Thursday, December 8, 2016

China : Xi'an - Daming Palace (Part 2)

Masih lagi di Daming Palace Heritage Park..

Dah beli tiket, jom ke laluan tengah pulak. Masa ni kuatkan semangat, nak habiskan perjalanan ke 'south gate'. Kawasan Daming Palace ni sangat-sangat luas..saujana mata memandang..

 jumpa taman bunga warna ungu
terubat rasa letih tengok bunga

 bunga-bunga ungu

Berjalan lagi ke arah selatan

Wungxian Terrace

yeayy..akhirnya, sampai di 'miniature park' yang menggambarkan penempatan di Daming Palace zaman dahulu kala..cute-cute semuanya..



Tak jauh dari miniature garden ialah Daming Palace Heritage Museum. Menarik muziumnya..elegan..

menarik..peplum bertingket-tingket

Meh masuk ke bahagian muzium, first time masuk muzium yang cantik dan canggih macam ni...nampak elegan sekali..

istiadat perjumpaan dengan raja

ukiran jubin yang cantik

pembesar-pembesar zaman Dinasti Tang

Model Istana Linde
penari-penari istana
terpikat dengan muzium yg elegan ni

Ok, dah habis pusing, jom lah bergerak ke pulang. Mana istana nya? Dah takde, dah terbakar...

 replika Daming Palace (source: chinadaily)

Kemuncak lawatan ke sini ialah Danfeng Gate. Nak ke Danfeng Gate tu pun kena berjalan jauh juga dari Heritage Museum ni, melintasi deretan kaunter-kaunter tiket..

South Gate - Danfeng Gate

ada muzium - Danfeng Gate Heritage Museum

Daming Palace Ceramic Museum

Dua-dua muzium tak masuk, sebab  dah tak larat, masa ni dah ingat nak balik je. Rasanya dua-dua muzium ni free je, sebab kalau datang dari arah selatan, jumpa muzium-muzium ni dulu sebelum kaunter-kaunter tiket. Danfeng Gate ni pun free of charge...huhu..
 
pandangan sisi

 the gate & the buggy

 pandangan hadapan

 photoshoot di sini

Alhamdulillah, berjaya juga berjalan kaki dari stesen metro Daminggongxi hingga ke Danfeng Gate ni..hahaha..pheww..mencipta sejarah, lebih kurang 26,000++ langkah kaki dihayun hari ni..

Danfeng Gate ni lokasinya di belakang Xi'an Railway stesen je, kalau nak pergi ke sini, lebih mudah turun di stesen metro Anyuanmen (north gate) dan ambil teksi/tuk-tuk ke sini. 

OK, dah habis sesi lawatan istana, jom balik ke hotel, tahan teksi di tepi jalan. Dah tak patah balik ke stesen Daminggongxi yang jauh di utara, nak ambik metro di stesen Anyuanmen.   

Tapi sebab tak sebut 'zhan' (stesen), pemandu teksi tu turunkan kami ditepi Bei Da Jie Street, kemudian dia suruh jalan ke belakang ke Anyuanmen (north gate)..hehe..Tambang teksi - 9 yuan.

Tapi bila nampak signage Bei Da Jie, teringat yang ada satu lagi stesen metro nama Beidajie. Tanya orang arah Beidajie metro station, depa suruh jalan terus, arah ke selatan. Naik metro di stesen Beidajie, turun di stesen Zhonglou (satu stesen je dari Beidajie) dan berjalan balik ke hotel.

Dah sampai hotel, berehat sekejap, ambik beg dan check out. Bergerak ke Hotel #3 - Wenyuan Hotel. Sebelum tu singgah makan tengahari di satu restoran di Beiyuanmen.

Order dua mangkuk biang-biang mee (mi tarik) dan satu sate kambing. 

 waitress sedang menggaul biang-biang mee

 mi tarik style macam ni pulak - dipanggil 'belt mee'

Mula-mula tu rasa sedap je, tapi bila dah lama makan, terasa yang lidah berangin, dalam mulut rasa kebas, tak tau nak describe macamana, mungkin bubuh cuka kot, langsung potong selera, dah tak leh nak masuk...  

Pelanggan di meja sebelah tengok je kami tak habis makan. Sepanjang di Xi'an, tiga kali terkena masakan macam ni...tak kena dengan cita rasa..

Dah tak leh nak habiskan mi tarik, jom le tarik beg...  

12 comments:

  1. salam..
    cantik betul pemandangan..
    nampak deco2 dan brang phiasan dlm muzium tu
    memang cantik n elegent btul

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. pemandangan di kwsn palace ni mmg cantik. muzium tu nmpk elegan..suka2..

      Delete
  2. Selamat mengembara..jaga diri ditempat orang yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik Bunda..pergi bulan lepas..

      Delete
  3. Replies
    1. oo..dah ada di Jepun..happy holiday..

      Delete
  4. Istana china mmg hebat segala isi n adat istiadatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap dinasti ada keistimewaan tersendiri..

      Delete
  5. salam..ya ALLAH indahnya suasana disana...teringin nak tengok gamabr ..owner of the blog juga...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..cantik heritage park ni..gambo saya ada dlm entri dulu2...hehehe..

      Delete
  6. buggy tu tak beroperasi ke dalam kawasan palace tu,jenuhnya menapak..modern touch muzium tu..menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jumpa buggy dlm kwsn taman masa berjalan kaki, tapi sebab dh berjln hampir separuh tmn, tk jadi naik..

      muzium tu menarik..nmpk elegan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...