Thursday, May 12, 2016

Jom Jadi Pekebun Kecil

Assalamualaikum..

Ada urusan di Majlis Perbandaran Kajang, ternampak risalah ni..


Program Kebun Komuniti. 

Selama ni biasa dengar dewan komuniti, kolej komuniti, ni ada pulak kebun komuniti. Jom, edisi siasat.

Kebun Komuniti - program gotong-royong mengusahakan kebun sayur secara halal, bukan secara haram meneroka tanah kerajaan.  

Kebenaran hanya diberi kepada Jawatankuasa Penduduk (kena lengkapkan Borang MPKj/JPP/LL-01). Tak boleh individu yang mohon, kena melalui Jawatankuasa Penduduk. Hasil tanaman dikongsi bersama mereka yg setuju terlibat dan tidak boleh dijualbeli.

Sesuai dengan objektif program ni, iaitu 
  • Untuk kegunaan sendiri dan komuniti (bertukar-tukar hasil tanaman dengan jiran tetangga) 
  • Mempertingkatkan semangat kekitaan di kalangan penduduk melalui pendekatan bergotong-royong dan bantu-menbantu dalam menjayakan program. 
Macam best je program ni..boleh jadi pekebun kecil, tapi balik kerja pun time bulan bersinar, camner nak berkebun..main farmville je lahh..atau guna kaedah hydroponik...paling senang beli kat pasaraya..hihi..

OK, meh kita tengok apa lagi syarat Kebun Komuniti ni..

Kawasan Bercucuk Tanam
  • dikawasan yg dibenarkan sahaja dan tidak menghalang laluan awam
  • laluan selebar 1 meter untuk ke plot teres dan diantara plot
  • kawasan cerun dan berbukit tidak digalakkan kerana menyebabkan hakisan dan kegagalan cerun
Tanaman Yang Dibenarkan
  • jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan pokok yg tingginya tidak lebih dari 3 meter
  • yang popular jenis ni..


Jenis dedaun


Jenis buah dan kekacang



Jenis umbisi

 Lain-lain syarat:
  • digalakkan guna baja organik dan kompos; baja kimia tidak digalakkan
  • racun kimia tidak dibenarkan
Huh, habis tu nak guna apa ya? guna bahan organik yang mesra alam seperti :
  • Larutan Minyak Neem (semambu) (Neem Oil)
  • Larutan Bawang Putih dengan sabun 
  • Micro Organism (MO) yang dibenarkan (contohnya BT)  
  • kawalan penyakit secara mekanikal dan kultural seperti teknik pengawalan kitaran kehidupan (Life Cycle) digalakkan (tak faham..)
 *First time baca kaedah organik ni....

Akhir sekali, untuk pengairan, kalau boleh guna air hujan yang ditakung dan haiwan ternakan tidak dibenarkan dalam kawasan kebun....kalau ada yang nak bela ayam, kambing..it is a no-no..

Menarik tak kebun komuniti ni? Kalau menonton program Korean Cuisine & Dining, selalu juga nampak kebun komuniti masyarakat Korea di luar bandar...

Yang ni untuk Daerah Ulu Langat, tak taulah majlis daerah/perbandaran yang lain ada buat program Local Agenda 21 ni...ke cuma sesuai di kawasan2 bandar yang kekurangan tanah..

Berbudi pada tanah, in shaa Allah, akan dapat hasilnya. Boleh jimat duit dapur, dapat sayuran yang segar dari kebun, yang lebih sihat, tiada bahan kimia..

Dah ada ke yang buat kebun macam ni? curious juga nak tau..berjaya ke idok, nak gi melawat..hihi...kena tanya MPKj ni..

28 comments:

  1. Replies
    1. semoga berjaya kpd mrka yg nk join program ni..

      Delete
  2. SS cuma tahu cucuk tanam dan menuai kat shoping kompleks jek... he he he...

    ReplyDelete
  3. MMG KAGUM DGN SEMANGAT TANI ORG SELANGOR NI AMAT RAJIN BERKEBUN...PANTANG ADA PELUANG BEGINI MESTI DIREBUT TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawatankuasa penduduk yg aktif mmg akan ambik peluang ni..

      Delete
  4. Baru tanam benih terung, belum naik lagi, tapi serai bercambah, ingat dalam pot pastu jualkan, rasa nohas nak beli ke hehe..check market ni :).. bagus kebun kominiti. Boleh berjaya kalau bekerjasama. Kalau menjadi memang bersih sayurannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya BP..kalau dekat nak jg beli..hehe..betul tu, projek komuniti ni kena ada kerjasama..baru menjadi, kalau sorang2 usahakan, yg lain cuma kutip hasil je, ini boleh mendatangkan marah..

      Delete
  5. seronok nya klu dapt jadi pekebun kecil ni... berbakti pada tanah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain dapat hasilnya, inshaaAllah, dapat jg exercise, keluar peluh..

      Delete
  6. Idea bagus gak ni. Best kalau dah dapat hasil, main tukar-tukar sayur, mcm sistem barter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar2 sayur...mengeratkan semangat kejiranan..

      Delete
    2. yupp.. betul tu. yang pasti, tanaman tu kita tahu mcm mana jagaannya,kan

      Delete
    3. menjaga sebaik mungkin, suci & selamat dimakan..

      Delete
  7. in law memang ada kebun sayur di jeram...hehe cuma skrg mcm xlarat dah nak usahakan...sekarang berkebun depan rumah je..info yang menarik ni..thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkebun depan rumah lg mudah..

      Delete
  8. Pada kakak cara ini memang wajar menjadi contoh
    Tidak membazir ruang tanah yg ada, memberi manfaat kepada ramai
    Silaturrahim kejiranan pun akrab. Bagus kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. program yg baik utk mereka yg brminat, ada masa dan tenaga..memanfaatkan ruang yg ada..

      Delete
  9. Saya minat tanam pokok...cuma tak ada kawasan aje... (hehe....alasan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tanam dlm pasu..hehehe...kebun yang bertanah, ada batas2..nmpk mcm best jer...

      Delete
  10. bagus program hijau cmni,sayur organik lagi,mak saya rjin bkebun,macam2 ditanam keliling rumah,mmg sronok bila tuai hasil,fresh from d farm n jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. menuai hasil tanaman sendiri mmg seronok..teringat masa kecik2, ada jg tanam pokok2 tepi rumah...sampai ada org dtg nk beli..

      Delete
  11. Seronok berkebun ni... selain dari dapat hasil dan makan, boleh juga jadi tempat beriadah dan mengeluarkan peluh. Tapi macam nohas cakaplah... kita ni keluar dengan matahari balik dengan bulan... bila mase-nye nak berkebun.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..selain dpt menuai hasil, boleh jg ber-exercise..mcm kita ni nak harapkan weekend je, baru dpt berkebun, alamat mati kering le pokok2..hihi...

      Delete
  12. JM leh di kira pekebun kecil tak sbb ada tanam pokok cili dalam pasu kat umah tu..pokok cili dah kuar buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah masuk kategori tu..hehe..ok jg ada pokok cili tanam sendiri..dah dpt hasil..

      Delete
  13. sayur pucuk manis tu sedang subur di depan umah sampai tak termakan . selalu ambil untuk campuran nasi goreng je ... selain tu ada juga pokok daun buas2 , pokok cili , meranti , kangkung , kunyit , cekur , anak pokok limau purut dan lemon ada ... belakang umah juga ada cuma tak berapa rajin nak menjenguk ... meh meh meh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..byk tanaman, depan belakang ada...manfaatkan ruang yg ada..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...