Monday 12 December 2016

China : Xi'an - Yongnimen dan Shuyuanmen

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul..selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad saw, keluarga serta para sahabat..

Sambung travelogue ke Xi'an..hari baru, hari ke-lima - Jumaat, 11 November 2016  

Pagi ni nak ke Yongnimen @ South Gate di ancient City Wall, juga merupakan tapak warisan dunia UNESCO. 

Kota lama Xi'an dikelilingi oleh tembok batu yang dibina pada zaman Dinasti Ming, bermula dari tahun 1370. Tembok batu yang panjangnya 14kilometres ni, merupakan city wall yang tertua, terbesar dan paling baik pemuliharaannya di negara China. 

Dibina bagi tujuan pertahanan, city wall dilengkapi dengan moat, drawbridges, gate tower, watch tower, corner tower and parapet walls. 

--------------------------

Nak pi sini, jalan kaki dari hotel. Naik metro pun boleh, turun di Yongnimen Zhan, cuma satu stesen je dari Zhonglou. Berjalan arah ke selatan, sampai di Fenxiang Alley, corner kanan..nak pi lalu cobblestoned De Fu Xiang..

 cutenya..kung fu panda

pintu gerbang ke De Fu Xiang

 saja nak tengok bangunan di sini

 bangunan hotel

OK, dah sampai jalan besar dekat Yongnimen, melintas ikut bawah tanah.

menuju ke Yongnimen

 Bell Tower selari dgn Yongnimen

 tiket masuk - 54 yuan

 jom masuk

 saja menyibukkan diri dengar penerangan, tak faham pung

Kita gi sebelah timur dulu..

 sayup nak gi ke hujung sana


Di sini boleh sewa basikal - 45 yuan utk sejam, deposit 200 yuan. Ada juga buggy, depa panggil electric car. Takdelah berhasrat nak mengelilingi keseluruhan city wall ni, cuma jalan je mana yang termampu..

 ada tulisan atas batu

 moat dan taman


Bergerak ke sebelah barat pula


 Dah puas posing-posing, snap-snap gambar..jomlah turun..

ada wedding photoshoot

Lepak-lepak sekejap depan Tourist Centre, kemudian bergerak ke Shuyuanmen, tak jauh dari Yongnimen.



ikut arah signboard ni

pintu gerbang ke Shuyuanmen

tempat menarik di Shuyuanmen

Shuyuanmen ialah 'cultural street' yang ada banyak kedai-kedai jual berus-berus kaligrafi

berus lukisan - macam2 saiz ada

former residence of Yu Youren - kaligrafer dan ahli politik

orang kuat Dr Sun Yat Sen

Masa kami di sini, terserempak dengan satu kumpulan, macam orang besar-besar, VIP..siap ada polis pengiring..gaya macam ahli majlis Xi'an Municipal Council..bersama town planner..

melawat kawasan

diskus-diskus, buat catitan, utk penambahbaikan rasanya

ingatkan Proton..rupanya Foton..hihihi..

Dah habis lawatan di sekitar Yongnimen, kita bergerak ke selatan lagi, kali ni naik metro pula...jom cari Yongnimen Zhan..

Bersambung..

14 comments:

  1. Salam maulidur rasul nohas..ronda selagi xhabis n ada daya tempat bersejarah bukan nk kunjung selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maulidur rasul...ya, betul..bukan selalu nak gi Xi'an..hihi..

      Delete
  2. Salam Maulidur rasul Sis
    Struktur bangunan dia orang memang unik...suka tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul..senibina yg menarik..

      Delete
  3. Salam Rabu. Menyinggah bila ada kesempatan hari ini. Seronok jalan2 tgk tempat orang, tambah ilmu juga kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam KA..menambah pengalaman & ilmu..mengimbau sejarah China..

      Delete
  4. best jugak kalau berbasikal di xian ni...bndar dia nmpak luas,tenang n nyaman je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah deposit mahal bebenor, takut org bawa lari basikal..hihi..betul tu, mmg nampak luas & lapang..

      Delete
  5. Juga baca yg ini
    Kalau buat photo shoot memang cantik kan tempat dia:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. city wall tu mmg cantik kalau buat photoshoot..ada aura cina..

      Delete
  6. penulisan akak berjaya menarik hati saya untuk ke Xi'an

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly recommended..enjoy both Chinese & Muslim culture..

      Delete
  7. best jugak kalau pusing town naik basikal mesti lg byk benda2 baru boleh tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik basikal boleh cover keseluruhan city wall ni, 14km je...ya, betul, mesti byk benda2 baru boleh tengok..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!