Tuesday, December 20, 2016

China : Xi'an - Gao Courtyard House

Salam to all readers...semakin hampir ke penghujung travelog..

Dah habis jalan-jalan cari masjid di bahagian utara Muslim Quarter, decided balik ke hotel, tak jadi sarapan sebab dah kenyang makan roti percuma..terus lunch je..

Masuk je Beiyuanmen dari Xiyang Shi, nampak ramai orang dok keluar masuk satu pintu di bangunan di sebelah kanan jalan. Curiosity killed the cat, pi jengok kat dalam..ooo..ini rupanya..Gao Courtyard House. 

Sebenarnya masa buat itinerary, dah cancel nak gi sini sebab bila baca review macam tak best je. Sepanjang di Xi'an tak teringat langsung kat rumah ni, tapi dah terjumpa, lagipun masih ada masa lagi, terjah je lah... 

Berusia lebih kurang 400 tahun, rumah ni ialah rumah tradisional yang terbaik pemuliharaannya di Xi'an Former residence kepada Gao Yuseong, seorang pembesar dan scholar di zaman Dinasti Ming. Ada 86 bilik, cuma 56 saja yang dibuka kepada umum.

 view dari Beiyuanmen, dok lalu lalang depan ni
tak perasan langsung, asyik tengok makanan je..hihi..

jom masuk

 entrance fee, ada wayang kulit, ada opera cina

beli yang 30yuan sebab nak tengok wayang kulit cina
 

 masuk pintu kiri untuk ke shadow show

 shadow show di tingkat bawah bangunan ni

 wayang kulit, tak faham pung..hihi..
kisah pengembaraan empat sahabat, cerita rakyat cina
sekejap je, lebih kurang 10 minit

Habis je wayang kulit, masa untuk ronda-ronda rumah lama yang cantik ni, penuh dengan ukiran. 
 ukiran bermotif bunga

 cute - ladies & gentlemen

baju nenek moyang

jom ke muzium
menarik senibina nya

 ada banyak guest room untuk scholar

 pakaian scholar
 terpikat dengan senibina rumah ni

 fesyen 'high collar'

Gao's grand courtyard
 
 pokok tu pun dah tua
 bilik tidur

 candelier cina

 photoshoot di sini memang marvellous

Menarik sekali, highly recommended for those interested in buildings..enjoy the Dynasty Ming architecture to the heart's content.

Dah habis melawat rumah agam yang cantik ni, bergerak keluar menuju ke hotel. On the way, beli kuih pulut macam kuih lopes, nama tak tau..

 sedap..harus dicoba..
  
Dah pukul 12.00 tengahari, masa untuk check out, bergerak turun ke reception.  Tanya kat reception, nak booking teksi ke airport. Pukul 5.00 petang baru nak gerak ke airport, flight pukul 12.15 malam

Reception macam hampeh, tak faham English. Alhamdulillah, ada ambik question card SS (tapi tak buat cantik2 mcm SS, cuma print atas A4 paper je),  tunjuk kat reception, baru le depa faham...letihh..

Pada masa yang sama, ada pompuan cina muda dgn mak dia, nak check out juga, reception tu suruh pompuan tu terangkan pada kami kat mana nak ambik teksi ke airport.

Pompuan muda tu pun explain lah, kena ambik teksi kat depan Mcdonalds. Dia ajak keluar, tunjuk arah bangunan mcdonalds, takde lah jauh sangat...oklah..xie xie. Lepas simpan beg di luggage room, bergerak keluar..merambu lagi..final shopping...

Bersambung.. 

20 comments:

  1. Menarik sangat senibina mereka
    Communication payah itu yg agak susah juga kan kalau nak berinteraksi
    Tapi boleh pulak kerja di hotel tempat kunjungan customer whole world.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah ni cantik, byk ukiran..

      mmg payah nk berinteraksi, simple words mcm teksi, airport, pun depa tak faham..kat hotel ni tgk ramai guests dari china je..

      Delete
  2. Cantiklah... Suka tengok bangunan dengan senibina yang cantik..
    memang betul2 jamu mata kat blog nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan ni mmg cantik..sib baik tak percaya 100% pada review..

      Delete
  3. senibina yg kemas dan yg cantik kaya sungguh yg milikinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut sejarah Emperor yg hadiahkan rumah ni pada Gao Yuseong tu..antara famili terkaya zmn dinasti ming..

      Delete
  4. Woah... superbnya Dynasty Ming architecture, nice shots sis! *thumbs up* :3

    Fesyen 'high collar' tu kekeke (jahatnya gelakkan fesyen orang dulu2) XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik senibina rumah ni..fesyen high collar, akk tengok pun tergelak jg..hihi..

      Delete
  5. ni kira macam masuk rumah malaysia kat melaka tu lah ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, rumah ni bukan dibina khas mcm kt Mini Malaysia Melaka..

      rumah ni dulu2 keluarga Gao yg duduk, dah lama 400 thn dulu, keluarga bangsawan....skrg dah kosong, dibuka utk pelancong..

      Delete
    2. Owh... baki bilik yg tak d buka tu? Tak renovate ke?
      Ada pewaris dia lg ke kat situ?

      Delete
    3. rumah ni dah jd pejabat utk persatuan2 berkaitan dgn seni spt China Painting Society, dll..kwsn luas, 4 ekar lebih..ada byk lg bangunan kt belakang2..tk renovate kot..

      Delete
  6. Mujur ada Q card ss.

    Bnyk pahala dia dpt tlg org nk p xi'an ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..byk membantu Q card SS..

      Delete
  7. hebat senibina rumah antik ni,attraction yang menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik senibina rumah ni..mmg patut pergi kalo ke Xi'an, jgn percaya pada review..

      Delete
  8. lawanyaaa ukiran kt kayu tu.. impress dgn org2 china kalau bab senibina rumah pandai. nampak sedap makanan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukiran macam org Melayu buat..cantik rumah ni..rasa mcm kuih lopes..

      Delete
  9. Ahaksss! Yes! QCard SS mmg sgt membantu..kami ke shanghai ritu Q card penyelamat

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...