Friday 28 December 2018

Rumah Tok Penghulu @ Kuala Lumpur

Haritu jalan-jalan melawat kawasan di Jalan Conlay, tetiba sampai di rumah tok penghulu, erkk..terperanjat jugak teman, tetiba jumpa rumah tradisional Melayu di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas di kota metropolis Kuala Lumpur. Rumah tok penghulu pulak tu...terasa kembali ke zaman silam..sangat klasik..

Rumah Penghulu Abu Seman.


Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

Lokasinya di No. 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Depan Hotel Royale Chulan.

lokasi

Di dalam kawasan yang sama ada sebuah banglo kolonial yang dijadikan pejabat Badan Warisan Malaysia. Halamannya luas dan terjaga rapi.


pusat warisan

Rumah Penghulu Abu Seman di sebelah kiri. Tertulis dekat pagar tu, pukul 11.00 pagi ada 'guided tour', bayaran RM10. Masa sampai di sini, dekat pukul 11, tapi takde pelancong, so takde lah 'guided tour'. Snap gambar dari luar je.

dari Kedah rupanya

menggamit nostalgia tingkap ni

besar gak rumah ni - berangkai-rangkai

 bahagian anjung

bahagian tengah

 bahagian dapur

Menarik rumah ni, rumah tradisional di tengah-tengah bandaraya, dikelilingi bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. so cool. Mungkin satu hari nanti, nak gi masuk, melihat bahagian dalam rumah pula.

Yang ni pula berkenaan dengan banglo kolonial

maklumat mengenai banglo kolonial yang dibina pada tahun 1925
 


Menarik juga dua-dua rumah ni kalau dapat dilawati. Tetap teguh walau beralih zaman..

Friday 21 December 2018

Nate, Rimau

Assalamualaikum...

Haritu ada singgah makan di Nate Cafe di Oasis Corporate Park, Ara Damansara. Cafe yang di-introduce oleh travel blogger Supermeng Malaya.

Nama restoran ni mengundang keliru, mungkin nama manusia "Nate"..tak mungkin hok yang tu...whatever lah, whatever, ever, ever..


Bila dah tahu ada restoran ni kat area Oasis, lepas hantar report di Oasis Gallery, terus je ikut jalan menuju ke Citta Mall, nampak signage Oasis Corporate Park, maju ke depan, tengok ramai yang parking di tepi jalan, kita pun ikut parking di tepi jalan, depan restoran ni. 

Nak lunch di sini tapi dah hampir pukul 3 petang, lauk-pauk nasi campur dah banyak habis. Sebab nak cepat, ambik je lah apa yang ada. Ada jual nasi kerabu juga, tapi macam mahal, nasi kerabu biasa je harga RM8.00.

 cantik deko restoran ni
 
lama tak tengok  sangkar ayam 

suasana yang cozy

Malas nak ambik gambar makanan, nasi + ikan goreng je. Overall, sedap masakannya, sedikit overpriced, tapi biasalah restoran macam ni kan. Mana nak sama dengan harga gerai, harga pasar malam.

----------------------------------------
 
Hari Khamis lepas, site visit ke Cyberjaya dan Putrajaya. Dah lama tak jejak kaki di sini. Sesat barat dari Cyberjaya ke Putrajaya, guna waze pun boleh sesat..hehe..Alhamdulillah sampai juga di parkir awam di sebelah Istana Kehakiman.
 
Dah habis kerja, tengok ramai peniaga dah mula buka meja, rupanya ada berjualan di sini, di antara bangunan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan DCA - Department of Civil Aviation. Jalan-jalan cari lunch, singgah di Cafe Rimau ni.

aum, aum..Harimau Malaya kami selalu ada


kembali hot ...KJ..

for the good cause..membantu mereka berdikari

jam menunjukkan pukul 11.20 pagi
awalnya cari lunch, hihi..terlanjur datang sini

 
 tempat lepak
 
 butter cake and latte
minuman harga RM8.00...takpelah, membantu belia autism
 
Kalau ke KBS, bolehlah membeli dan beri sokongan pada pemuda ni. Ada jual sandwiches dan kuih-muih. Untuk sarapan, tea break.

Happy weekend, cheers..

Monday 17 December 2018

MY NISS @ Empire City

Assalamualaikum...

MY NISS? MY NISS stands for Malaysia National Ice-Skating Stadium. Tempat meluncur ais di Empire City. New kid on the block, join Sunway Pyramid dan IOI City Mall. Tapi takle baru sangat, tahun lepas dah dibuka untuk venue Sukan SEA.
Bangunan MY NISS @ Empire City Mall

Haritu ada site visit di Empire City, buat penilaian salah satu bangunan di sini. Ingatkan dah siap sepenuhnya Empire City ni, rupanya belum lagi.  Lokasi Empire City di Damansara Perdana, berdepan dengan Empire Damansara, di tepi Lebuhraya Damansara-Puchong. 

Empire City ni dianggap sebagai 'massive commercial project' - ada 11 bangunan semuanya. Yang dah siap sepenuhnya: Corporate Tower - Block H and G dan hotel/serviced apartment - Halo Sunday, Marriott Hotel, My Loft.

EMPIRE CITY is an integrated lifestyle commercial development where the past meets the future as old architecture styles are combined with modern architecture designs. This creates a unique world at EMPIRE CITY as each façade design is remarkably distinctive.

 colonial retail street

Retail street mall masih belum dibuka, yang ni nak tengok sangat macamana rupanya. Nampak dah siap tapi masih belum dibuka.
 
Pernah datang sini tahun 2014. Masa tu masih lagi dalam pembinaan. Klien nak beli satu bangunan pejabat di sini.

 tahun 2014

Site visit kali ni pun belum siap sepenuhnya lagi. Nak masuk ke bangunan pejabat dari basement 2 kena naik eskalator di MY NISS untuk ke tingkat LG2. Lif pejabat hanya beroperasi dari tingkat LG2.

jom masuk

MY NISS dalam kompleks membeli-belah, Empire City Mall. Masih belum beroperasi sepenuhnya tapi ada beberapa kedai dah buka. Seram gak, lampunya suram je, dahlah tak ramai orang. Kod warna retail mall ni - hitam dan batu-bata yang tidak disimen (unplastered brick walls).

 
dua restoran Thai - Boat Noodle & My Tuk-Tuk

Ikut Concourse Level, dari jauh dah dengar bunyi bising dan muzik dimainkan, cari lorong ke stadium meluncur ais.

pemandangan dari concourse level

MY NISS ialah venue untuk sport 'figure skating' masa Sukan SEA tahun 2017. Ralit tengok mereka meluncur. Ada yang dah pro, ada yang beginner, yang amateur, coach masih bagi latihan.

coaching

bahagian hoki ais

on ice

ralit juga tengok tv kat atas tu

figure skater dari Malaysia - Julian Yee Zhi-Jie
peserta Winter Olympics di Pyeongchang, South Korea
best tengok dia ni, gaya seorang pro

Level concourse ni banyak restoran - PIzza Hut, KFC, Subway, restoran Jepun, Korea, My chicken Rice, Secret Recipe, banyak lagilah. Dah pukul 12 tengahari, jom kita early lunch, lepas ni nak pergi site visit tempat lain pula.


steamboat - Thai Suki

desert

steamboating sorang-sorang


spinach noodle


Sebelum tu, jalan-jalan kat luar sebab nak snap gambar bangunan pejabat.


ada outlet  O'Briens sandwich

belum siap


 tower apakah ini?

Nanti bolehlah revisit tempat ni, bila semua retail street dibuka. Check it out.

Thursday 13 December 2018

Kenangan 81218

Assalamualaikum...salam reformasi perjuangan..

Hihi..nak juga letak gambar kat sini, buat kenangan. Ini dari lensa sendiri, yang dalam whatsapp, memang banyak. Bersama meriahkan himpunan ter-aman ICERD di ibukota hari Sabtu lepas.  

08.12.18. tarikh keramat. Demonstrasi pertama di era kerajaan baru. 
 
 Bermulanya di sini..di stesen LRT Sentul Timur
menyahut seruan kerajaan, beramai-ramai naik pengangkutan awam

semakin ramai

pemandangan awal
dataran merdeka tutup? ada renovation? no worry

hot spot - stesen Masjid Jamek

if you cannot beat them, join them

cantik signage ni, ada tulisan jawi khat
harap2 kekal, jangan ada yang komplen

yang wajib tidak ditinggalkan, masjid dah penuh

macam2 sepanduk

sempoi! tenang dlm pembaringan
hangpa nak havoc ka, nak pekik ka, tetap lena

bergerak pulang

bangunan warisan dan lautan manusia

we make it!!

Ini bukan pertama kali join demo jalanan bukan budaya kita. Pertama kali ter-join demo masa zaman reformasi, mata lebam. Dahsyat sungguh, memang betul-betul tunjuk perasaan. Sapa PM masa tu erkk? haha..

Masa tu handphone tak wujud lagi, Sebaran maklumat sangat terhad. Time tu pulak ada kelas di Masjid Negara. Sib baik baru nak keluar dari bangunan, tetiba nampak orang ramai (kebanyakan lelaki lah) bertempiaran lari dari arah Dataran Merdeka ke Masjid Negara, ke Dayabumi. Rupa-rupanya kena kejar dengan FRU, dengan kereta kebal FRU. Bunyi siren FRU menggerunkan betul!! Ini betul-betul demonstrasi jalanan, yang kena tangkap dengan FRU, duduk dalam Black Maria. Ada juga kawan2 yang saya kenal, yang jadi OKT (Orang Kena Tahan). Kesian pasangan suami-isteri tu, asyik kena gi mahkamah, kena bicara, Alhamdulillah, akhirnya, lepas macam tu je..ramai sangat OKT. Tak muat penjara kalau nak sumbat semua. takpe, itu semua luka-luka kecil...aarrgghh...now he is xx-in-waiting.

Kali kedua - demo mansuhkan ISA, yang ni kena sedas gas pemedih mata dekat Sogo. Water cannon raining. Terus ballik ofis, sambung buat kerja.  Ada coretan kenangan di entry Sabtu Yang Merah.

Kali ketiga - Bersih 1.0. Yang ni cuma tengok dari stesen LRT Bandaraya, takleh keluar. Tengok dari atas je mereka bertempur dengan FRU. Lepas tu jalan kaki ramai-ramai ke Istana Negara yang lama..

Alhamdulillah, perhimpunan ni yang teraman, great minds think alike...hihi..kita kawan-kawan, tak mau lawan..sesekali rebel with a cause..xoxo..