Saturday 3 December 2016

China : Xi'an - Terracotta Army (Part 2)

Assalamualaikum..

Sambungan kisah di Terracotta Museum. Dari Pit 1, keluar ikut pintu tepi, nampak signage ke Pit 3. Pit 3 dan Pit 2, dua-dua sebelah Pit 1, tapi Pit 3 letaknya di belakang Pit 2. 

Kita pergi Pit 3 dulu, ikut dari pintu belakang..jumpa taman kecil yang daun pokoknya dah bertukar warna kuning ni..ramai yang nak posing-posing di sini..

 early autumn

Sebab hujan renyai2, takleh le nak posing, lambung-lambung, baling-baling dedaun kuning macam SS..hehe..pose-pose sendu.."I saw you walking in the rain'....

 pintu belakang Pit 3

Pit 3 ni tak se-gah Pit 1, cuma ada banyak terracotta army yang belum sempurna anggotanya, ada kuda juga..

ada juga yg berwarna

Di sini ada bilik khas untuk bergambar dengan terracotta army. Bayaran 10 yuan. Ramai juga yang beratur termasuk kami berdua. Semuanya sabar menunggu giliran.

Standby kamera atau handphone, bagi kat seorang staff lelaki yang bertugas snap photo.

 Petugas tu snap tiga pose yang berlainan, siap tunjuk kat celah mana nak berdiri, gaya bebas - nak melutut ke, nak peluk ke, nak letak tangan atas bahu ke, macam2 gaya posing ada..hehehe..

Dah dapat bergambar dengan terracotta army, jom bergerak ke Pit 2.

 pintu depan Pit 3

 menuju ke pintu belakang Pit 2

Pit 2 pun sama juga, tak banyak patung terracotta, banyak tanah je...


Di sini pun ada bilik khas untuk posing dengan terracotta army, siap ada kuda lagi, tengok tak ramai orang pulak kat sini..lengang je...isk, isk..

Jalan ke bahagian tepi, wahh..ada yang menarik..pameran terracotta army yang popular...pelbagai posisi..

 the kneeling army

the brigadier general

middle ranking officer

the standing archer

cavalryman with saddled war-horse

kisah penemuan 'the kneeling army'

macamanalah org zaman dulu boleh ukir tanah liat sebegini terperinci
dengan peralatan yg primitif..respek giler!!

Allah Yang Maha Bijaksana yang memberi ilmu kepada hamba-hambaNya. 

Habis dah ketiga-tiga pit, ada lagi sambungan di Muzium Mausoleum Qin Shi Huang pulak.

18 comments:

  1. teruja tengok semua picture,.moga irda berpeluang singgah disana one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, moga tercapai impian one fine day...

      Delete
  2. mcm2 gaya askar ada..terbaik btul..

    ReplyDelete
  3. Biasa tengok gmbr tu dlm buku sejarah je nohas
    Mesti best tengok depan mata kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. melihat kepakaran org zaman dulu..sgt detail ukirannya..

      Delete
  4. tak plan lg nak travel ke China.. hehehe
    harap ada mood nk cuti2 sana. lg pun nina suka sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari mood, tapi kalau suka sejarah, negara China mmg best utk dilawati, Xi'an permulaan sejarah unified China..

      Delete
  5. Patung2 teracotta yg mengagumkan sekali buatannya tanda orang2 dahulu begitu rajin dan teliti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terperinci dan teliti sungguh kerja2 mereka..

      Delete
  6. saya tak pernah sampai xi'an lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, sooner or later, akan sampai jg...one fine day..

      Delete
  7. entah berapa ribu bilangan terracotta army ni ya,lain-lain pulak tu rupa dan gaya,warisan seni yg sangat unik n hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..brp lama depa ambik masa utk buat semua patung2 tu..askar saja dah brp ribu..gile betul emperor Qin ni..

      Delete
  8. Wah bgsnya.

    Mmg blh masuk ambik gambar ea dgn patung2 tu semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bilik khas utk ambik gambar...dlm pit tak boleh masuk..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!