Friday 11 May 2018

Kenanganku di PRU 14

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Malaysia Memilih 2018 sudah selesai. Perdana Menteri pun dah angkat sumpah. Kerajaan negeri-negeri pun ada yang dah dibentuk, ada yang masih dalam rundingan.

Suara rakyat suara keramat. Makkal Shakti (people power)...teringat zaman reformasi tahun 1998...huhu..

Kenangan di Pilihanraya Umum ke -14. Menimba pengalaman baru. 

Jadi Ejen Tempat Mengundi. Kerja garis-garis, catit-catit. Sebelah pagi sampai tengahari, memang non-stop, peak time, ramai yang mengundi di waktu pagi hingga tengahari.


Di sini.

Berjam-jam duduk atas kerusi budak sekolah rendah, huh..lenguh pinggang..

Masa break, pergi mengundi di SMK Bandar Baru Sentul.


bosan. beratur panjang. memang luar biasa kehadiran kali ni.
PRU 13 dulu pergi time tengahari dah tak ramai orang

Kembali bertugas di sekolah rendah hingga pukul 5.00 petang. Waktu petang, tak ramai orang, bolehlah borak-borak dengan ejen-ejen yang lain. Dapat lak yang peramah, memang best le borak. Kita kawan-kawan, tak mau lawan..yang lawan calon je...

Dah habis, terus jadi Ejen Mengira Undi. Kira undi dalam kelas yang sama juga. Pertama kali ni. Suspens, suspens..


Yang part undi rosak dan undi ragu tu yang kelakar. Ada gak yang tak tahu nak mengundi, pangkah dua kotak, yang cop jari pun ada, pangkah kat nama, kat logo. Yang tak pangkah apa-apa pun ada, kosong je..tetiba dia blank kot, ke tak tau nak undi apa..hihi..

Alhamdulillah, Ketua Tempat Mengundi, kerani-kerani pengundian dan ejen-ejen yang lain, semua baik-baik dan sporting...memang bestlah saluran ni..

Dah selesai semua, Borang 14 pun dah sign..tetiba ternampak, ada pemerhati di tempat yang tinggi...


ini gambar zaman bila daa..
slogan yang sangat tepat for his comeback


dan senja pun berlabuh

time to go home and rest, hari yang panjang..

12 comments:

  1. PRU 14 kali ni yg penuh bersejarah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuasa rakyat..mencipta sejarah baru Malaysia..

      Delete
  2. Bagus pengalaman tu... at least menjadi sebahagian dari mereka yang memilih semasa PRU14

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman yg datang 5 tahun sekali..

      Delete
  3. Tahun ni jadi tahun yang sangat bersejarah buat negara Malaysia. Malaysia Memilih... yang boleh diharap, hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat bersejarah...takde yg kekal dlm hidup ini....

      Delete
  4. PRU kalini ramai anak2 muda mengundi kali pertama xterkecuali junior2 sekolah. sy xrasa tak reti pangkah, sengaja rosakkan undi kalau dh tulis mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai anak2 muda mengundi tahun ni..saluran pun dah bertambah...yg undi ditolak depa pangkah sampai dua tempat, satu lg tk pangkah apa2 pun..rugi masa je beratur lama..hihi..

      Delete
  5. Kuasa rakyat.. First time tengok orang ramai dekat tempat mengundi.. Masa 5 tahun lepas, tak ada nak beratur panjang-panjang.. rileks-rileks je gi mengundi.. Bagus kesedaran anak muda sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menunaikan hak kita dlm negara demokrasi...harap2 next PRU dapatlah 90% keatas yg keluar mengundi..

      Delete
  6. waaa seronok ni pengalaman jarang2 sekali dapat. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman yg hanya akan muncul 5 tahun sekali...in shaa Allah..
      berdebaq jg chek..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!