Friday 2 March 2018

Lubuk Bangku @ Lengkok Abdullah

Assalamualaikum, salam Jumaat.

Cerita tentang makan.

Sangat klasik nama kedai makan ni, Lubuk Bangku D'Cabin Cafe.

  
Memang banyak bangku. Style makan bawah khemah, macam kenduri kahwin. Restoran ni ada masuk dalam program Jalan-Jalan Cari Makan TV3, tu yang teringin nak makan di sini. Masakan nismilan. Nismilan? ya, nogori Sembilan.

Datang hari Sabtu, sebab ada kerja di sini, kena ambil gambar tanah pembangunan. Lokasi cafe di Lengkok Abdullah dan Jalan Abdullah, Bangsar. Sebelah kuarters Keretapi Tanah Melayu (KTM).



Pukul 10 lebih dah buka, so terus sarapan merangkap makan tengahari di sini. Pelanggan pun tak ramai lagi. Jom tengok apa yang best di sini.

 Order di sini. boleh juga makan berhidang macam ni


Masakan signature nismilan seperti daging lembu salai masak lemak, rendang minang, sambal minang ada disini.

 Ayam kampung goreng & belado

 Dah order, ambik makanan dan gi makan. Akan ada pekerja datang untuk kira harga.

 cuma amik ikan talapia berlado, tahu separuh & terung
yang tepi tu sambal minang

Dok dengar orang order sambal minang, teringin pulak nak rasa. Pergghh..minyak punya lah banyak, cili bergenang dalam minyak tapi tak pedas. Overall, sedap jugalah masakannya. 

Untuk diatas, harga makanan campur sirap ais = RM15.00. Mahal ke berpatutan? hehe..pekerja datang nak kira dah lambat, dah dekat nak habis makan, baru datang kira. Mungkin silap bagi description tentang apa yang dimakan. Ke harga ikan talapia tu RM10 seekor mcm harga ikan bakar istana negara, ontahlah, whateverlahno...redho je lah..

 jom singgah

Overall, makanan ok, tempat makan pun santai je, suasana nyaman sebab banyak pokok, parking pun senang, tepi jalan je tapi kalau hari bekerja tak taulah bagaimana keadaannya. 

Bolehlah cuba, recommended. 

24 comments:

  1. pada saya mahal tu nohas, sekali tu yolah ese poie makan dokek situ.

    ReplyDelete
  2. teringin betul nak makan sini
    depa kata sedap

    ReplyDelete
  3. ambo dah kure make di luar lo ni sebab rego mahal2 belako.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mahal makan luar sekrg ni...ikut harga petrol, harga naik, harga makanan pun naik jg..

      Delete
  4. Harganya tu macam agak over la sis, rasanya dia charge lebih tang ikan tu kot... hehee :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rasa mcm mahal..hehe..akk ckp terung dua, mungkin dia ingat dua biji kot, mungkin ada masakan terung yg lain - gulai/pajeri terung ke..atau ikan talapia tu yg mahal..wallahua'lam..

      Delete
  5. Bila baca topic Lubuk Bangku... ingatkan tempat mandi2... tempat makan2 rupanya...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try lagi makan kat sini.
    Kalau masakan nismilan..saya suka rendang minang.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi masuk kat arena tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru first time gi kwsn Jln Abdullah...dulu2 selalu gi kwsn Bangsar Utama je..

      Delete
  8. oh masakan minang. sodap tu. tapi rm15 tu cam mahal juga. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut jg tgk harga..itu baru ikan air tawar, kalau ayam kpg/daging rendang x tau lah mcmana harga nya..

      Delete
    2. Husband saya membebel bawak dia gi kedai nasi campur tapi mahal ya ampun hahaha

      Delete
    3. Consider mahal..tmpat tk yah sewa, takde air- cond..

      Delete
  9. Omak aih.. menung jap den baca harga tu.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ontahlah, mcm tu kot harga ikan talapia yg agak besar jg..

      Delete
  10. sedapnya rendang minang.. lama xmkn dlm dulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. style kenduri kawen dulu2..hidang guna dulang..

      Delete
  11. Dari segi pricing agak mahal. Kesedapan okay lah 3.5/5. Tapi kebanyakan lauk semua oily yakmat especially sambal minang tu haaa. Kalau nak compare dengan Restoran Raso Omak Den (Setapak dan Taman Melawati), RAso Omak Den lagi sedap. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga mmg agak tinggi. sambal minang tu bergenang dlm minyak. Belum prnah mkn di restoran omak den..nk try jg one day..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!