Thursday, November 24, 2016

China : Xi'an - Masjid Daxuexixiang

Assalamualaikum.. 

Entri khas untuk Masjid Daxuexixiang..masjid tertua di Xi'an..

pintu masuk perkarangan masjid

pengenalan mengenai Masjid Daxuexixiang

Masjid Daxuexixiang dibina pada tahun 705 (pada zaman Emperor Zhengzong di masa Dinasti Tang). Salah sebuah masjid yang terkenal di China yang mempunyai sejarah hampir 1,300 tahun. Luas kawasan masjid ni ialah 7,000 meter persegi, lebih kurang 1.7 ekar.

Pada tahun 1413 (tahun ke-11 pemerintahan Dinasti Ming), pelayar terkenal China, Zhenghe datang ke Xi'an untuk mencari senior konsultan dan penterjemah bagi pelayaran kali ke-4 beliau ke sebelah Barat. Hasan, imam masjid ini telah terpilih dan beliau berjaya membantu Zhenghe dalam pelayaran tersebut. Dibawah penyeliaan Zhenghe, masjid ini dibina semula sebagai membalas jasa Imam Hasan. Tablet Zhenghe dibina di dalam perkarangan masjid pada tahun 1523.

Zhenghe yang kita ketahui ialah Laksamana Cheng Ho. Ada riwayat yang mengatakan Laksamana Cheng Ho yang bawa Puteri Hang Li Po ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah (1456 - 1477)..history revisited. Menurut sejarah, Laksamana Cheng Ho ni Muslim Hui, berasal dari wilayah Yunnan, China.

Jom melawat kawasan masjid lama ni..


 benda bulat ni ada je di kebanyakan pintu masuk masjid lama di Xi'an

 bangunan yang begitu ancient
introspection tower
 stone gateway menuju ke dewan solat utama
tablet pavilion di kiri kanan 

 Dewan solat utama
  
Tablet Zhenghe

ancient bonsai


 dapur arang

Memang 'ancient' sungguh masjid ni, feast to the eyes. Sapa2 yang datang ke Xi'an, haruslah ziarah masjid ni juga, menarik senibinanya, menarik sejarahnya dan yang lebih utama, ia adalah rumah Allah di muka bumi...lebih afdal buat solat tahiyyatul masjid..huhu..

14 comments:

  1. Memang klasik & unik masjid ni..lama sangat dah kan 1,300 tahun.. penuh dgn nilai2 sejarah.. memang kena singgah klu ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik sungguh..masih kukuh walaupun dh lama..

      Delete
  2. Kukuh betul bangunan dia. Pada hal zaman dulu teknoloji bukannya advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun teknologi tak canggih, tp bangunan2 dulu ttp kukuh walaupun dh beratus-ratus tahun usianya..rasanya bangunan masjid ni yg dibina zaman Dinasti Ming, yang zaman Dinasti Tang tu dah takde kot..wallahua'alam..

      Delete
  3. macam zaman sekolah dulu2 ni Nohas belajar sejarah china
    untungnya nohas di beri kesempatan kesana
    kalau ada rezeki kaknoor pun tinginnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, Kak Noor, bila ada niat, ada perancangan, ada rezeki, akan sampai jg, sooner or later..

      Delete
  4. Selain terpikat dgn architecture binaannya kakak juga terpikat dapur arang dia.
    Dapur arang kalau macam ini bagus kan, tertutup cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tertutup macam ni, nmpk kemas...di sini, penggunaan arang ni agak meluas...yg berniaga di jalan2, ramai yg guna arang..

      Delete
  5. Nampak 'tua' jugak masjid ni. Better repaint utk attract more tourist..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid ni dh lama sgt, kalau dicat semula mesti nmpk menarik...

      Delete
  6. sangat historic masjid ni,binaan pun mantap,azan boleh berkumandang tak kt sana?great treasure to xian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi mcm tk brp kuat sangat, cuma kt dlm kwsn masjid je yg boleh dgr..azan depa lain sikit dari azan kat M'sia..masjid ni mmg nampak ancient sungguh..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...