Tuesday, 29 May 2018

Dari satu menjadi tujuh kemudian bercambah jadi tujuh ratus..

Assalamualaikum semua..

Semoga sihat walafiat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan..

Satu perniagaan yang tidak akan rugi..

"Perumpamaan orang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap satu tangkai, terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan pahala bagi orang yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah : Ayat 261)

 yang ni snap sebelum bulan puasa

Yang ni ambik tahun lepas, salah satu bandar perumahan yang masih belum ada masjid walaupun sudah agak lama juga dibangunkan, In shaa Allah, akan didirikan

 Yang ni pun tahun lepas, acara pecah tanah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Azmin Ali

Jom berinfaq untuk menambah saham akhirat...merebut gandaan pahala di bulan mulia, bulan penuh barakah...semoga Allah SWT melapangkan rezeki kita semua..

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi" (Surah Al-Fathir : Ayat 29)

"agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karuniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri" (Surah Al-Fathir : Ayat 30)

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Surah Ali Imran: Ayat 14)

Semoga bermanfaat, wassalam..

28 comments:

  1. Jom sama2 kita rebut peluang sementara ramadhan masih berbaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah separuh Ramadan..jom giatkan usaha..

      Delete
  2. sangat beruntung kepada mereka yang pemurah....

    dunia dapat..

    akhirat pun dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. fadilat sedekah mmg sangat hebat..

      Delete
  3. bulan baik penuh berkah.. berlumba2 orang nak ngutip pahala =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pahala berganda di bulan Ramadan..amat rugi mereka yg tidak merebutnya..

      Delete
  4. bermanfaat ni kalau boleh sama2 memberi

    ReplyDelete
    Replies
    1. infaq utk mendirikan masjid..MasyaAllah, ganjaran pahala yg berterusan...in shaa Allah..

      Delete
    2. pahala berpanjangan walaupun dh meninggal

      Delete
    3. itulah yg paling diharapkan bila berada di alam barzakh..

      Delete
  5. Saham akhirat, salam ramadhan dari bunda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan jg utk Bunda sekeluarga..

      Delete
  6. JOM KITA MENAMBAH SAHAM AKHIRAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saham akhirat yg kekal abadi..

      Delete
  7. Thanks for sharing sis, bolehlah kita sama2 merebut peluang menambah bekalan akhirat, lebih2 lagi dalam bulan puasa ni :')

    Salam Nuzul Al-Qur'an :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom merebut gandaan pahala di bulan puasa ni...
      salam Nuzul Quran..Al-Quran petunjuk sepanjang kehidupan dunia & akhirat..

      Delete
  8. Alhamdulillah, jika semua org derma serba sikit, lama2 siaplah masjid tu. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. win-win situation...masjid dpt disiapkan dan yg infaq mendapat ganjaran pahala, in shaa Allah..

      Delete
  9. Perkongsian yang bagus.. Bekalan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menabung utk bekalan akhirat yg kekal abadi..

      Delete
  10. Terima kasih sebab kongsi info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..jom melabur utk saham akhirat..

      Delete
  11. Jom sama-sama menginfakkan sebahagian harta kita ke jalan Allah... semoga amalan dan kehidupan kita di dunia ini sentiasa di berkati... insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersedekah, infaq, byk fadilatnya..semoga segala amalan diterima oleh Allah swt..

      Delete
  12. Replies
    1. utk bekalan di alam yg kekal abadi..

      Delete
  13. Assalamualaikum

    Ramadhan KAreem kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Allahu akram..

      merebut 7 hari lagi bulan Ramadan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...