Thursday, 26 April 2018

Jalan Alor @ Bukit Bintang

Assalamualaikum..
  
Sambung berjalan dari Jalan Tong Shin ke Jalan Alor.


Jalan Alor ni  femes dengan 'hawker centre' tapi non-halal lah. Beroperasi di waktu malam, tumpuan pelancong dan warga tempatan. Sepanjang Jalan Alor, penuh dengan gerai dan restoran.

Kita jalan-jalan di lorong belakang, diantara Jalan Alor dan Tengkat Tong Shin. Ada Alor Backspace.

 papan tanda di Tengkat Tong Shin


kedai-kedai di Alor Backspace

kedai durian

sudah buka - city durian specialist

Di sebelah kiri kedai durian ni, ada disediakan kawasan hijau, rasanya photo booth. Sungguh tak disangka, ada ditanam juga dua batang pokok durian. Pokok durian di kawasan segitiga emas KL..huhu..

  kawasan photo booth

 dua batang pokok durian - bolehlah nak posing, nak selfie..hihi..macam ni nak bersila makan durian pun ok, feeling-feeling kat dusun

 khas untuk pelancong kot yang tak pernah tengok pokok durian

Photo booth ni dekat dengan tempat letak kereta, ada surau juga

 Surau Al-Hafij

 banyak betul suis

Ok, berpatah balik ke arah timur, ronda-ronda kawasan sana pula. Masih lagi di lorong belakang Jalan Alor. Kawasan ni banyak guesthouse..

 Havana..oh la la..

Havana..tapi hiasan terracotta warriors..sungguh mismatch..

 teringat Xi'an

Macam-macam style guesthouse and budget hotel

Babylon Guesthouse

  cute - gambar kucing

Bergerak lagi..ke lorong tak bernama, yang ni dari Tengkat Tong Shin dah nampak

 so kuning...so eye-catching..

cute - salah satu cara utk menceriakan lorong

Di lorong ni, ada satu hotel - The Yard Boutique Hotel


menarik hotel ni..walaupun lokasi tak berapa menggiurkan

sumber: the yard boutique hotel

Sekian, kisah jalan-jalan di Jalan Alor, Tengkat Tong Shin dan Jalan Tong Shin. Kalau saja-saja nak pi, mungkin tidak. Tapi banyak juga yang menarik di sini.

14 comments:

  1. Uniknya ada kawasan untuk bergambar dengan 'background durian', siap ada 2 batang anak pokok durian lagi ditanam di situ. Hehhee... comei konsepnya. Ya, biar Malaysia dikenali dengan buah duriannya, manakala Jepun dikenali dengan bunga Sakuranya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka..begitu hebat sekali promosinya...buah durian tumbuh di negara Asia Tenggara, kalau segi produksi, kita kalah dgn Thailand...mungkin di negara kita, ada banyak species durian yg sedap2..

      Delete
  2. BANYAK TAHHU JLN N LORONG TENTU TAK SESAT...ALHAMDULILLAH AMAN JE DI MANA2 KAT TNGH KOTARAYA YG SIBUK NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai redah je ni kak..semua dekat2, satu lorong..Alhamdulillah, takde orang yg mencurigakan..lagi pun ramai orang di sana-sini..

      Delete
  3. macam tak orang je..

    sunyi sepi.

    best.

    boleh dapat ketenangan fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni baru pukul 11.30++...kedai2 kt Alor Backspace byk yg blm buka lg, masa lunch hour baru ramai orang..

      Delete
  4. bestnya... bagus ada idea nak attract orang untuk ke area2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik gak idea buat photo booth durian tu..first time jumpa..

      Delete
  5. memang kreatif dan lawa lah street art tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jumpa street art mcm ni kt KL...sgt menyeluruh..

      Delete
  6. Teman tak pergi sangat ke area tu... bagus juga inisiatif tu... at least kebersihan di lorong-lorong belakang tu terjaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn ni mmg kita jarang pergi...selagi ada space, depa buat tmpat berniaga..lorong2 blkg ni bersih gak..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...