Thursday, December 1, 2016

China : Xi'an - Great Mosque of Xi'an

Assalamualaikum..

Itinerary terakhir di hari kedua - ziarah Masjid Besar @ Great Mosque of Xi'an yang femes, yang selalu masuk TV Malaysia..dokumentari Ziarah Masjid di China, program seni silat..channel omputih pun ada - dokumentari 'A road to Hajj'..

Lokasi Great Mosque di Huajue Alley, tersorok dari jalan2 tumpuan pelancong. Ada empat jalan masuk ke Great Mosque..
 
 Lokasi Great Mosque dan jalan masuk ke Huajue Alley

Kalau dari Drum Tower, paling dekat dan mudah ikut #1, dari Beiyuanmen.

 dari Drum Tower dah nampak pintu gerbang ke Huajue Alley di sebelah kiri
jangan terperanjat..lengang je..sebab snap masa waktu pagi

Entrance #1 - Pintu gerbang ke Huajue Alley 

 sebelah patung2 berniaga ni

Sebab tak tahu Entrance #1, tengok peta, cadang nak masuk ikut #2. Dari Drum Tower, berjalan mengharungi kesesakan di Beiyuanmen, masuk Xiyang Shi Street. Disebabkan ramai sungguh umat manusia bersesak-sesak di simpang tu, terlepas entrance #2 tu.. 

 Entrance #2..confused sikit sebab ingatkan lorong kedai
sepanjang jalan dari #1 hingga #2 dipenuhi kedai-kedai souvenirs
memang murah (kena bargain sehabis mungkin) di sini
 
Entrance #3 sebenarnya lorong ke rumah-rumah, tembus ke Huajue Alley. Baru jumpa di hari terakhir sebab jalan pagi-pagi, tak ramai orang, ternampak notis ke Great Mosque.

 Entrance #3..opps..ada model tengah bertenggong..

Dah terlepas tiga entrance, cari Entrance #4 di Guangji Street, nampak jelas notis ke Great Mosque. Lupa nak snap gambar.. 

Berjalan menuju ke pintu masuk utama, terpapar di tembok pagar masjid, benda-benda menarik di Great Mosque..wahh, perasaan masa tu sangat teruja...semakin hampir..impian menjadi kenyataan..

sundial and clock stand yg berusia ratusan tahun

Great Mosque of Xi'an dibina pada zaman pemerintahan Emperor Hongwu Dinasti Ming. Masjid terbesar di negara China dengan keluasan 12,000 meter persegi, lbh kurang 3 ekar. Mempunyai lima courtyard, menyatukan senibina Cina dengan fungsi-fungsi Islamik.

pintu masuk utama..ada kaunter bayaran di sebelah
mungkin untuk pelancong non-Muslim 

gerai-gerai di dalam kawasan masjid

Alhamdulillah, dapat jejak kaki di sini, hasrat yang sudah lama terpendam. Selama ni asyik tengok dalam tv je..syukur...

Masa ni dah habis solat Asar berjemaah. Muslimin-muslimin di sini nampak je kami berdua, perkataan Malaysia saja yang disebut..Malaysia?..peniaga-peniaga di sini pun sama...kenal je orang Malaysia..

Moh melawat kawasan..


the front wooden archway

The Five-Room Hall

 the stone pathway

'Examining the Heart Tower' - the introspection tower

stone steles

Jom ke dewan solat utama

painted dougung - kaedah tebuk, selak dan pasak
Masih utuh

SubhanAllah, dinding-dinding kayu diukir dengan ayat-ayat Al-Quran 30 juzuk

sungguh cantik ukirannya, sangat kemas
semoga yang mengukir ni, diberi ganjaran pahala yang besar 

siling yang sudah pudar

 mimbar masjid

 ukiran di pintu

lima pintu masuk/keluar

Dua kali ziarah masjid ni, kali kedua pada hari terakhir, berpeluang mendengar laungan azan dan bersolat di sini, Alhamdulillah.

Keluar saja dari pintu kawasan masjid, jumpa kedai-kedai souvenirs. Peniaga mula panggil-memanggil, suruh beli barang.."murah, murah"..ada dua tiga peniaga yang boleh cakap Melayu sikit-sikit. Beli chopsticks and t-shirt yang ada tulisan 'Xi'an' kaler merah..terberkenan masa tengok entry SS...hehe..

Memula amoy tu letak harga 60 yuan, tawar habis-habisan, dapat 20 yuan..oklah, good material. Amoy tu boleh cakap Melayu dan English. Jalan-jalan lagi sambil tengok2 souvenirs, balik ikut entrance #2. 

End of Day 2. 

22 comments:

  1. Alhamdulillah Nohas..
    Dah menjejak kaki ke Mosque Xian ni ye..
    Cantik sungguh pembinaannya..
    Bersih jer kat dalam tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..masjid ni selalu sangat masuk tv..pelancong pun ramai melawat masjid ni..kwsn bersih..

      Delete
  2. 1. Betul semua kata kalau nak membeli di sana kena bargain betul-betul
    2. Tulisan di atas kayu tu kakak ingat tampal - gigih betul
    3. Bagusnya mereka jaga khazanah yg ada - terjaga baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Barangan depa murah2 sbb kos murah, semua buatan sendiri
      2. Diukir, mmg respek siapa yg ukir ni
      3. Lama dah masjid ni, tapi masih utuh, masih digunakan lg..

      Delete
  3. Wah tempat solatnya warna biru... kebanyakan masjid lain di sana guna warna merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik warna biru ni, royal blue..lain sikit..

      Delete
  4. Replies
    1. mengagumkan..bangunan lama yg terpelihara begitu baik..

      Delete
  5. cantik, bangunan lama masih terpelihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih utuh & boleh digunakan..senibina cina, cantik..

      Delete
  6. Amin..dpt gak tgk masjid tu ye..jie mampu tgk dlm foto ni dulu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, sooner or later, dpt jejak kaki di sini..amiin..

      Delete
  7. Ya Allah, gigihnya pembinaan masjid tu, siap ukir dinding dengan ayat-ayat Al-Quran sampai 30 juzuk?... Speechless... 'Great Mosque' indeed :'3

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih kan..mesti lama utk ukir ayat quran, kemas sungguh ukiran nya..

      Delete
  8. Wah, akak pergi menjejak terracota army nampaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jejak masjid, terracotta & makan2..hihi..Alhamdulillah..

      Delete
  9. bila agaknya dpt jejak kaki ke masjid ni.. dlu pernah tgk dlm jejak rasul kalau xsilap. cantik kaler royal blue, 30 juzuk ukir di kayu subhanallah pandai org yg buat.

    bab souvenir murah tu kena beli ler. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. souvenir tu kena bargain hard, baru dpt murah..my sister yg terer, akk jenis kesian..hihi..

      In shaa Allah, kalau ada perancangan, akan sampai jg di masjid ni..ukiran ayat quran tu mmg sangat kemas, terpesona melihatnya..

      Delete
  10. mosque in the garden...bestnya dpt solat sini,damai dngn kehijauan n ancient feel,very fine ukiran ayt quran tu,priceless art

    ReplyDelete
    Replies
    1. mosque di sini besar2 kawasannya..ukiran ayat al-quran tu nmpk kemas & cantik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...