Wednesday 29 November 2017

Pelaburan Patuh Syariah

Assalamualaikum....

Hari Sabtu lepas sempat berkunjung ke Kuala Lumpur Convention Centre, jalan-jalan cari ilmu pelaburan di Syariah Investing Fair, dengan tema 'Live Responsibly, Invest Responsibly, Invest Syariah'.
 

Pelaburan sebagai 'side income' untuk mendapat 'capital gains'  daripada kenaikan harga saham/hartanah/komoditi/emas dan juga pendapatan pasif bulanan/tahunan dalam bentuk sewaan hartanah, bonus dan dividen. 

Ada juga yang menjadikan pelaburan sebagai pendapatan utama mereka dan sudah tentu mereka mempunyai portfolio pelaburan yang pelbagai untuk menjana pendapatan.

Ilmu tentang pelaburan sentiasa menggembirakan minda. Diantara blog yang banyak saya pelajari mengenai ilmu pelaburan ialah 1-million-dollar blog. Rasanya semua jenis pelaburan di dalam dan di luar negara ada ditulis di dalam blog ni.

Boleh dirumuskan pelaburan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia ialah unit amanah dan saham ekuiti di Bursa Malaysia.  

Ada pelbagai jenis pelaburan lain seperti pelaburan emas/perak, sukuk/bond, skim persaraan swasta, derivatives/futures, unit amanah hartanah (REITS), pembelian hartanah dan skim insuran (investment-linked insurance).  Yang lain, yang tidak kurang popular juga ialah simpanan tunai di Tabung Haji, simpanan tetap dan simpanan bank (akaun simpanan/semasa).

Yang baru saya tahu ialah Exchange Traded Fund (ETF) atau Dana Dagangan Bursa. Lebih kurang macam unit amanah tapi didagangkan di bursa saham.


Sebagai seorang Muslim, memilih pelaburan patuh syariah merupakan salah satu cabang ibadah kerana mencari sumber rezeki yang halal adalah wajib bagi umat Islam. Dengan memilih pelaburan patuh syariah, kita boleh mengelak daripada terlibat dengan unsur-unsur riba, gharar (tidak jelas/penipuan) dan al-maisir (perjudian).

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
mengawalselia perkara berkaitan sekuriti dalam melindungi pelabur

Ada forum dan ceramah pelaburan tapi semua tak pi dengar, sebab dah lama bermula..cuma sempat dengar forumer tu sebut sistem Ponzi..

 
Game time
  

Apa yang saya dapat di Syariah Investing Fair: 
 
  • Jawab questionaires Securities Commission: dapat beg, note pad, pelekat kereta, buku2 kecik ni..ada banyak pamphlet, tapi malas nak ambik. 

 
 cara-cara membeli saham melalui ilustrasi kartun
 
  • Dapat ejen baru untuk unit amanah Pelaburan MARA..dah lama beli, tak ingat ada ejen ke tak, ke dah meninggal, teman pun tak tau...ejen baru  tanya, untung ke tak? entahlah, tak ambik kisah, semua dividen re-invest...ejen tu cakap boleh tukar-tukar fund, nak aggressive, balance, conservative, global.. 
  • Dapat tau yang Bank Islam pun ada unit amanah...huhu..suratkhabar the Edge bertimbun atas meja, dalam tu ada Lipper Fund Table sampai 3 mukasurat, ada senarai semua jenis unit amanah, siap ada ranking sekali, tapi tak pernah nak baca...sorang ejen datang promote, entahlah..dah malas nak beli unit amanah.. 

Rasanya itu saja yang perolehi, tak produktif sangat. Ada banyak booth tapi macam malas nak bertegur-sapa, beramah-mesra...last-last suh beli produk depa...     
             
Sebenarnya banyak produk pelaburan patuh syariah yang berada di pasaran. Keputusan dan tindakan di tangan anda...'live responsibly, invest responsibly'..kita di akhirat adalah hasil dari hidup kita di dunia... 

11 comments:

  1. Replies
    1. ya, betul..pastikan yg berdaftar dgn ROC, SC, BNM & KLSE..

      Delete
  2. Sejujurnya memang menarik..

    Saya suka juga bidang pelaburan.

    Namun kesukaan saya lebih lagi dalam bidang BISNES ilmu..

    So bagus juga tuan ada kesempatan untuk pergi ke tempat begini ..

    Cungkil ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg boleh dipelajari dari event mcm ni, kena rajin dgr talk, forum..lawat booth..

      ilmu bisnes pun menarik..

      Delete
  3. Sekarang sudah ada banyak pilihan untuk membuat pelaburan yang patuh shariah..
    Cuma kena study siket yang mana memberi lebih keuntungan dan prestasinya stabil

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dah banyak pilihan,..unit amanah, stock & sharea, etf, byk dah 'syariah-compliant'..itulah keputusan & tindakan di tangan kita..

      Delete
  4. byk pilihan pelaburan kena pandai pilih saja.. byk info kalau pi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk yg dah offer 'pelaburan patuh syariah' kena pandai cari & ada modal..
      kena duduk dengar forum, talk, boleh dapat byk info..ahli panel pun best2..

      Delete
    2. mcm tu kna luangkan masa dan cari masa baru boleh join semua kalau tak nganga jelah bila org ckp

      Delete
    3. ya, betul..pencarian ilmu pelaburan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!