Sunday 29 October 2017

Masjid Muhammadiah (Masjid Cina)

Assalamualaikum...

Sesi ziarah masjid lagi. Kali ni Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid ni dikenali juga sebagai Masjid Cina.

 masjid berciri senibina cina



Jom masuk..suka pulak tengok masjid berwarna merah. Rasanya masjid-masjid di Xián dan Beijing pun takde yang warna merah macam ni. Warna merah dan budaya Cina berpisah tiada..

 ruang solat di luar

ruang solat utama
cantik..gabungan warna merah dan putih

 siling bercorak bunga

sejarah penubuhan

Masjid Muhammadiah telah dibina diatas sebidang tanah kurniaan Kerajan Negeri Perak diatas Lot 70406, Taman Tasek Jaya, Ipoh, berkeluasan 3776 meter persegi (40644.524 kaki persegi). 

Bagi menzahirkan imej sebuah Masjid Cina Muslim di Bandaraya Ipoh, masjid ini telah dibina dengan senibina Cina sepenuhnya. Atapnya diimport dari negara China, malah kerja-kerja pemasangan atap tersebut dipandu oleh seorang juruteknik dari negara Tanah Besar itu.

Tujuan utama penerapan seni bina tersebut adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilang kaum negara ini bahawa Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum selama mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, sebagaimana juga Islam tidak menghalang pemantapan bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.

Jom melawat kawasan masjid yang indah...


 pintu masuk macam pintu kota

  bonsai


 taman bunga

 tempat wuduk

 panda...mural dalam bilik air

 pintu

 comel jer


 menara azan

Habis sesi ziarah masjid, kita ke kawasan kedai yang mengadap jalan besar, nak makan mee rebus Ramli yang femes tu..

 Restoran Mee Rebus Ramli di Taman Tasek Jaya

 Mee rebus special, ada udang
Ingatkan udang dalam kuah, rupanya udang goreng bersalut tepung
macam tak berapa nak masuk dgn mee rebus  
kalau cili hijau lagi best

Harga semangkuk mee rebus biasa ialah RM5.10; udang goreng tu RM3.70
The verdict: terbaik, memang sedap kuahnya. Cili merah tu kalau ganti dengan cili hijau lagi best, rangup je..

Tamat sudah sesi lawatan ke Taman Tasek Jaya, kalau ke utara jangan lupa singgah di sini..   

36 comments:

  1. MASJID CINA DGN SENIBINA YG UNIK BERSEDI BUDAYA...WAH SEDAPYA MI UDANG RAMLI..UDANG GORENG TEPUNG RATAH JE ENAK TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. seni bina cina..lain sikit dari masjid2 yg biasa kita tengok...udang goreng tu mmg ratah je, kak, nak bubuh dlm kuah rasa lain pulak..

      Delete
  2. Kita semua bersuadara.

    Teringin juga nak solat di masjid tu kalau kesempatan ke sana. Di melaka ada se buah masjid sebiji macam bangunan di negri cina. Saya kerap singgah dinsitu bila ke selatan. Dia berhampiran stadium baru melaka.

    Kat sini tak boleh upload pic. Kalau boleh saya kongsi gambar masjid tu. Masjid tu memang cantik.

    Kalau udang tu dimasak sekali dgn mee kuah dia lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu Masjid Cina Negeri Melaka di Krubong...dah tengok gambarnya, mmg cantik, ada menara pagoda..

      itulah udang tu kalau sekali dgn kuah, lagi sedap..

      Delete
  3. woaaa tak pernah tahuuu pun. bestnya terjah2 masjid.. memang digalakkan pun kan kita jejak kaki ke masjid-masjid yang berlainan. cantik and rasa macam China pun ada.. siap panda lagi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg akk tau ada 3 masjid cina di M'sia..masjid beijing di kelantan, yang ini dan satu di melaka..dah tahu, bolehlah singgah & makan mee rebus sekali...feeling2 kt China..hihi..

      Delete
    2. wooo yes yang kat Kelantan tu macam pernah lalu tapi tak sure masjid ke apa masa tu. menarik. betul ada kesempatan kena singgah =)

      Delete
    3. dulu pi rombongan ke Kelantan, ada ura2 nk singgah Masjid Beijing, tapi tak kesampaian, tak cukup masa, membeli-belah di Rantau Panjang lama sangat..hihi..

      Delete
  4. Kalu silap2 pandang Masjid Cina ni macam kuil kan..
    Sebab ada tulisan Cina..tanglong pelagi yang peti pos merah tu..

    Bila ternampak menara azan tu baru lah nampak Masjidnya..

    Subhanallah cantik sangat..tak kiralah apa bentuk reka ciptanya..yang pasti rumah Allah didalamnya tempat umat Islam mengadap sang Penciptanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sebagaimana tujuan senibina masjid ni, Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum lain kalau tidak bercanggah dgn ajaran agama Islam..

      cantik senibina masjid ni.,.lain sikit..

      Delete
  5. Wah baru tahu. Kalau tengok sekali lalu dari luar je, boleh fikir tu bukan masjid huhuhu... thanks for sharing sis :D

    ReplyDelete
  6. Cantik pulak masjid warna merah. Selalu kita tengok dlm masjid musti hijau. Tp kalau sekali lalu pandang mmg tak sangka itu bangunan masjid. Was2 gak nak masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna merah yg menarik...di sini kita biasa masjid berkubah, bila nmpk senibina cina mmg rasa was2..tapi kt atas pintu gerbang ada tulisan nama masjid..

      Delete
  7. Cantiknya seni bina masjid tu..
    Memang sangat berunsurkan cina...

    Isshhkkk...lapar la pulak tengok mi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina yg menarik...warna merah..
      mi rebus yg sedap...

      Delete
  8. teringin nak ke sana n solat juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang Perak...cuti sekolah boleh jalan2..

      Delete
  9. Nanti nak ajak suami gi sinilah.. Mee rebus tu sha pernah makan.. Memang sedap..

    ReplyDelete
  10. menarik...senibina yang unik.

    walaupun senibina cina namun unsur-unsur keislaman masih terpelihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina yang menarik perhatian...tujuan asal sebagai tempat beribadat org Islam tetap terpelihara..

      Delete
    2. yalah..itu yang sebaiknya.

      Delete
  11. Saya baca ni dua kali. Ingat tadi sambungannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk sikit akhir2 tahun ni..x sempat nak update blog..

      Delete
  12. Subhanallah lawa... mcm di China pula

    Jemput singgah baca tips suami isteri yang masih menanti kehadiran cahaya mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain dari yg lain...

      thanks, akan berkunjung ke sana..

      Delete
  13. lama tak singgah tasek lps hbis study. rasanya masjid ni dh lama kt situ. nasib dh lunch hehe tak terliur ☺️☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh lama kan, tp akk baru singgah tahun ni..huhu..bila balik kpg terus je ikut highway..ini kali baru melencong masuk dlm..

      Delete
  14. Colourful negara kita dgn bbgai bgsa dan budaya,rare msjid ni,macam masjid cina di melaka,anak buah nikah di situ,mmg rasa unik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepelbagaian senibina masjid di Malaysia..ada masjid cina, masjid jamek, ala-ala melayu, arab..

      tentu menarik gambar2 nikah..seindah masjidnya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!