Thursday 19 April 2018

Tempua bersarang tinggi

Subhanallah!
 What a sight!! bergayutan sarang-sarang burung tempua

Balik kampung bulan lepas, sempat menjenguk rumah sewa di kebun kecil kami di Kpg Sungai Siput. Dari jauh dah nampak pemandangan yang indah ini

 burung-burung tempua berjemaah buat sarang di pokok ni
Allah swt beri ilham kepada burung tempua membuat bentuk sarang yang unik

close-up sikit, gambar tak berapa sharp...

 birds of the same feather flock together

Adakah ini anak burung tempua?

 jinak sungguh

baru belajar terbang

sian dia, menjerit minta dilepaskan

Peribahasa Melayu ada berkata 'jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah'..maksudnya: tentu ada maksud tersembunyi, seseorang bertindak secara luar biasa. Mesti ada sebab kenapa burung tempua bersarang rendah. 

Yang tak bestnya, sarang burung tempua ni pun ada orang jual. Check kat internet, ada yang iklankan. Yang nak beli mesti manusia juga kan, takkan burung..hihi.. ada yang buat terendak lampu, buat hiasan gerai. 

Sian burung tempua..manusia itu rakus. Macamanalah burung tak 'angry'..langsung jadi 'angry birds'...hihi...haha..tengah stress!!..huhu..

26 comments:

  1. Wooww tak pernah tgk sarang burung banyak camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pertama kali nampak pemandangan begini..

      Delete
  2. Antara burung yang paling kreatif dalam membuat sarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bentuk sarang dia mmg lain dari burung2 lain..kreatif..

      Delete
  3. Salam owner blog Orang Bukit. Mohon update blog list Orang Bukit dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah update blog list blog saya dengan blog Orang Bukit yang prihatin dengan alam semula jadi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti masukkan sbb tengok blog dah update..haritu tengok blog x berupdate since january..

      Delete
  4. hahahahaha..kesian juga kalau sarang mereka kena jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan..kena cari rumput, buat sarang lain..

      Delete
  5. Replies
    1. yg anak burung tu tak tau lah, anak tempua ke anak pipit..

      Delete
  6. Burung tempua nie, masa nak bertelur je dia buat sarang... lepas tu, di tinggalkan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..macam tu ke..teman ingat sarang burung mcm rumah..hihi..lepas telur menetas, anak2 burung kan terbang cari kehidupan sendiri..tinggalkan sarang.

      Delete
  7. Uisshhh.. Banyaknya sarang dia.
    Camane anak burung tu boleh ada kt tanah? Tapi comel samgat tu. Lps tu buat apa dgn anak burung tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah, tengok dia sekor je...anak burung tu kitaorang lepaskan, dia terbang2 jatuh masuk kawasan semak....

      Delete
  8. Banyak ye sarangnya.. Dah macam kawasan kejiranan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok ni favourite depa buat sarang..komuniti burung tempua..hihi..

      Delete
  9. SubhanaAllah.. Banyak betul sarangnya.. memang pemandangan yang memikat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali tengok sarang burung tempua banyak macam ni..

      Delete
  10. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan..hai, thanks for visiting here..

      Delete
  11. Tudiaa... port feveret burung tempua buat sarang, mesti bising je diorang berkicauan di pokok tu. What an intriguing sight to behold :D

    Aloloo shian anak burung tu, parents dia tak sedar tu dia dah jatuh dari sarang... biasanya kalau dibiarkan je, dia akan jadi mangsa kucing, ular atau biawak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpknya mcm tu lah, port feveret..byk betul..

      anak burung baru belajar terbang, sian jg tengok dia sendirian, bila lepas terus terbang masuk dalam semak. harap2 umur pjg lah dia ..

      Delete
  12. Kesian nanti burung tak ada rumah..:'(
    Sesetengah manusia memang rakus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut maklumat, lepas anak2 dia menetas dan terbang, cari kehidupan sendiri, sarang2 ni ditinggalkan..mungkin depa dah tak dtg ke sarang ni lagi kot, depa buat sarang kt tempat lain pulak..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!