Monday 11 July 2016

Ramadhan dan Syawal 1437H

Assalamualaikum..

Salam Aidil Fitri.

Baru raya ke-6. Masih meriah. Selagi tak habis bulan Syawal, aidil fitri masih dirai. 

Hari raya tahun ni, tak balik kampung. Beraya di kota..di Kota Kemuning, Shah Alam.

Sebabnya hari Isnin sebelum raya, ayah kena ambik darah di Hospital Selayang. Alang-alang parents dah ada di KL, cuma tinggal sehari je lagi nak raya, malas lak nak berebut-rebut, bersesak-sesak di highway untuk balik kampung. Lagipun lepas raya, kena gi hospital semula, jumpa doktor pulak. 

So, the best decision is RAYA je lah kat sini..huhu..berkumpul adik-beradik di rumah kakak di Kota Kemuning..

Tepung Gomak

Tetiba kuih ni menjadi pujaan hatiku sepanjang bulan Ramadhan. Ada inti kacang merah, ada inti kelapa, dua2nya ku suka, selalu beli kat PaRam Bdr Baru Sentul. Pernah sekali kirim kat ofismate beli kat PaRam yang femes kat Jalan Raja Alang, kurang sedap...lupa lak nak ambik contact pakcik yg jual kuih tu, lepas ni dia berniaga kat mana..


Inilah satu-satunya biskut raya yang saya buat. Biskut Cornflakes Badam. Malas nak guna acuan, guna jari-jemari je - free style, free form, tu yang ada besar kecik saiznya. Alhamdulillah, dapatlah satu setengah balang.

 
Hari Raya!! bersolat raya di Surau SAR (KAFA Integrasi) Al-Hijrah, sebab nak kan suasana raya di Malaysia..hihi..kalau surau di kawasan rumah kakak, suasana antarabangsa..ramai warga Bangladesh..


Walaupun status surau, tapi besar dan sangat selesa..karpet yg gebu, built-in ceiling air-conditioner yang banyak, PA system yg canggih, Alhamdulillah, sangat puas bersolat disini dan mendengar khutbah raya yg bertajuk Idulfitri Perayaan Ibadah..

Salah satu kandungan khutbah raya ialah perlunya umat Islam menyokong pindaan Rang Undang-Undang (Persendirian) Akta 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah...hanya untuk orang Islam saja.


Suasana Aidll Fitri bertambah meriah dengan pemberian duit raya. Berkongsi rezeki di hari mulia, menggembirakan anak-anak kecil dan tak lupa juga orang dewasa...

Maaf zahir & batin, sekiranya ada tulisan, komentar-komentar, ulasan-ulasan yang tidak berkenan di hati, yang mengguris hati..salah dan silap harap dimaafkan..

45 comments:

  1. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..
    Masih rasa kemeriahan raya di sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya FS..maaf zahir batin..
      weekend lg meriah..open house sini sana..

      Delete
  2. Selamat Hari Raya nohas! kalau ramai Bangla kat surau tu, bukanlah jemaah antarabangsa tapi rasa mcm suasana cam kat Bangladesh la.. hahahha... ok..ok. gurau je. Sebelum ni kita dah bermaaf-maafkan kan..kan...

    Saya pun suka kuih tepung gomak tu. Skrg ni mmg payah sikit nak jumpa orng jual. Saya suka inti kacang hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Sweetie..ha'ah, dah mcm kt Bangladesh..hihi..
      kuih tu jarang orang jual hari2..mngidam pulak nk makan..huhu..

      Delete
  3. Selamat Hari Raya MZB....

    ReplyDelete
  4. bank irda duit rm5 takde baru tau.kesian customer yang datang tukar...selamat hari raya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya, Irda...duit baru nmpk cantik tapi nilainya tetap sama..hihi..

      Delete
  5. Rindunyaaaaa nak makan tepung gomak tu... My fav masa kecik smpi la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bln puasa baru jumpa kuih ni, tu yg meroyan makan..

      Delete
  6. Selamat hari raya nohas..")

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya aidilfitri buat Nohas sekeluarga..

    Maaf dipinta dari akak sekiranya ada komen akak yg menyentuh hati..

    Semoga ayah Nohas segera sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..
      Alhamdulillah, kesihatan ayah saya semakin baik..terima kasih..

      Delete
  8. tepung gomak tu akak suka...bila makan habis satu mulut comot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama x jumpa kuih ni..berdebu mulut, jd comot..hihi..

      Delete
  9. selamat hari raya nohas..

    wah tepung gomak, sedapnya, jarang dapat jumpa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya..
      Alhamdulillah, puas makan tepung gomak Ramadhan ni..

      Delete
  10. Kuih tepung gomak tu lama tak makan.

    Selamat Hari Raya tuan blog dan famili. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya..Faarihin..

      Bulan puasa baru jumpa kuih tu, sakan makan..

      Delete
  11. Salam aidilfitri dari kaknoor nohas
    Masf zahir dan batin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidil fitri, Kak Noor...maaf zahir batin..

      Delete
  12. Selamat Hari Raya sis, Maaf Zahir dan Batin :D

    Hari raya pertama kat tempat saya, hujan renyai2, pelita2 semua kena tutup dengan cawan polisterine sebab tak nak dibasahi hujan. Huhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, plain..maaf zahir batin..

      samalah, di sini jg, hujan renyai2..bestnya ada pelita panjut..

      Delete
  13. Selamat Hari Raya
    maaf zahir batin dari kakak ye No..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Kak Zakie..
      Maaf zahir & batin..

      Delete
  14. salam idilfitri maaf zahir batin...nohas tolong beri alamat ya..emel kak paridah.ishak@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Kak PI..dah email, tk..

      Delete
  15. selamat hari raya ... raya kat mana pun klu bersama keluarga tetap meriah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya QV..ya, betul, berkumpul, masak2, makan2 bersama keluarga mmg meriah di hari raya..

      Delete
  16. Selamat Hari Raya...nanti singgah baca..tq..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah meriah beraya...tak kira kan kat mana saja asal yang keluarga tersayang ada bsama,salam aidilfitri sis nohas,maaf ya andai ada khilaf bicara,moga bergembira beraya di mana jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri Ayda, maaf zahir & batin..Alhamdulillah, meriah sambutan raya bersama keluarga..

      Delete
  18. Belum terlambat untuk SB ucapkan Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  19. Wah sedapnya tepung gomak? Oh ada inti lain-lain ye. Yang saya pernah rasa inti kacang hijau.

    Selamat hari raya nohas, maaf zahir dan batin. Semuga ayah cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, notie..Alhamdulillah, ayah semakin sihat..

      Ada dua jenis inti, kelapa & kacang..

      Delete
  20. tepong gomak my feveret...maaf minta juga kak Nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak jumpa yg jual tepung gomak..huhu..

      samalah kita..maaf dipinta..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!