Monday, September 11, 2017

Ketika hujan @ Jalan Sultan

Assalamualaikum...sambung kisah ''ada kerja di Jalan Sultan". Site inspection di the 5 Elements Hotel dan Kompleks Selangor. Jalan Sultan ni di kawasan 'Petaling Street'.

 the 5 Elements Hotel & Kompleks Selangor
 
Dah habis kerja, hujan turun..terpaksalah tunggu hujan berenti, "seriat" kata orang utara. Payung tak bawak, kalau tak, boleh 'walking in the rain'. Tak bawa kereta, datang naik teksi. Tak tau nak buat apa, mundar-mandir dalam bangunan..sesekali melempar pandangan keluar..

Tiba-tiba ternampak ni..di seberang jalan..

 Coffee Amo
ingatkan nak gi mengopi, sekali tutup daa..

 Boring pulak, mula mengorak langkah, keluar bangunan, berjalan ikut kaki lima kedai, tanpa arah tujuan. 

 Chinaz Cafe @ the 5 Elements Hotel

 Mingle cafe


masih kekal pre-war shop

Berdiri di tepi Mingle Cafe, tiba-tiba terasa back to 70's bila terpandang ini..

wahh..old-school..

Kedai jahit Kwong Fook Wing

Teruja nak pi survey kedai ni...so vintage..sangat klasik..


 seterika lama yg guna arang

 mesin jahit lama

Bangunan pun menarik, bentuk tigasegi macam ni

Berpatah balik, hujan masih belum berenti. Masuk kedai buku pulak, kedai buku cina, cuma ada satu rak kecil je untuk 'English section'. Tak banyak buku English dan Bahasa Melayu..

To kill time, belek-belek buku di sini..menarik juga..curi-curi snap gambar..

tak sangka jumpa buku-buku berjudul begini di kedai buku ni

 teruja jumpa buku ni - kenangan masa kecil

Main lereng - macam best, tak pernah main

Till then, happy Monday..

30 comments:

  1. Dalam takde apa2 rupanya banyak apa2 kan.. menarik juga.

    ReplyDelete
  2. best..ade lagi bangunan klasik kat bandar camtu... sama cam bila blk Kuching..berjalan tgh bandar, teringat kenangan masa kecik2 dulu..bangunan lama.. seindah suasana time tu..,. skrg zaman dah moden..perlahan2 satu persatu kenangan tu dibawa pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jg bangunan dah dirobohkan dan dibina bgn moden..kt Kuching masih banyak lg bgn lama..mmg best jalan2 dlm old town Kuching..

      Delete
  3. Saya berpuluh-puluh tahun dah tak masuk Petaling Street. Sesak dan takut jugak nak ke sana. Khabarnya ramai pendatang di situ dan area sekitarnya. Eh! Kota Raya Mall tu ada lagi ke? Dan bangunan panggung wayang Rex tu... masih wujud?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kotaraya ada lg, kak..tp tak tau dlm tu ada lg tk kedai2..hihi...dulu kwsn tmpt bermain, tunggu bas metro ke Subang Jaya..mmg betul, ramai tourist & pendtg di kwsn ni...

      ada panggung wayang Rex ke kt sini? yg tu tau plk..panggung wayang lama yg masih wujud kt KL ni - Odeon, Coliseum & Federal..

      Delete
    2. Panggung wayang rex tu di belakang deretan kedai2 depan kotaraya. senang citer kat trafic light tu je.

      Delete
    3. kalau kt situ, dah takde, kak..

      Delete
  4. wah legend sungguh bangunan2 kat sini. semua stail zaman omputeh dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. old school..ntah tahun bila dibina, nmpk kukuh...

      Delete
  5. Cantik gambar2 tu...macam kembali ke zaman lampau...

    ReplyDelete
  6. Klasik sangat, semoga terus dihargai :)

    Oh main lereng? Pertama kali dengar, main rolling tayar basikal dengan kayu... mesti banyak keluar peluh main game ni. Menyihatkan sungguh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih kekal walaupun kwsn sekitar sudah byk dibangunkan semula...

      main lereng..hihi..permainan guna apa yg ada..

      Delete
  7. Memang menarik bentuk bangunan tu segi tiga. :) tang buku tu err.. memang tak sangka gak eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan klasik...betul tu, mmg tak sangka buku2 ni dijual di kedai ni..

      Delete
  8. Semalam saya lalu area tu. Tak perasan pulak.
    Next time boleh pergi lagi. Beli bawa balik.

    Tapi nanti sejuk pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time boleh try, singgah makan..bawa balik, boleh panaskan....

      Delete
  9. assalamualaikum...

    akak... ogenkidesuka

    ReplyDelete
  10. lamanya tak datang komen sini...

    ReplyDelete
  11. kalau g Kole... harusle makan laksa kole....

    pastu suka ni roti yang tepi sungai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti tepi sungai?? belum cuba lg..
      laksa kole mmg tk tinggal..

      Delete
  12. Tengok gambar pun rasa macam kembali ke zaman lampau.. Menarik bila berjalan kaki.. Macam-macam boleh dilihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada lg suasana mcm ni di tengah2 kotaraya Kuala Lumpur..time stands still..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...