Thursday 15 February 2018

Penang : Rumah P. Ramlee

Assalamualaikum..

Sambung cerita Penang. Lepas makan nasi 7 benua, perjalanan diteruskan ke Rumah P. Ramlee. 

Semua kenal kan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..ke ada yang tak kenai? Yang nak pi ni, rumah kelahiran Allahyarham. Al-fatihah..

Rumah beratap nipah, berlantai papan ini dibina oleh bapa P. Ramlee, Puteh bin Karim bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin pada tahun 1926.

 Kayu asal rumah ini adalah daripada rumah di Lorong Yahudi* yang telah dirobohkan kerana kawasan tersebut digunakan untuk pembinaan quarters kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini di Caunter Hall (sekarang Jalan P. Ramlee)
 
*Di Pulau Pinang, ada sejarah mengenai penempatan orang Yahudi dan tanah kubur mereka masih ada di Jalan Zainal Abidin (dahulunya Jalan Yahudi). Menurut wikipedia, bangsa Yahudi yang datang ke tanah Melayu pada tahun 1805 berasal dari Baghdad*

 P. Ramlee telah dilahirkan di rumah ini pada 22 Mac 1926

Jom masuk

 bahagian anjung
di sini dipamerkan sejarah hidup Allahyarham P. Ramlee

 gambar rumah di zaman dulu

 kad pengenalan

ruang makan bersambung dengan dapur

 dapur

 bilik tidur - rumah ni ada satu bilik tidur

di bawah rumah ada basikal & perahu

Bergerak pula ke bangunan sebelah, untuk ke Galeri P. Ramlee
 
 
 mesin taip yang digunakan untuk menggubah lagu

peti untuk simpan filem

 biola - teringat cerita Antara Dua Darjat
 
Tiada bayaran dikenakan, masuk adalah percuma.  

Till, then, selamat berhujung minggu yang panjang..

23 comments:

  1. banyak kali dah gi Penang.tp tak ingat langsung nak gi umah p ramlee nih..membesar tengok cite dia ..jd fav... insyaallah next nnt pergi penang blh la singgah sini . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer p.ramlee evergreen, tak jemu ditonton..

      Delete
  2. pernah pegi sekali rombongan sekolah hehe =D

    ReplyDelete
  3. Waah, everything looks well-kept and preserved. Teringin juga nak visit sini someday... sis ada rasa macam sebak tak bila masuk rumah arwah P. Ramlee tu? Saya tengok pics ni saja pun dah ada sedikit rasa pilu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas zaman jepun, bapa saudara p. ramlee baiki rumah ni, bila arkib negara ambik alih, depa pulihara dan improve kwsan sekeliling...perasaan pilu tu tiba-tiba muncul masa tengok gambar2 kt anjung..tengok gambar ibubapa p. ramlee, tengok kad pengenalan....

      Delete
  4. tak pernah sampai sini lagi
    ada rezeki nak melawat lah rumah P.Ramlee nih

    ReplyDelete
  5. lama tak p sini.. ada lg kubur bangsa yahudi tu. xsilap tepi jln. kalau naik bas baru nmpk sbb tembok tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. check dlm peta, mmg tepi jalan..public boleh masuk kot..tengok banyak jg gambar2 kubur ni dalam internet..

      Delete
  6. Thanks for sharing.. Nak kena pergi ni nanti

    ReplyDelete
  7. Pernah sampai penang tahun 2014. Driver teksi yang saya naik untuk round2 Penang bawak lalu je. Tak singgahpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai cuma tk masuk..ok lah kan..nampak dari jauh..

      Delete
  8. Al fatihah untuk Allahyarham
    Tak pernah sampai sini lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah..boleh pi kalau ada di Penang..

      Delete
  9. menarik betul bila jalan-jalan macam ini.. dapat mengenali tokoh dengan lebih dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik jg melawat galeri tokoh2 terkenal kt m'sia ni..

      Delete
  10. Nostalgianya rumah arwah P.Ramlee. huhu. Dapat bayangkan era 1920 an dulu cmner. huhu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. nostalgia baca kisah hidup arwah P. Ramlee...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!