bertukar selera..

      Delete
  12. Nampak sedap. Presentation pun menarik...

    P/s : teringat pulak gi jalan2 pavillion naik bas free hari tu. Dah lama tak ronda2 KL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg falafel tu ke..sedap jg walaupun terhangit mcm tu..

      naik bas free mmg best, tapi ramai yg naik..

      Delete
  13. Sungguh terserlah ke-Arabic-annya. Nampak best makanannya, tapi mesti rasa rempah dia kuat, kan? Ai... ai kenottt hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi maqluba tu kurang sikit rasa rempahnya..yg lain2 tu mmg kuat rempahnya..selalu makan nasi mandy, yg tu best, tak terasa rempahnya..

      Delete
  14. dekat ngan opissss i..huhuhu..

    ReplyDelete
  15. JJCM nasi arab,byk bcambah2 restorannya,pilih mana satu je,tak pernah pergi yg tsenarai kt atas ni,stakat ni pernah 2x ke restoran halfmoon di serdang,sedap n harga pun tak mahal sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak pilihan restoran arab...blm pernah ke restoran halfmoon, boleh singgah kalau ke serdang..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...