Saturday, April 1, 2017

China : Beijing - Masjid Qian Men

Assalamualaikum..

Kembali dengan misi mencari Masjid Qianmen di kawasan hutong di Qianmen. Dari Meishi Street, menyeberang jalan, sambung berjalan di Dashilan Street, sebelah barat pula.

Map yang sangat membantu perjalanan berliku mencari Masjid Qianmen

Tak jauh dari simpang, akan nampak signage yang bertulis 'Qingzhu Xiang' di sebelah kanan, masuk lorong kecik tu.

Qingzhu Xiang
 
Keluar dari Qingzhu Xiang, jumpa pondok polis di Yangmeizhu Byway. Ada dua orang lelaki tengah bersembang di tepi pondok polis. Pergi tanya kat depa, tunjuk map di atas, depalah yang suruh masuk satu lorong kecik untuk ke Tan'er Hutong. Dalam peta, memang takde lorong kecik tu.

Di Tan'er Hutong menuju ke masjid

rumah di Nanhuoshan Hutong

Di tepi rumah ni terserempak dengan seorang perempuan Muslim. Dia tunjuk arah masjid, mungkin dia pun boleh agak yang kami tengah mencari Masjid Qianmen. Alhamdulillah.

Masjid Qianmen di corner lot

sejarah Masjid Qianmen

Jom masuk, nak solat jamak Zohor dan Asar di sini. Ada dua tiga orang lelaki, sesi bercakap 'ayam dengan itik'..hihi..depa cakap-cakap cina, kitaorang jawab 'Malaysia, Malaysia'..hentam sajalah, tak faham apa depa cakap, depa tanya dari mana kot..hihi..

Lelaki tu tunjuk tempat solat, tanya tempat wuduk..'wudhu', wudhu'. Depa panggil-panggil dari luar, keluar dua orang muslimat dari dalam tempat solat.

Muslimat itulah yang bawa pergi tunjuk tempat wuduk, toilet segala..Alhamdulilah. 

Dari luar nampak kecik je, tapi bila masuk dalam, luas juga kawasan masjid ni. Ada empat lima bangunan juga dalam ni.

 tempat solat di sini

 tempat wuduk, sangat ok

 dulunya dewan solat, sekarang dah jadi store

 tempat simpan barang-barang

Solat sudah, nak pi cari makan pulak. Keluar dari pintu masjid, bincang depan masjid, nak patah balik ke Dashilan ke atau nak ke Niu Jie. Kalau ikut itinerary, lepas ni nak pergi Niu Jie, tempat ramai orang Islam. Ambik keputusan cancel pi Niu Jie sebab hari dah hampir nak gelap, nak pi sana jauh juga nak berjalan ke stesen metro.

Tiba-tiba, seorang lelaki pakai kopiah putih keluar dari rumah depan masjid. Jumpa dia ni tadi dalam kawasan masjid.

Tanya kat dia..tunjuk aksi makan, 'halal, halal'. Dia jawab, takde restoran halal kat kawasan hutong, kena gi Niu Jie. Dia mintak handphone, taip no. 48, kendian tunjuk arah nak ke jalan besar. oo..naik bas no. 48 ke Niu Jie, tunggu bas di jalan besar. 

Teruskan hasrat ke Niu Jie, Alhamdulillah..tak yah jalan jauh ke stesen metro.

 jalan melalui Beihuoshan Hutong untuk ke Meishi Street

Dari Masjid Qianmen, ikut je Tan'er Hutong, arah ke atas, sampai Beihuoshan Hutong, corner kanan dan jalan terus ke Meishi Street. Sampai di Meishi Street, corner kanan dan akan nampak ramai orang beratur untuk tunggu bas depan kedai ni.
 tunggu bas no. 48 depan bangunan ni

Dari Masjid Qianmen, nak ikut Qudeng Hutong tu pun boleh juga, akan tembus ke Meishi Street juga. Sanming Tea Art tu kedai kopi kampung..hihi..

Pengalaman berjalan-jalan di hutong yang 'non-commercialised' membuka minda. Tempat tinggal rakyat marhaen. Tak tau nak describe macamana, lebih kurang suasana macam kawasan perumahan flat kos rendah di Malaysia.

Kawasan sempit, dengan basikal, kereta parking ditepi-tepi lorong. Persekitaran kebanyakannya kotor dengan sampah-sarap merata-rata. Anjing-anjing berkeliaran tapi anjing di sini takde lah garang, well-behaved, tak peduli orang..lega rasanya bila sampai di Meishi Street..

Bersambung 

20 comments:

  1. KAWASAN PINGGIR BANDAR TENTU TERABAI SIKIT TAPI MASJIDNYA TERJAGA OK SGT TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni kira dlm bandar jg, kak, tapi rasanya penduduk di sini tak brp menjaga kebersihan..Alhamdulillah, kawasan masjid terjaga elok..

      Delete
  2. Teringin sangat nak jejak ke sini suatu hari nanti. Dia orang pun mesti seronok jumpa muslim dari negara lain. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun rasa seronok jumpa Muslim di sini, negara yg Islam ialah minoriti..

      Delete
  3. Hutong yang popular dengan pelancong biasanya bersih dan terjaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..maklumlah tempat pelancongan..

      Delete
  4. Assalamualaikum Nohas
    Kalau ada rezeki mesti nak kesini jugak
    Best macam2 misi boleh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Kak Noor..
      byk tempat menarik di beijing..mcm2 misi boleh buat..hihi..

      Delete
  5. Dah balik dari beijing....dari x jadi nk ke niu jie tu alhirnya lena pegi jgk ehh.. biasa lat masjid senang cari mknan halal..sib baik pakcok kopiah tu bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah balik on 12/3..syukur, ada pakcik kopiah tu bgtau no. bas ke Niu Jie, kalau tak mmg nak cancel dah..hihi..

      Delete
  6. Masa Wa pergi dulu...tak sempat tengok masjid ni sebab diorang renovate....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi lagi sekali nampaknya...hihi..

      Delete
  7. kak nor buat saya rasa nk g china.

    hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi akak, Beijing ok nak pi travel backpacking..

      Delete
  8. simple je masjidnya. pengalaman yang menarik tengok masjid org cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjidnya simple je, tempat solat pun kecik, tak ramai kot Muslim di kwsn hutong ni..

      Delete
  9. best, tapi kelakar pun ada bila jumpa local yang beriya nak tolong walaupun cakap macam ayam ngan itik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian jgk tgk depa beria-ria ckp cina, kita pulak tk fhm..guna bhs isyarat je, asalkan fhm..hehe..

      Delete
  10. mencabar juga nak mencari-cari dengan laluan lorong2 hutong ni,Alhamdulillah rmai mbantu mjejak masjid Qianmen tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk dlm peta mcm senang tapi bila on site rasa keliru..hihi. sbb ada hutong tkde nama jalan..kalau ada pun dlm mandarin..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...