Wednesday 21 December 2016

China : Xi'an - Solat Jemaah di Great Mosque

Dah check out hotel, simpan beg di luggage room, masa untuk shopping saat-saat terakhir. Masuk ke Huajue Alley, nak shopping souvenirs.

kedai souvenirs di Huajue Alley

kedai yang selalu gi beli purse sutera cina

 beli berus lukisan ni, adik kirim..kat gerai makcik Muslim
kat sini yang lama, tawar-menawar, tanya bulu jenis apa
ada bulu tupai, bulu serigala..'no pig, no pig'..marah makcik tu..

Tengok jam dah nak hampir pukul 1.00, bergegas ke Great Mosque..tanya kat pekerja, nak ambik wuduk kat mana. Dia ajak ikut dia, tunjuk satu pintu..dia cakap kat orang dalam, ada pompuan Malaysia nak ambik wuduk, lebih kurang macam tu la kot..

Bila masuk je, tengok ada banyak skrin cctv, rupa-rupanya bilik sekuriti, bilik jaga. Jaga tu suruh ambik wuduk kat tingkat atas...memang ancient sungguh bilik airnya..tak sempat nak snap gambar..

Masa tengah ambik wuduk, terdengar azan Zohor....syahdunya..lain sungguh dari kat Malaysia.. 

Terkocoh-kocoh kami bersiap, sarung tudung, sarung kasut, takut kena tinggal dengan jaga, dia kan nak gi solat berjemaah. Bila turun je, nampak jaga tu tengah mundar-mandir tunggu kami. Kami pun terus keluar, cepat-cepat dia tutup pintu dan bagi isyarat ikut dia sebab nak tunjuk tempat solat pompuan kat mana.. 

Orang lelaki dah semakin ramai memasuki masjid...jaga tadi tu tunjuk kami tempat solat..huhu..kat tepi pintu masuk, di dinding sebelah kanan sekali, ada pentas kecik, dia suruh solat kat situ..jaga dan seorang lagi pekerja tolong tarik kain tirai..sekadar di pinggiran..solatlah kami di situ.. 

snap dari pentas tempat solat, dah selesai solat Zohor berjemaah
tapi imam belum habis baca doa, depa ni berdoa sambil berdiri di luar masjid

 dah habis doa dibaca, ramai sungguh yg solat berjemaah

 imam Great Mosque yang berserban hijau
pompuan bertudung dibelakang tu orang Xinjiang
tengah tunggu suami dia solat jemaah

Dah selesai solat, ronda-ronda lagi di sekitar masjid, sesi lawatan dalaman di 'south & north exhibition hall'. Suami-isteri dari Xinjiang tu pun sama-sama buat lawatan dalaman..

Sundial - jam matahari
lost in translation - ada ke masjid ditranslate jd church
bahaya betul ni...kalau kt M'sia dah lama kena komplain
  
 Qing Guan Stone

kaligrafi & batu-batu bersurat

Kemudian ke South Exhibition Hall 

pameran perabut zaman Dinasti Qing

Dah habis ronda-ronda Great Mosque, masa untuk melangkah pergi, rasa sayu di dalam hati, entah bila bertemu lagi..have to bid farewell...ilal liqa'..bi iznillah..

Bergerak semula ke Beiyuanmen, masa untuk MAKAN...hihi...order sate kambing untuk kali terakhir. Duduk atas bangku batu depan Drum Tower, menikmati sate kambing..

 Terakhir - Beiyuanmen di petang Sabtu

  kuih macam kat Korea

menggiling cili kering

Masa ni saya sorang je masuk ke Beiyuanmen, my sister duduk depan Drum Tower, jaga backpack. Beli cili flakes (ada orang kirim) dan dua keping roujimo (roti daging) untuk bekal ke airport, untuk dinner.

Masa tengah beli roujimo, tetiba ternampak gambar nasi goreng di pintu restoran, gembira rasa di hati. Sebenarnya dah rasa sedikit nanar sebab tak makan nasi. Last makan nasi masa hari Rabu kat terracotta. Saya pun cepat-cepat mengorak langkah nak beritahu my sister..

Masa tengah bercakap, datang sorang peminta sedekah, mintak satu roujimo..sambil tunjuk nak makan..kesian pulok, bagilah satu kat dia..hati gembira nak makan nasi..

Bersambung..   

25 comments:

  1. Wow!! Jumpa nasi..
    Org Malaysia dan nasi berpisah tiada.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar nasi je..nasinya enggak ada..huhu..

      Delete
  2. Mereka kurang sensetif berbanding kita bab mosque dgn church jgn salah guna mahu kena pecah signbord itu. Tapi yg solat berjemaah itu yg lebih membanggakan kan.

    Siap ada kerusi buat perempuan yg tunggu lelaki yg solat jumaat kakak nampak bersusun tu kerusinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 baca confuse jg...lost in translation..ramai sungguh yg bersolat jemaah, mmg bangga dgn Muslim di sini..

      kerusi2 tu utk tourist kot..

      Delete
  3. ni hao ma mkcik tuu., salam
    sonoknyer jalan2 smpi ke China., bestnyerr ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hao, hao..wsalam..sonok, first time gi China..

      Delete
  4. Masuk kedai souviner tu yang paling best bila pergi melancung. Ralit di buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ralit, macam2 dibelek..dari taknak beli, langsung terbeli..hehe..

      Delete
  5. SS x abis pusing Great mosque tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun first time ke sini, tak gi exhibition hall..

      Delete
  6. Brushes tu menarikkk... ada bulu tupai dan serigala hohoo... kalau saya ada kat situ mesti nak beli brushes juga, nak yang bulu tupai hehehe XP

    Ada peluang sis bersedekah kat sana juga, bagus sis *thumbs up*

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu was-was jg nak beli, tapi penjual tu Muslim, dia yg beritau bukan bulu khinzir, oklah..mmg menarik, buat souvenir pun cantik, bekas dia menarik..

      kesian tgk peminta sedekah tu, asyik tunjuk2 kt roti daging..

      Delete
  7. Allah ... teringinnya nak pergi juga yang ini.

    akak - jom lah teman g lagi sekali jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..tk tau nk cakap..huhu..ada satu lg trip ke China tahun ni..in shaa Allah..

      Delete
  8. masjid tu memang orang perempuan tak ada ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nampak orang perempuan bersolat jemaah..baca kt blog2 lain, tempat solat perempuan ada kt bhg belakang..mungkin masa ni dh suntuk sgt, tk sempat nk tunjuk tmpat perempuan..

      rasanya, pompuan tk leh solat kt bahagian dewan solat utama, sbb byk cctv..

      Delete
  9. teringat pak cik makcik yang ditemui masa g haji.
    baik baik dan comel2 sangat.

    berdisiplin semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ni baik-baik belaka...cuba tgk dokumentari 'A road to Hajj', kt youtube ada, best jg..

      Delete
  10. bagusnya waktu zuhur pun penuh masjid,dah ditranslate jd church pulak ya,ptutnya mosque,hihi...diorang ni mmg tak makan nasi sgt eh mcm rakyat korea n japan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lost in translation...depa bnyk makan mee, nasi kurang kot..

      Delete
  11. teringin nak pergi sini.. in shaa Allah kalau ada rezeki. tngok org2 solat ramai tak macam masjid di mesia, kecuali jumaat. lawa beg sutera tu, kalau dpt mesti borong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai muslimin yg solat berjemaah di masjid2..beg sutera murah2 je..bargain habiss..

      Delete
  12. Adei bestnya...nak pegi xian!!! Nk mkn sate kambing

    ReplyDelete
  13. I found your blog the usage of msn. This is a very neatly written article. I will make sure to bookmark it and come back to read more of your helpful information. Thank you for the post. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!