Monday, December 5, 2016

China : Xi'an - Muzium Qin Shi Huang & Mee Tarik

Assalamualaikum...selamat hari senin..

Masih lagi kisah di Terracotta Army Museum. Selesai melawat Pit 2, keluar ikut pintu depan menuju ke Muzium Mausoleum Qin Shi Huang.

Pit 2 di kejauhan

pintu masuk muzium

Sebelum masuk melawat exhibition, ke tandas awam dulu, syukur, tandasnya bersih..hihi... 

Di sini ada dua, tiga exhibition..


periuk-periuk zaman dahulu kala

 sang ratu

Turun ke LG, ke School of Display and Exhibition History yang menerangkan sejarah penemuan terracotta army dan usaha-usaha untuk mengorek, kerja-kerja membaik-pulih patung-patung terracotta army.


bronze chariot yang paling popular
bronze chariot yang dikorek di kubur Emperor Qin, kiranya macam kenderaan untuk digunakan di afterlife. Lima tahun lamanya nak assemble balik chariot ni..

Rasa malas pula nak ronda-ronda seluruh exhibition hall, bergerak keluar. Berphoto-photo di luar pula dengan pokok-pokok yang dah mula bertukar kaler.

 4 warna


Dah habis posing di sini, bergerak pulang. Sebenarnya ada satu lagi tempat di sini, Mausoleum Emperor Qin, yang boleh nampak makam dia yang macam bukit. Ada dua lagi pit di sini. Nak ke mausoleum, kena naik shuttle bus yang disediakan, free je...tak jauh. Boleh  refer entry backpacker busuk dan Scdha Sein untuk ke sini..

Dah malas nak gi, entahlah rasa otak dah tepu dengan info tentang terracotta army..hehe..jom pi mencekik, menghayun langkah ke restoran Muslim di stesen bas. 

Jalan balik akan tempuh gerai-gerai souvenirs dan restoran-restoran..


gerai halal

perghh..tarian..dahsyatnya

jinak-jinak merpati

 
di kiri kanan restoran biang-biang mee (mee tarik)
dari jauh dah kedengaran bunyi 'gedegang, gedegang'
chef-chef buat demo mee tarik


dah sampai restoran mee tarik Muslim dekat stesen bas

 besar restorannya

mee tarik warisan asli

Meh tengok apa yang kami order..kui,kui..*tutup muka*

lapaq nasi - fried rice with pickled cabbage..sedap sungguh
harga - 18 yuan

mee xinjiang yang tersangat sedap..the best in the world
lain sungguh dari yang pernah makan di Malaysia
harga - 28  yuan 

tidak dilupa - biang-biang mee (mee tarik) - sedap giler
harga - 18 yuan

Entah jin apa yang merasuk, jin terracotta kot, order sampai tiga jenis makanan, tapi memang marvellous masakannya..sangat sedap semuanya. Highly recommended pada mereka yang gi terracotta museum, wrap up your visit dengan singgah makan di sini..

Dah kenyang, hati pun senang...jom pulang. Kali ni naik bas kaler biru, yang macam bas express..tambang 8 yuan. Dapat kerusi empuk, apalagi beradu tak sedar diri..bas berhenti banyak kali pun dah tak ambik port..sambung tidur..

Sampai di railway station, dah serik nak jalan kaki balik ke hotel, riki-riki bas ke Bell Tower..naik bas 611. Tambang bas dah naik, bukan 1 yuan lagi, tambang bas 2 yuan sekarang kalau guna tunai..tapi kalau guna kad, tambang masih lagi 1 yuan..

 first time naik bas awam

arca mi tarik - Silk Road delicacies
 
Sampai hotel lebih kurang pukul 4.30 petang, sebelah malam..err..pukul 5.00 petang keluar menyongkit lagi...suasana malam di Muslim Quarter.

14 comments:

  1. walaupun dah makan, tetap terliur tengok mi tarik tu.nice info kak nohas. By the way, my Japan trip was a success! Million thanks to your blog sebab banyak bagi info berguna and I kinda follow your itinerary. Arigato!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee tarik & xinjiang mee tu mmg sedap, recommended utk dicuba kalau ke sini...good to hear that, sharing is caring..

      Delete
  2. Memula kakak ingat masuk restoran mee tarik tapi kenapa makan nasi sekali tengok mee dia mak ai memang nampak menggoda. Rasa kalau dah kata sedap jiddan mesti sedaplah tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak ada nasi kt menu, terus order..susah nak jumpa nasi di sini...mmg sedap, kak..lain dari yg kat Malaysia..licin semua makanan, kalau tgk kt cctv, mesti depa ckp pelahap nya budak dua orang tu..

      Delete
  3. SEDAPNYA MI TARIK N LAIN2 MKNAN YG SEDAP TU TELAN AIR LIUR JELAH PNDG NOHAS JAMU SELERA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, kak..sampai sekarang teringat-ingat..hihi..

      Delete
  4. huhu..terus tepu otak dgn info army tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiga pit + 1 muzium..mmg penuh info ttg terracotta ni..hehe..

      Delete
  5. Hihihi... bab makan tu mmg sentiasa menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..makanan kt restoran tu mmg sedap sungguh..

      Delete
  6. luas betul tmpatnya,yg wajib tgok terracotta army je kot,agenda makan lagi best..mmg specialty xian ke mee tarik ni,mmg lapor tgok makanan tu,tgok gmbar pun nmpak lazat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiga2 Pit tu yg wajib tengok..mungkin kot specialty Xi'an mee tarik ni..byk betul restoran mee tarik kt terracotta..

      agenda makan2 lg best..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...