Thursday, August 25, 2016

Menjenguk kebun kecil

Setiap kali balik kampung, mak mesti mengajak kami pergi menjenguk kebun di Kpg Sungai Siput. Kampung ni tak jauh dari rumah kami, dekat dengan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah di Chandan Putri.  

Kampung ni dah semakin membangun selari dengan arus pembangunan disekitarnya..spillover effect..dah jadi kampung moden..tapi masih ada ciri-ciri tradisional...i like..

Tanah kebun ni takdelah besar mana, satu lot ada 3 penama, entah macamana boleh beli, teman pun tak tau, kawan-kawan kot. Masa tu teman sekolah lagi. Diantara hobi ayah teman, inilah, beli tanah sikit-sikit, tanah pertanian. The kampung style..

Kat atas tanah ni, ditanam pokok rambutan, manggis, durian, nangka, cempedak, pokok kelapa, pokok buluh. Dulu ada tanaman kontan..hehe..pokok bunga kantan. Dapatlah dijual hasilnya. Ayah juga bina sebuah rumah kecik, ada orang nak duduk, kami sewakan.

Sekarang, kebun ni dah statik, takde perubahan, takde peningkatan, cuma ada apa yang ditanam dulu-dulu je sebab tuannya pun dah tak larat nak usahakan 

 pokok buluh dah tua dan menjulang tinggi, dah banyak kali berjasa tuk buat lemang masa hari raya. Dibawah tu ditutupi oleh pokok kaduk

pokok nangka sedang berbuah lebat

 mak sedang buat galah

 mengait buah kelapa, teman try jugak, tak menjadi..huhu
Galah tu berat jg, terhoyong-hayang jadinya

 hasil kaitan - ada yang tua, ada yang muda
yang tua buat masak gulai, yang muda utk kuih-muih

 kelapa ditebuk tupai
the real one, not the peribahasa..hehe..

 pokok batawali yang pahit berdengung
mak jemur, kemudian blend, bubuh dalam kapsul
makan, buat ubat pelbagai penyakit 

  kaduk naik junjung
pucuk kaduk ni sedap dibuat kerabu

 mengait rambutan, cucu penyewa rumah bergayut kat bawah pokok
seronok benor dia, bermain dibawah pokok, teman tolong kutip buah
sambil snap2 photo

 kambing yang jinak, cute sungguh kambing ni


cucu penyewa rumah bermain dengan kambing
berani benor, dia punya 'pet' kot

 mengintai kambing makan rumput

  penyewa rumah buat kebun bendi kat tanah sebelah
dapat merasa, orang memberi kita merasa

 kebun getah

Dah beraktiviti di kebun, singgah restoran, untuk menghilangkan dahaga..

 
 kemudian ke pekan kuale, 


Sungai Kangsar mengalir lesu

 kedai jahit tepi, beli benang
 
Beginilah selalunya bila balik kampung, menjenguk ke kebun, mengutip hasil berbudi pada tanah...Alhamdulillah..

36 comments:

  1. Wah balik kampung kutip hasil ya...untung kita yg miliki tanah walau sekangkang kera berbanding yg tiada jadi kena menafaatkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mmg selalu ambik buah kelapa di sini..buah2an tinggal yg hujung2 je..buah manggis dah habis diambil oleh penyewa rumah..takde rezeki..

      Delete
  2. Baca cerita je dah dpt membayangkan seronoknya . org berjiwa kg je yg faham . saya klu balik kg , memang habis tanam my kakak saya kaut ... bakawali tu getahnya boleh buat ubat gatal-gatal. Saya fikir pokok kaduk cuma yg atas tanah je . rupanya Ada yang menjalar ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapa saya mmg minat berkebun..mcm2 tanam, anak2 tk berapa minat...minat ambik hasil je..hihi...oo, tak pernah lak guna getah bakawali, thanks for sharing...ada yg mnjalar sbb tu ada peribahasa 'kaduk naik junjung'..

      Delete
  3. Tetiba rindu nak main dengan kambing... Heheheee ... Mmg seronok bila dapat balik kg n tgk hasil tnh sendiri ... Owh mmg susah nak kait kelapa guna buloh
    Panjang - berat . Lagilah klu pokok kelapa dah tinggi . mau sakit tengkok mendongak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing tu jinak bebenor...pokok kelapa tu tinggi, mmg susah nak mengait..

      Delete
  4. Best best best.... kuale kangsar takde musim buah ke... Seronoknya kalau ada dusun buah-buahan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni musim buah rambutan, manggis...mmg best, esp. bila gi mengait, mengutip buah...segar dari ladang..

      Delete
  5. seronoknya balik kampung sambil kutip hasil.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapatlah sikit2..selalunya ada buah kelapa je..

      Delete
  6. Bestnya ada kampung macam tu lagi kan..
    Akak dah tak ada kampung yg boleh petik hasil tanaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dptlah sikit2..sbb ada penyewa, depa yg ambik dulu..

      Delete
  7. Teringat SB kat kampung, tapi sekarang ni dah jadi ladang sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi ladang sawit, dah lain suasananya..

      Delete
  8. Sebaiknya kita jaga kampung kita walau org tua dah tak ada macam kakak ni. No masih ada org tua ok lagi. Tapi bantu dgn upah org. Sayang kalau terbiar sebab banyak tu hasilnya. Semai baru mana yg patut.

    Kakak suka kampung. Agaknya kalau pencen kelak kakka nak duduk kg. Nak bela ayam-itik-kambing-lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni penyewa rumah tu dah cari org meracun rumput-rampai kt belakang, nak buat kebun sayur katanya...entahlah, anak2 jenis tak minat berkebun...kena diskus dgn mak & adik-beradik yg lain, nak revive kebun2 yg ada..

      bagus kak, duduk kpg, tenang je, udara pun nyaman..

      Delete
  9. Replies
    1. In shaa Allah, akan difikirkan usaha seterusnya..

      Delete
  10. Best tu ada tanah, dijadikan kebun buah dan sayur. Hasil dapat, sihat pun dapat, kalau ada lebih, boleh sedekah pada orang lain, pahala pun dapat :D

    Ala sis, apsal strike through word Kolej tu? Not all KUs are bad or of low quality you know, we cannot simply generalize in this matter. I know some good KUs were actually established under well renowned Universities, where afterward those KUs turned autonomous and developed into new Universities after having made many notable research accomplishments. They started as nobody, but then turned into somebody after so much effort, because they also accept students with exceptionally good grades and passion in learning when they were still carrying the KU name :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah sikit2 tanah bapa saya, dia mmg passionate about land and farming..

      sebenarnya kolej ni dah diupgrade jadi full university masa pilihanraya kecil haritu, saja je letak word Kolej & strike through to show the origin of this university. Well said, I agreed with you, some KUs have good lecturers/academician and their syllabuses are at par with other full universities. It is not the name that matters, but the quality of the education that prevails.

      Delete
  11. Panas2 ni dapat minum air kelapa muda, sedapnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap air nyor muda..menyegarkan..

      Delete
  12. Pencen nanti bolehlah buat rumah kat kampung... udara pun segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk kpg ni best..takde trafik jam, udara nyaman, life is at slow pace...

      Delete
  13. Bestnya tengok suasana kampung...nyaman dan tenteram

    ReplyDelete
  14. Bestnya tgk kampung teringat kampung kita.. rindu..

    ReplyDelete
  15. Generasi orang tua kita memang pandai manfaatkan tanah,sekangkang kera pun boleh tanam macam2 apalagi kalau ada tanah kebun...seronok menikmati hasil,macam2 rezeki Allah bagi,Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun kurang penjagaan, masih lagi mengeluarkan hasil..

      Delete
  16. sepupu mak pun beli tanah di kuale.. bkn main seronok time musim buah pakat memberi ke saudara. ada kebun ni untung blh tanam mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ramai dapat merasa hasil tanaman..

      Delete
  17. Bestnya nohas ada kebun kat kmpong
    Sesekali mengutip hasil mmg lumayan kan
    Kambingg lama tk tengok ehe
    Bila lah nak sampai Kuale ni kwn akak ada jugak kt Kuale ni nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..bolehle singgah kuale, ziarah kawan..
      adalah sikit2 hasil dari kebun...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...