Saturday, March 26, 2016

Muzium Muzik

Haritu berkesempatan ke Muzium Muzik. Haritu ialah hari bekerja..hihi. Tujuan utama nak pergi Pejabat Tanah di Rumah Persekutuan, sebab parking penuh, terpaksa parking di bawah Dataran Merdeka.

Muzium ni lokasinya betul-betul on the way  ke Rumah Persekutuan, corner lot, keluar je dari bawah tanah, mesti nampak punya. So, selepas urusan di Rumah Persekutuan, sebelum masuk bawah tanah, singgah sini dulu.
 
Muzium Muzik

Dalam entry Jejak Warisan KL : Heritage Buildings, muzium ni baru je dibuka tapi tak masuk pulak time tu. Jom kita tengok..masuk adalah percuma..


Kawasan pameran semuanya di tingkat bawah. Menarik juga.




 Ada macam-macam alat-alat muzik pelbagai bangsa di Malaysia.


kordo = tali, fon=bunyi
kordofon = alat muzik yang mengeluarkan bunyi 
dari tali yang diregang

 alat muzik kaum India

alat muzik kaum-kaum di Sarawak

 
Rebana Ubi semasa Sukan Komanwel tahun 1998

alat-alat muzik Nobat

 kabaret Buluh Inn
takde apa sebenarnya - pintu je


Snap-snap gambar, baca sikit-sikit, dalam 10 minit dah habis tour of Muzium Muzik. Kecik je muziumnya, tapi penuh maklumat. Highly recommended.

Thursday, March 24, 2016

Dua Kuala

Kuala Gula dan Kuala Kurau - dua kuala di utara pantai negeri Perak.....mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bonda teman. Kampung ibu. Dulu masa kecik2 ada juga ke Kuala Kurau tapi ingat-ingat lupa kenangan-kenangan di sini..

 peta lokasi

Cerita balik kampung cuti Hari Wilayah bulan lepas. Dari Kuala Kangsar singgah di Gunung Semanggol, ambil anak saudara yang belajar di sini, kemudian off to Kuala Gula.

jalan ke Maahad Ehya As-Sharif Gunung Semanggol

Kuala Gula dapat namanya dari aktiviti penanaman tebu dahulunya, tapi sekarang dah takde. Kuala Gula tempat yang popular untuk melihat pelbagai jenis burung..lebih 200 species burung singgah sini..

Singgah di Kuala Gula Sanctuary Resort. Ada chalet-chalet yang boleh disewa. Tapi kami cuma jalan-jalan je sambil menghirup udara segar di tepi sungai..

 Kuala Gula Sanctuary Resort

tenang di tepi sungai


Aktiviti yang ada di sini ialah sewa bot untuk melihat burung-burung..Tak berlama-lama di sini, meneruskan perjalanan ke Kuala Kurau.

menuju ke pekan Kuala Kurau

ikan-ikan kering

Pekan Kuala Kurau

Sungai Kurau

Makan tengahari di tepi sungai and then balik ke Gunung Semanggol, ikut Bagan Serai. Sekian, coastal explorace...sepanjang jalan kenangan..

Monday, March 21, 2016

FM by JM

Assalamualaikum..

Sampul surat menjengah lagi di atas meja pejabat....setem JDT...sapa pulak yang kirim surat dari Johor...tapi tengok cop Putrajaya...hehe...misleading...

Kiriman dari blogger Jari Manis rupanya..


Dapat handmade fridge magnet Reed Flute Cave, gua warna-warni di Guilin, China...


Thank you very much, dear JM..

Dah selamat landing di peti es di rumah 


xie xie JM for making this FM exclusively for me..muah, muahh..

Saturday, March 19, 2016

25 things that make me happy


banner mesti ada

 What to do? 

Create a new post + Insert picture above 
List 25 things that make you happy 
Mention the blog that have tagged you 
Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay) 

OK, benci-benci sudah, jom kita happy-happy pulok..yang ni pun dua kali kena tag, pertama oleh adik kembar - nhhas @ Real Life Is Real, kedua oleh Fidah Shah @ White Barley...gracias.. 

What make me happy?? ..here's the list..:
  1. Masih hidup setelah 'mati kecil'
  2. Dapat makan & minum..Alhamdulillah..dapat makan free lagi happy..
  3. Dapat melihat dan membaca kalam Allah setiap hari walaupun beberapa potong ayat..
  4. Dapat bantuan yang tidak disangka-sangka di saat-saat emergency.. 
  5. Dapat habiskan belajar
  6. Dapat kerja dan gaji yang pertama...the feeling is like 'on top of the world'.. 
  7. Dapat hadiah, bonus, insentif dan yang sewaktu dengannya..
  8. Bila client happy dengan kerja kita..
  9. Dapat pandang wajah ibu bapa 
  10. Dapat kawan yang jadi pendengar yang baik dan sentiasa menasihati yang baik-baik 
  11. Air keluar dari paip setelah 'water cut' beberapa hari..
  12. Dapat travel..dalam dan luar negara 
  13. Bila pilot buat announcement untuk 'landing'..memang rasa happy sangat dan bila tayar aeroplane touch down runway..rasa nak buat sujud syukur dan dan tu jg..
  14. Dapat menyertai NGO dlm kerja-kerja amal...dapat melihat wajah2 mereka yg kita tolong...priceless..
  15. Dapat boss yang baik
  16. Dapat tengok good movies..
  17. Bila tengok bunga-bunga yang cantik
  18. Dapat hirup udara segar selepas hujan
  19. Shopping..
  20. Bila baik dari sakit
  21. Dapat menunaikan haji dan umrah..bila dapat melihat Baitullah..
  22. Dapat sahabat-sahabat alam maya yang baik hati semua..
  23. Dapat update blog...hihi..
  24. Baca komen-komen bloggers...thanks, you all make my day..
Favourite quote of the week
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam

Siapa pulak yang nak dimangsakan kali nii..huhu..pasang radar....takde nampaknya..open to all lagi...sorry ye, tak ikut peraturan..hehehe..

Friday, March 18, 2016

5 things I hate most

ditag dua kali, pertama oleh kakak penulis, Kak Paridah Ishak...kedua oleh adik kembar, nhhas @ Huda...so kena buat cepat2 ni..
 
Sesi introspektif, muhasabah diri...

1. Benci bila orang menghina agama kita - ni memang benci giler, tahap boiling point 100 darjah celcius..mungkin dia tak faham, tapi please la respect other religion..tak faham tanya..

2. Under pressure untuk siapkan kerja..dateline, dateline..

3. Benci bila nak masuk duit di Cash Deposit Machine, terpaksa buat banyak kali sebab machine tak terima note, lepas tu panjang lak queue kat belakang...rasa tertekan..

4. Trafik jam...

5. Tikam belakang dan orang bermuka-muka...rasa nak debik je..

Nak tag sapa pulak nih??..oklah, open to all bloggers..(tak mematuhi peraturan..hihi..)   

The conclusion - I hate all negative things and situation..tapi kadang-kadang, laugh out loud and you will be OK..no stress..

 

Monday, March 14, 2016

Nasi Lemak @ 11 malam

Malam-malam makan nasi lemak...pukul 11 malam pulak tu...huhu..memang menambah lemak..

Apakan daya..cravings for nasi lemak memalam buta..stress kerja kot, aritu balik ofis pukul 11.00 malam sebab temankan member ofis. Semasa berjalan ke kereta, rasa lapar pulak..tak dinner lagi. Member pun belum makan, dia buka puasa minum air je...tiba-tiba teringat nasi lemak bungkus di Kampung Baru..jom, jom...lupakan masa..


Masih ada lagi nasi lemak seringgit...sedap pulak tu..nama kedai ni Nasi Lemak CT Garden, di sebelah Kelab Sultan Sulaiman. Depan sekolah rendah Kampung Baru.


Dah lama kedai ni beroperasi, berpuluh tahun rasanya.  First time datang makan di sini dalam tahun 2006-2007, ini baru jejak kembali. Itupun ragu-ragu juga, masih ada lagi ke idok kedai ni, Alhamdulillah, masih wujud lagi. Tak perlu ragu-ragu, sayang..Kedai ni dibuka pukul 4.00 petang, tutup 4.00 pagi, memang cater untuk makan malam saja..

ambik nasi lemak bungkus seberapa banyak yang anda suka

bergerak ke bahagian lauk-pauk...perghh..banyaknya pilihan
bertray-tray, menunjukkan ramai pelanggan
semua ada - paru, kerang, ayam, daging, ikan, telur

sambal telur puyuh, rendang ayam

paru goreng & sambal tempe kacang

ikan keli goreng pun ada

pilihan kami - sambal kerang & telur mata kerbau je

the nasi lemak...enak banget!!
takde lauk tambahan pun sedap nasinya

Memang ramai pelanggan pelbagai bangsa bertali arus datang makan, beli bungkus, walaupun masa menghampiri detik 12.00 malam. Bukan senang nak cari nasi lemak RM1.00 zaman ni di KL, yang jual tepi jalan pun, nasi lemak kosong paling minima RM1.20 - RM1.50 sebungkus..

Recommended pada yang mencari nasi lemak yang murah dan sedap. Waktu niaga pun panjang, sampai kul 4 pagi. Kot-kot mengidam nasi lemak pukul 4 pagi, bolehlah ke sini ya..Jom,  jom...ppali ppali..

Tuesday, March 8, 2016

Ilmu dapur, belajar di Mydin

Assalamualaikum..

Selamat Hari Wanita..

Wanita dan dapur berpisah tiada. Entry kali ni, kita jadi spice girls...*wink* *wink*

Cuba lihat di dapur, mesti ada banyak rempah ratus dan herba - ada yg selalu kita guna di nusantara - jintan putih, jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, lada hitam, ada herba mat saleh - oregano, daun basil, rosemary, cayenne.  

Rempah-ratus menambah perisa masakan. Mempunyai nilai dagang yang tinggi, yang menjadi salah satu misi pembesar Portugis, Lopez de Squeira dalam pelayaran mereka ke Timur, menawan Melaka, untuk mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala.

Banyak juga rempah-ratus, kekacang yang baru pertama kali jumpa, jom kita belajar di Mydin Mart, RTC Gopeng. RTC stands for 'Rural Transformation Centre', pusat transformasi luar bandar..lawannya UTC..

deretan rempah ratus 

Masa ni dah dekat-dekat nak pukul 10.00 malam, tak ramai orang di Mydin...so, bolehlah jalankan aktiviti shoppping sambil belajar..on the way balik kampung masa cuti Hari Wilayah..

 Macamana nak bezakan jintan manis dan jintan putih?
jintan manis lebih kecil dan berwarna sedikit gelap dari jintan putih

kollu, di sebelahnya buah manjakani

pacha payani

sambar podi
Getah anggur - bagus untuk sakit tekak

jemuju

ulunthu - species kacang parpu

broken black matpe bean

OKlah, sekian saja sesi pengenalan rempah ratus..untuk maklumat lanjut, bolehlah google ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...