Thursday, June 30, 2016

Peristiwa2 Bersejarah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...salam Ramadhan ke 25..

In shaa Allah, lagi lima hari lagi untuk merebut 'offer' peringkat tertinggi, tawaran istimewa di bulan mulia...pecutan terakhir sebelum 'count down' to Syawwal...

Dalam sejarah Islam, ada berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa bukanlah halangan untuk berjihad. Dah dekat nak last2 ni baru nak up entry ni, takpelah kan..terjumpa pamphlet ni masa kemas bilik...semoga bermanfaat..

Peristiwa agung di bulan Ramadhan, peristiwa Nuzul Quran yang berlangsung pada 17 Ramadhan tiga belas tahun sebelum peristiwa hijrah Rasulullah saw ke Madinah. Al-Quran diturunkan sebagai satu mukjizat dan petunjuk hidup manusia ke arah yang diredhaiNya.

Pada 17 Ramadhan tahun 2-Hijrah, pagi hari Jumaat, telah berlaku peperangan Badar Al-Kubra. Ia merupakan perang besar terbuka yang pertama kali berlaku di antara kaum muslimin dan kaum musyrikin.  Dalam peperangan tersebut, jumlah kaum muslimin adalah lebih kurang 314 orang menentang kaum kafir berjumlah sekitar 1000 orang. Dalam pertempuran ini, kemenangan telah berpihak kepada kaum muslimin dengan gemilangnya.

Peristiwa Perang Badar al-Kubra ni banyak dikisahkan dalam Surah Al-Anfal (juz 9 & 10). Perang ni sangat penting kerana ianya menentukan jalan sejarah perkembangan Islam, menentukan akidah perjuangan kaum muslimin, lambang ketaatan tertinggi pada Allah dan Rasul.

Kedua, perlawanan di antara haq dan batil. Ketiga, turunnya pertolongon Allah dalam bentuk malaikat2 yang turut sama berperang dan terbitnya rasa takut di hati orang2 musyrikin Mekah.

“Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut " (Al-Anfal: 9)

Perang Badar juga menyaksikan pengorbanan perasaan peringkat tertinggi kerana yang ditentangi oleh kaum muslimin ialah kaum-kerabat, saudara-mara, sahabat handai, yang mereka tinggalkan di Mekah semasa mengikuti Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah saw bersama 12000 umat Islam telah keluar dari Madinah ke Mekah bagi membebaskan kota Mekah. Peristiwa ini dikenali sebgai Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah). 

Peristiwa ini menandakan berakhirnya peristiwa hitam dalam hidup kaum muslimin yang sebelum ini selalu disiksa atau ditindas bahkan dikepung berminggu-minggu di Madinah oleh pasukan Ahzab (sekutu).

Pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah, kaum muslimin di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad telah melakukan Pembukaan Andalus (Sepanyol). Para mujahidnya yang berjumlah 5000 orang telah mengalahkan tentera Andalus yang berjumlah 120ribu orang dibawah pimpinan Roderick, dengan itu Andalus jatuh ke tangan kaum muslimin. Di Andalus, umat Islam mencipta tamadun ilmu yang sangat gilang-gemilang.

Pada 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah telah berlaku Ma'rakah 'Ainn Jaalut (Perang 'Ain Jalut).  Peperangan ini berlaku setelah jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Perang 'Ain Jalut ini menamatkan kekuasaan empayar Mongol yang kejam lagi zalim.

 sumber: wikipedia

Futuh Bilad al-Ghaal (dibukanya daerah "Ghaal" atau dalam bahasa Perancis, Pays des Gualles). Daerah Ghaal ini sekarang letaknya di Perancis juga jatuh pada bulan Ramadhan, di mana peristiwa ini terjadi di zaman kerajaan Islam Andalusia. Penaklukan beberapa bandar di Perancis boleh baca di sini - Umayyad Invasion of Gaul.

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan puasa tidak menjadikan umat yang lesu. Namun puasa sebenarnya menguatkan kerohanian di tahap tertinggi. Sebab itulah meskipun menghadapi peperangan dengan fizikal yang lemah, namun umat Islam terdahulu telah membuktikan mereka mempunyai kekuatan mental dan kerohanian yang tinggi.

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
[OST - Saladin : the Animated Movie]

Moga bertambah semangat untuk terus bermujahadah di hari-hari terakhir Ramadhan 1437 Hijrah...wallahua'lam.

28 comments:

  1. Banyak tercatat peristiwa sejarah Islam berlaku dlm bulan ramadhan. Bayangkan mereka berjuang dlm keadaan berpuasa. Iman yg kental. Tak mustahil Islam kukuh bertapak tapi sayangnya kini kita sendiri nampak Islam bercakaran sesama sendiri lalu jarum laknat mudah mengkocar-kacirkan Islam, mana mungkin dpt mengukuhkan apa yg ada. Sedih..

    Namun sudah tercatat Islam pasti akan bangkit tetapi itulah salah satu tanda dunia akhir zaman (kiamat kian hampir). Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji Allah itu pasti..Islam akan gemilang semula mnjelang hari kiamat..

      Delete
  2. Rujukan yang sangat bagus untuk dibaca..banyak sejarah yang tercatat..tahniah kak..teruskan menulis..sentiasa ternanti-nanti entry akak..

    Peristiwa sejarah ni membuktikan bahawa orang islam ni sebenarnya kuat asalkan rohani dan jiwa juga kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..org Islam brjiwa kental, bersemangat waja bila bertunjangkan agama..motivasi trtinggi..

      Delete
  3. Peristiwa ramadan sendiri pun mungkin banyak yang indah-indah. Mungkin fikir balik apa yang diminta Alhamdulillah dapat kan.. itu la sekarang khusyuknya kurang rasa tak puas hati la..nak mula khusyuk balik ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah kurniakan apa yg diminta...berusaha utk khusyuk, amalan mulia..

      Delete
  4. Perkongsian ilmu yang bagus untuk renungan bersama. Kena pulun habis-habisan sebab dah minggu akhir. Sedihnya ramadan nak menutup tirai semuga Allah mempertemukan lagi Ramadan di masa akan datang. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipanjangkan umur dan bertemu dgn bulan Ramadhan tahun2 hadapan..amin..

      Delete
  5. BANYAK PERISTIWA DICATAT SEJARAH ISLAM DLM BULAN RAMADAN..BULAN BERKAT YG XLEMAHKAN SMANGAT WALAU BERPUASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa tidak melemahkan semangat...jihad mesti diteruskan..

      Delete
  6. Kisah kisah lalu yang sepatutnya diambil iktibar oleh umat hari ini
    Nice sharing Sis

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya & maaf zahir batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya to you & family....maaf zahir & batin..

      Delete
  8. Replies
    1. welcome, ahlan wa sahlan..long time no see..

      Delete
    2. hehee mianhaaae onnie.. ritu keje kontrak dalam utan..
      internet semua sangkot kat kelapa sawit =D

      Delete
  9. baca balik cerita ni tingat dulu2 ustaz penah kongsikan peristiwa2 yang terjadi dalam bulan ramadhan. suka dngr citer2 zaman dulu.. menarik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer2 penggugah jiwa...pemberi semangat..

      Delete
    2. salah satu pendekatan yang terbaik CT rasa.. sebab kadang2 bila dilambakan fakta ke dalil ke.. orang susah nak terima. tapi kalo sirah2 ni mudah nak masuk dalam kepala sebab cerita =)

      Delete
    3. kena list down & simplified, lebih senang nk ingat..hihi..

      Delete
  10. salam aidilfitri kak.. maaf zahir batin =)
    have a blast raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir & batin..
      same to you..

      Delete
  11. Hi kakak... baru peluang datang baca...

    Tenkiu sharing dis history

    ReplyDelete
  12. Ibrah terbaik dari kisah2 sirah ni,smemangnya tarbiyah ramadhan tu membina kkuatan rohani dan memantapkan stamina fizikal,sygnya umat Islam hari ni masih lagi ibarat singa yang tidur kekenyangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa tidak melemahkan, malah menaikkan semangat jihad umat2 terdahulu...semoga kita diberi kekuatan dari perjuangan mereka..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...