Tuesday 27 February 2018

Penang : Galeri Melayu dan Jawi Peranakan Mansion

Misi yang gagal. Mencari nasi dalcha. 

Di Jalan Hutton.

Tapi lain pulak yang dijumpai - Galeri Melayu Pulau Pinang.

 Galeri Melayu Pulau Pinang


Menarik ni, jom masuk. Bentuk bangunan lebih kurang Segara Ninda juga. Rumah ni dikenali sebagai 'Rumah Teh Bunga'.

 masuk adalah percuma

 mencari susur galur orang Melayu di Pulau Pinang

Siapakah yang membuka Pulau Pinang? Francis Light? huh..sejarah harus ditulis semula.

 fakta mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh orang Melayu

Haji Mohammad Salleh atau nama sebenarnya Raja Nan Intan ibni al-Marhum Tengku Pateh Sebatang dari Paya Kumboh, Sumatera, ialah peneroka terawal Pulau Pinang setelah mendapat perkenan Sultan Kedah untuk membuka penempatan di Batu Uban sekitar tahun 1730an.

 rumah-rumah warisan milik orang Melayu di Pulau Pinang

 dokumentasi seni bina rumah Teh Bunga

 ruang makan

 tangga kayu & grandfather clock

mangkuk tingkat 

 senarai kuih-muih Melayu Pulau Pinang

Sekejap saja melawat galeri ni, meneruskan perjalanan menyelusuri Jalan Hutton, jumpa restoran Pokok Ketapang. Singgah makan nasi kandaq.

Jalan Hutton ni juga dikenali sebagai 'Malay millionaire row' pada zaman dahulu kala. Sebab apa? sebab di jalan ni banyak terdapat rumah-rumah agam milik orang Islam.

Salah satu nya ialah Jawi Peranakan Mansion ni. Dari jauh dah nampak menariknya senibinanya.

Jawi Peranakan Mansion

Jawi Peranakan Mansion juga merupakan heritage boutique hotel. Upper class, menarik sangat hotelnya. Melihat gambar-gambar dalam website, terus jatuh cinta pandang pertama.

 nicely refurbished boutique hotel

"The building is an eclectic mix of the 18th/19th century British architecture and Muslim design features from the Mughal times accentuated with Indian ethnic motifs."

Gambar-gambar dari website..www.georgetownheritage.com

 plantation shutter window with Adam's wheel arches

Mansion villa

Mansion suite 

 balcony

Awesome, hasil sentuhan kreatif, Chris Ong, a former Sydney banker turned international hotelier. Harga bilik pun awesome juga, diantara RM450 - RM500.

Di sebelah Jawi Peranakan Mansion, ada dua buah rumah kedai yang lebih kurang sama senibinanya.

proposed extension of Jawi Peranakan Mansion dan juga cafe

cantik rumah ni

Ok, habis sudah sesi meneroka rumah agam Melayu di Georgetown. Ada lagi satu tempat yang menarik tentang Jawi Peranakan iaitu the Jawi House & Gallery di 85, Armenian Street. 


 Jawi House & Gallery

Jawi Peranakan merujuk kepada keturunan orang-orang Arab, Persian, Pakistan, India-Muslim yang berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Yang depa selalu panggil anak mami tu. Salah satu budaya mereka ialah boria. Boleh rujuk website www.jawihouse.com

Di hujung Armenian Street ni ada satu lagi rumah agam Melayu, dulunya Muzium  Islam Pulau Pinang - Syed Al-Atas Mansion. 


"Syed Al-Atas Mansion was built by Syed Mohammad Alatas, an Achenese by descent, who built his mansion along Armenian Street. The mansion, in mid-19th century Indo Malay Straits Eclectic style, was built in 1860, and stands today as one of the few bungalows with Islamic elements from that era"

Menariknya Pulau Pinang dengan sejarahnya..antarabangsa sungguh..dengan Acheh nya, Armenian, Yahudi, Francis Light dan Syarikat India Timur, Qing Dinasti dan Sun Yat Sen..

28 comments:

  1. Cantik rumah2 tu... jangan sampai jadi mangsa pembangunan sudahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah-rumah warisan..ada yg dah dibeli oleh Arkib Negara, ada orang persendirian..tujuan yg sama - untuk dikekalkan dan dipulihara..selagi masih selamat digunakan..

      Delete
  2. perghhh
    terbayang2 photoshoot dekat situ
    mesti vintage gila bila tengok dalam gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah-rumah ni mmg cantik utk buat photoshoot...vintage, heritage..sgt klasik..

      Delete
    2. tu lah pasal
      cantik betul seni2 dulu

      Delete
    3. Hasil seni zaman dahulukala..

      Delete
  3. BANGUNAN LAMA TERSERGAM DGN SEJARAHNYA MSH DIPELIHARA

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina lama yg masih kekal utk tatapan generasi sekarang..

      Delete
  4. Malay millionaire row... pergh, gah semacam bunyinya.
    Boutique hotel, harga biliknya pun gulp... huhuu :'3

    ReplyDelete
    Replies
    1. chinese millionaire row pun ada jg...JPM ni sgt cantik dia punya interior, finishes..itulah harga dia..fikir dua tiga kali nk booking kt sini..

      Delete
  5. Pergh!! Lawanya bangunan-bangunan tu.. I wish i could go there.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik JPM..I wish I could stay there...

      Delete
  6. Cantiknya Jawi Peranakan Mansion tuh :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Design dulu2 sgt berseni..campuran berbagai jenis influence..

      Delete
  8. First time dengar nasi dalca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain nasi kandar, nasi dalca pun popular kat Penang....tapi tak dapat makan nasi ni..huhu..

      Delete
  9. itulah yang diceritakan dalam sejarah kan. Francis light yg membuka pulau pinang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb sejarah kita ditulis oleh orang lain, mcm tu lah jadinya..sedangkan dulu Semenanjung Malaysia dinamakan Tanah Melayu sbb orang Melayu yg dulu tinggal disini, sama jg dgn Kuala Lumpur kan, nama Yap Ah Loy yg naik, tapi nama Sutan Puasa langsung takde dlm sejarah..kesian kan org Melayu..

      Delete
  10. Bangunan lama yang masih dipelihara. Seni binanya juga cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik senibinanya...dari jauh dah tertarik..

      Delete
  11. Mesti pergi nie bila ziarah Penang nanti....😊☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended...jgn lupa naik tgkt atas, mcm menarik bila tgk gambar...haritu tk sempat..

      Delete
  12. Multi culture sejarah penang ini. Sangat menarik. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka Penang masuk dlm sejarah dunia..jd markaz Sun Yat Sen dan pejuang Acheh..

      Delete
  13. terus terang sy anak jati penang pun tak jelajah rumah2 yg ada cuma tgk dr luar. kagum tgk hiasan dalaman yg masih kekal cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg suka tengok rumah2 lama macam ni..nmpk sangat klasik. diantara bangunan2 moden..di galeri melayu, ada yg masih kekal dari zaman dulu...yg kat Jawi peranakan mansion, semua hiasan dalaman adalah baru..some of them dibeli di India..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!