Friday, 1 December 2017

Burger kerbau

Assalamualaikum..

Haritu teringin nak makan burger, sampai di rumah, jalan kaki ke gerai burger. Mula-mula order empat burger ayam, belanja anak-anak saudara datang rumah. Bila tengok menu, ada tulis 'buffalo'..

buffalo = kerbau

Wah, first time ni...teringin pulak nak rasa. Order satu kerbau, lain kali, kita cuba pula burger rusa dan burung unta. Harga burger kerbau RM3.50.

 burger kerbau in the making

 sedia untuk dimakan

Oklah, sedap juga. Mungkin dah diproses jadi daging burger, ditambah pula dengan sos cili dan mayonis, tak terasa sangat ke'kerbau'an nya, mcm daging lembu rasanya. Kali kedua ni makan daging kerbau, pertama kali, kenduri di Pahang.

Bagus juga mengkomersilkan daging kerbau macam ni. Dapatlah makan daging kerbau, kalau tak, susah nak jumpa daging ni. Keluaran Ramly Burger.  

Jom support keluaran Bumiputera, halalan toyyiban.

22 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul, sis :)

    Ohoo... baru tau ni Ramli Burger ada keluarkan buffalo burger patties. Boleh try ni kalau jumpa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maulidur rasul..

      Akk pun baru tau, first time mkn burger ni..

      Delete
  2. Esok-esok ada pulak burger itik, rusa dll... hehe

    ReplyDelete
  3. SALAM MAULIDUR RASUL...MMG SEDAP DAGING KERBAU NI APALAGI DIBUAT BURGER.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul, Kak PI...kali kedua makan daging kerbau, sedap jg..

      Delete
  4. ramly burger ni brand paling fames utk bt burger tmbah2 ada patty baru.. xpernah mkn lg kerbau 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai peniaga burger guna brand ni...akk pun first time mkn burger kerbau..huhu..

      Delete
    2. beli dan bt sendiri la hehee sbb kt sini xjumpa lg yg jual kerbau

      Delete
    3. jarang jumpa yg jual burger ni..mngkin baru di pasaran..

      Delete
  5. Daging kerbau sebenarnya sedap, kecik2 dulu selalu makan lauk daging kerbau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang dpt makan daging kerbau...dah buat burger mcm ni, mudah nk beli..

      Delete
  6. Saya lebih suka daging kerbau kalau dibanding dgn dging lembu tapi burger kerbau belum pernah rasa.

    Daging rusa liar lagi sedap tapi rusa sekarang yg dibela dah makan dedak. Not that sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa daging kerbau jual kt pasar...yg liar & exotic selalunya lebih sedap - ayam kpg, rusa, landak...mngkin tkde chemical..

      Delete
  7. Daging kerbau kasar dan keras sikit dari daging lembu... mungkin sebab kerbau ni banyak buat kerja berat kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja berat, otot2 terbina...bila diproses jd patty burger, dah mcm daging lembu rasanya...

      Delete
  8. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, thanks for coming here and leave a comment..will contact you via the e-mail given..

      Delete
  9. Kalau kat kenduri Pahang, memang selalunya makan daging kerbau.
    Buger kerbau saya tak pernah jumpa lagi kat sini...boleh jugak cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time makan daging kerbau kt Pahang...byk kerbau di sana kot..
      rasanya burger kerbau ni baru keluar..tak banyak yg jual lg..

      Delete
  10. pernah makan daging kerbau, daging rusa pun sedap.. tapi klu buat burger tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging rusa tak pernah cuba lg...burger kerbau jarang orang jual..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...