Friday, September 2, 2016

Oh bulan! Oh Nona!

Assalamualaikum...

Moon cake. Kuih bulan.


Kuih bulan ni client yang bagi, beli di King's Confectionary. 
ada cop halal by Jakim

 rasa sikit, inti perisa kopi, okla, tapi manis sangat
ada pelbagai inti kuih bulan - kacang merah, telur asin, biji teratai, kuaci 

Perayaan Kuih Bulan dirai oleh kaum Cina, dipertengahan bulan Ogos hingga akhir bulan September. Selalunya diraikan dengan Pesta Tanglung, di masa bulan mengambang

Terdapat banyak mitos dan kepercayaan mengenai kuih bulan. Diantaranya kuih bulan ni lambang perjuangan rakyat negara China sebab semasa perjuangan menumpaskan Dinasti Yuan, maklumat yg diselitkan di dalam kuih bulan. Kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.

------------------------------------------

Buah nona! dah lama tak jumpa!


manis2 buah..

28 comments:

  1. Kuih bulan pun ada yang perisa pandan nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..belum pernah mkn yg perisa pandan..mesti sedap..

      Delete
  2. Serius akak tk pernah makan kuih bulan aduhh terok kan, sedap ke nohas??

    ReplyDelete
  3. TQ singgah di blog sendu KA... he3,,, Kuih bulan mmg feveret KA ni , but buah nona serius x pernah rasa dan x pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..feveret, sekrg byk dijual kuih bulan ni...buah nona dah lama x jumpa, rasa mcm durian belanda..

      Delete
  4. saya tak pernah mkn kuih bulan . mcm teringin juga merasa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk dijual sekrg ni sbb dah masuk musim perayaan kuih bulan..tapi nk habiskan sebijik pun payah, manis bebenor..

      Delete
  5. Kuih bulan Reen suka yang inti warna hijau.. Nyum nyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..perisa pandan..tk pernah rasa lg..

      Delete
  6. Menarik history mooncakes ni,medium yang efektif sampaikan mesej sampai boleh tumbang kuasa besar,banyak flavours juga rupanya.Sedapnya nona,susah nak jumpa,tbayang rasanya yang lemak manis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik history kuih bulan di negara China...mmg byk perisa kuih bulan ni, mcm2 ada...jrg jumpa buah nona ni, rasanya sedap kan..

      Delete
  7. teringat satu kisah irda,kerana kuih bulan ni satu depatrment kena marah dengan satu vip customer sebab tak tinggalkan dia kuih bulan yang free untuk client bank di bahagian vip..hehe mcm tu pun ada ka..aduhai...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, customer vip tu mesti mampu beli kuih bulan yg mahal2 harganya..saja je buat havoc kan..apa2 pun customer sentiasa nak dihargai..

      Delete
  8. Kakak baru semalam beli - anak-anak kakak suka yg pandan flavor ada kuning telur . Jenis yg forzen pun ada sekarang ni. Kena perhati ingredients.

    Dulu rumah kg kakak ada pokok nona ni sayang sebab tak jaga dah lama mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah mkn yg pandan flavor...moon cake ni selalunya ofismate yg beli, depa share makan kt ofis...

      sayangnya dah takde pokok nona...dia pun merajuk, takde yg jaga..huhu..

      Delete
  9. Kuih bulan dan buah nona, dua2 tu dah lama saya tak jumpa, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni kuih bulan banyak dijual..dah masuk time perayaan kuih bulan...buah nona mmg jrg jumpa..

      Delete
  10. moon cake tu ... tetap tak yakin nak makan.
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang ada jg perasaan was-was..mmg tk pernah beli...hihi..

      Delete
  11. Tak pernah makan kuih bulan tapi buah nona pernah makan. Susah dah nak dapat buah nona ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jarang jumpa buah nona..species semakin pupus..

      Delete
  12. dah lama x mkn buah nona..mana nak carik eh..dulu waktu zaman sekolah je mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh jarang jumpa orang jual buah nona..ini pun baru jumpa kt kpg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...