Wednesday, 4 April 2018

Makang Ikang Dalang Pinggang

Edisi tak tau nak makan apa masa lunch break. Lalu depan Hotel Plaza, nak ke food court, tempat biasa makan, tetiba nampak promosi Express Lunch untuk bulan Mac.

Grilled fish di Pago Pago Restaurant, Hotel Plaza, Jalan Raja Laut. Tengok harga pun reasonable, sekali-sekala tukar selera..jom kita try..

Harga nett - RM15.90
dah termasuk GST & service charge

 the set

Sedap gak ikan ni, secukup rasa

 Virgin Mojito
sedap air ni, very freshing dengan lime, mint leaves

------------------------------------------------------------

yang ni koleksi ikan yang jarang dijumpa kat pasar

cantik ikan ni

ikan lembu @ ikan jebong @ ikan ayam

Macam-macam nama depa panggil ikan ni. Beli ikan jebong ni seekor, yang saiz kecik. Pertama kali nak rasa, penjual ikan tu yang rekomen. Katanya, sedap kalau dibakar, cicah air asam.

Tapi nyesal gak beli, kulit ikan ni keras, nak siang agak payah. Ikan ni macam takde leher, bersambung terus dengan kepala, isi tebal kat pipi, nak cari insang dia, kena korek pulak.  Subhanallah, macam-macam jenis ikan Allah SWT jadikan..

Dah siap siang, campak dalam periuk ajaib dan bakar. Rasanya..macam daging ayam pun ada, daging jenis tebal, agak keras dan agak tawar rasanya..takde lah sedap mana, oklah, nak merasa..mungkin masak gulai, sedap kot.. 

Nampaknya beli ikan biasa-biasa je lah untuk buat ikan bakar..ikan talapia, siakap, kerapu, pari, keli, kembung..

25 comments:

  1. Set lunch tu nampak sedaaap... ikan apa yang dorang grill tu? I'm guessing dori? :D

    Ikan lembu/ayam/jebong... macam2 la orang letak nama pelik2 kat dia, hahah... tak pernah makan lagi ikan tu :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo... "dory", not dori. Hehee XP

      Delete
    2. ya, ikan dory, perapan/rencah dia sedap..

      akk pun first time jumpa ikan ni, penjual tu ckp ikan jebong, bila check kt internet, banyak lak nama dia..

      Delete
  2. Kalu singgah pasar pulau kambing teganu lagi mcm2 jenis ikan ada, fresh dan murah. Balik teganu kita makan ikan murah dan fresh cicah budu ke, air asam ke, dapnyeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan..mkn ikan fresh from the sea...murah pulak tu..ikan pelik2, tak pernah jumpa, kalau sedap..memang sukaa...

      Delete
  3. harga agak mahal tetapi masih berbaloi..

    lagi mahal lagi kita menghargai makanan

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA MAKANG IKANG DALANG PINGGANG ADA ULAM SKET CICAH BUDU

    ReplyDelete
    Replies
    1. cicah air asam je..cicah budu pun sedap jg..

      Delete
  5. Ikan apakah jebong itu, ya ?.
    Bentuknya unik, gempal badannya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru pertama kali tengok ikan jebong tu..mmg unik bentuk muka dia..

      Delete
  6. Owww camtu rupanya ikan ayam yer... saya tak pernah jumpa lagi kat pasar... kalau jumpa nak juga beli... nak try rasa... betulke dagingnya rasa daging ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org panggil ikan ayam, ikan lembu...daging dia keras..adalah rasa sikit2 cam daging ayam..

      Delete
  7. Ikang saje?...nasi mane?..hihi

    Nampak sedap tu. Presentation pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan lauk & sayur je..hihi..sedap gak, terasa perapan nya..

      Delete
  8. Nampak sedap sungguh. lagi2 saye ni pun peminat ikan. perah lemon memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..cicah lemon butter sauce, perah lemon lagi...huhu..

      Delete
  9. first time tengok ikan ayam tu.. unik sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tertarik bentuknya yg unik..tembam sikit..hihi..

      Delete
  10. Punya la asyik baca entry nie... ingatkan ko cooking kat Pago-pago restoran tu... kikikikiki
    Ikan apa ye yang ko makan kat Pago-Pago tu...

    Just nak suggest, cari la ikan telinga Gajah... Best wooo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat grill sendiri ikan ni, lagi best..hihi..ikan dory..

      first time dgr ikan telinga gajah..rupa paras pun tk tau mcmana, nak pi google..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...