Friday 25 November 2016

China : Xi'an - Bergerak ke Timur MQ

Salam Jumaat..
 
Yeayy..entri terakhir untuk aktiviti di sebelah barat Muslim Quarter, lepas ni bersiaran dari sebelah timur pulak..

Dah habis ziarah Masjid Daxuexixiang, ronda-ronda kawasan di luar masjid...


My sister pergi ke kedai muslimah jual tudung di sebelah kiri masjid. Sedang tawar-menawar serkup kepala. Saya pula melihat-lihat bakeri Muslim, menjamu mata..


 yummy, yummy!!

Shi Zi Bing - kuih pisang kaki
kuih yang mesti dicuba di Xi'an - sedap sangat
tapi beli di gerai makcik di Guangji Street, ada 5 jenis inti
dibelakangnya tu, yang dalam kotak ialah buah pisang kaki kering

Sapa2 yang selalu nonton drama Korea mesti familiar dengan buah pisang kaki kering ni kan. Dalam kdrama sageuk, selalunya kalau nak bunuh orang secara halus, depa akan letak racun kaler putih atas buah pisang kaki kering ni, seperti citer Rooftop Prince, sebab buah ni keluarkan gula berwarna putih bila kering. Dalam citer Empress Ki, emperor yg cute tu suka makan buah pisang kaki..persimmon, persimmon..

Dah habis meronda di Daxuexi Xiang, bergerak ke arah hotel, jom cari makan tengahari pula.

entah apa benda atas bumbung tu

suasana kedai-kedai

adik penjual ayam bakar..rugi tak beli, mcm sedap jer

Singgah di satu restoran, nampak ada mee, tapi tak reti nak order. Tunjuk kat orang yang tengah makan, nak macam tu juga. Nasib baik depa faham..hihi..

Inilah makan tengahari kami, makanan yang femes di Xi'an -  Yang Rou Pao Mo.

 Yang Rou Pao Mo
sup kambing + mee putih + roti putih
yang ni mee dia besar mcm laksa, roti keras tu dicarik kecik-kecik dengan tangan dimasukkan ke dalam sup..bawang putih jeruk tu rasa manis 
harga - 27 yuan 

Rasanya, oklah, cuma sup kambing tu ada bau sikit. Sepatutnya kena tambah kicap dan cili yang disediakan atas meja, baru sedap kot. Lepas habis makan, baru nampak orang tempatan makan macam tu...bubuh kicap dan cili..huhu..

Dah makan, sambung berjalan lagi, ikut lorong depan hotel. Jalan terus, ke arah utara, ke Xichang E Alley. My sister tak ikut, dia sakit perut, balik hotel. 

Masjid di Xichang E Alley

depan tu ada tulisan 'Ahli Sunah Wal Jamaah' dalam tulisan jawi
  
 tak dapat masuk, dikunci

pakcik jual serbuk cili

kedai jual kacang, mamat tu boleh cakap English
singgah beli 6 peket kacang - 5 yuan

OK, habis dah ronda-ronda JJCM di kawasan ni. Enam masjid dapat dijejaki, Alhamdulillah.

Balik hotel, berehat sekejap dan check out. Nak check-in di Hotel #2 pulak. Cadang tu nak naik tuk-tuk tapi biasalah depa kurang faham English, dah tunjuk hotel voucher yang ada tulisan Cina pun masih tak tau. So, tarik je lah beg ke MYFO Wan Shun Yuan Inn di Beiyuanmen. Bergerak ke timur!!
 
Takdelah segan sangat, selamba je, tengok ramai juga yang tarik beg..huhu. Sempat lagi singgah kedai, beli kacang walnut dan pisang kaki kering. Masuk je Xiyang Shi Street..ramai betul umat manusia..

 Batu giling serbuk cili- buat chili flakes

di hujung jalan Xiyang Shi

Sampai di hujung Xiyang Shi Street, belok kiri, akan jumpa Lianhu Tourist Information Centre di sebelah kiri. Masa ni dah lost, tak nampak signboard hotel MYFO dalam tulisan rumi, yang ada dalam tulisan Cina je.

 tanya kat tourist centre ni, disuruh masuk entrance kecik di seberang jalan
Lokasi MYFO Wan Shun Yuan Inn betul-betul depan tourist centre ni 

Hotel MYFO di belakang gerai ni
cer teka, gerai kanan tu jual apa?..hehe
jual buah nangka dan buah durian..tak sangka ada buah durian di sini

Kami pun tarik beg, ke seberang jalan, nak masuk lorong kecik tu. Tetiba sorang amoy datang kejar, rupa-rupanya penjaga reception. Dia dok jaga gerai jual asam-asam.

Bagi hotel voucher kat dia, dia baca sekejap, kemudian pergi ambik kunci bilik dan ajak kitaorang ke hotel, nak tunjuk bilik. Mula-mula dapat bilik di tingkat 2. Cakap kat dia, boleh tak tukar ke bilik bawah, tak larat nak angkat beg berat (takde lif). Dia ok, dapat tukar ke bilik di tingkat bawah..Alhamdulillah..yahuu..

bersambung..   

Happy weekend...selamat bercuti sekolah... 

20 comments:

  1. Rugi kalu x makan buah pisang kaki xian... manis giler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg manis..banyak gerai yg menjual buah ni..

      Delete
  2. Banyak pilihan makanan yg menyelerakan tu n ada mesin giling cili yg unik bentuknya..kalau batu giling cili kita yg dulu2 digunakan biasanya pijar tgn menahan pedas cili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu giling cili ni guna tenaga manusia utk tolak, buat pusingan,utk jadi serbuk cili kering..batu giling kita yg dulu2 tu utk giling cili basah..

      Delete
  3. Serbuk cili tu... even ss dah setahun beli... masih tahan!

    ReplyDelete
  4. perghhh bestnyaaaa.. bilelahh dapat g china jugak ni :D

    ReplyDelete
  5. Kak.. Ni kalau orang kuat makan macam Reen pergi ni.. Fuh. Habis duit kat makanan aje. Hahahaa balik malaysia, muka senang hati.. Perut pun makin beso. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam nak rasa semua makanan kt sini..balik malaysia, teringat-ingat sate kambing..huhu..

      Delete
  6. Seronoknya banyak pilihan makanan halal bleh try! Xyah bawak maggi cani :p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg banyak pilihan makanan halal..nasi tk brp nak ada..

      Delete
  7. Betul punya JJCM ni...

    Nyum2 sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 menggoda jiwa...tak rasa lapar..asyik makan je..

      Delete
  8. Betul...nampak macam yummy yummy sangat makanan2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jg Bunda..kuih pisang kaki tu byk kali jg beli..mmg yummy..

      Delete
  9. klasik batu giling tu,banyak ke makanan pedas kat sana?tengah musim persimmon la tu kan,teringat pokok2 pisang kaki ni di Naejangsan,menaikkan seri autumn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan mereka mostly ada cili...musim buah persimmon dan epal, yg ni byk dijual di tepi jalan..

      Delete
  10. Kuat makan cili jugak ye diorang ni sis... serbuk cili sini special ya? Kalau chili flakes, sedap dimakan dengan pizza dan bubur ayam :D

    Nangka dan durian tu diorang buat apa sis? Jual isi buahnya saja atau buat apa2 masakan guna buah2an tu? Menariknya :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan mereka banyak guna cili..serbuk cili sini ada mcm jenis, sangat kering..buah nangka & durian tu depa jual isi buahnya saja..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!