Thursday, 28 June 2018

Ronda-ronda Bandar Melaka - Part 2

Masih lagi di Jalan Hang Kasturi, Bandar Melaka...

 bangunan putih biru di simpang Jalan Hang Kasturi dan Jalan Kampung Kuli

 mural di belakang bangunan biru putih

 hei si gadis yang ayu

Di Jalan Kampung Kuli, ada makam Hang Jebat. Hang Jebat yang mati dibunuh oleh Hang Tuah. 

Sebab?  Mengikut riwayat, Hang Jebat mengamuk sambil menghunus keris. Nak bela Hang Tuah kerana Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah, menitahkan Hang Tuah dibunuh (Hang Tuah difitnah berzina dgn gundik sultan). Tapi dia akhirnya dibunuh oleh sahabat baiknya itu...isk, isk..

"Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"

Siapa hero? Hang Tuah ke Hang Jebat? Terpulang, jom ziarah makam..Al-fatihah..

 Makam Hang Jebat

Ada satu famili mat saleh tengah duduk-duduk kat kawasan makam ni, gembira je depa semua, bergelak ketawa lagi. Jangan buat onar udahlah.

Sambung berjalan, sampai di simpang empat. Arah mana harus dituju?

sebelah kiri Jalan Tukang Besi, sebelah kanan Jalan Tukang Emas

Ke kanan kita, ikut Jalan Tukang Emas untuk ke Masjid Kampung Keling, sebuah lagi masjid lama di Bandar Melaka.


Masjid Kampung Keling adalah antara masjid paling tua di Malaysia. Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga).


 jubin tiang

ruang solat utama

verandah masjid

pancuran air di dalam kolah

Dah habis ziarah masjid, perjalanan diteruskan ke Jalan Hang Jebat (Jonker Street) yang femes tu. Ikut Jalan Hang Lekiu di tepi masjid.


Singgah di sebuah restoran Melayu di Jalan Hang Lekiu. Noah Art Cafe namanya.

Lunch di sini - masakan Melayu  & Western 
lukisan & photo yang ada di restoran ni juga untuk jualan
#supportlocalartists

Kenyang perut, senang hati. Jom sambung berjalan, di akhir Jalan Hang Lekiu ialah Jalan Hang Jebat, yang lebih dikenali sebagai Jonker Street.

suasana di Jonker Street - penuh dengan pelancong
banyak kedai, cafe & restoran
hari Jumaat, Sabtu & Ahad ada pasar malam

 Makam Hang Kasturi di Jonker Street

roundabout kecik di hujung Jonker Street

Corner kanan, kita ukur Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) pula.

Bersambung di next entry..

12 comments:

  1. Huhuu... kisah Hang Tuah dan Hang Jebat tu menyedihkan. Kisah yang sebenar-benarnya pula tak pastilah macam mana kan...

    Nice pictures sis, as usual. Gambar kapal layar Cheng Ho takde ambil sekali? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah yg tertulis dlm buku sejarah, Hang Jebat digambarkan sebagai penderhaka, Hang Tuah tu hero..cerita sebenarnya2 berada dlm lipatan sejarah..wallahua'lam..

      Alhamdulillah, nice weather..model kapal layar tu tk tahu ada kt dpn H&M tu, studi tk habis..lagipun tk gi kwsn menara jam & stadhuyst..

      Delete
  2. Salam, tahun 2012 bunda pernah ikut rombongan ke Melaka, banyak jugak tempat bunda dan rakan2 melawat.. tapi banyak lagi tempat bersejarah yang tak sempat dilawati... ntah bila dapat pergi lagi... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tempat bersejarah di Melaka...sekarang ni ditambah dgn mcm2 pelbagai tourist attraction, mmg kena pergi lagi nampaknya..

      Delete
  3. CT tak peeernah pegi Jonker Walk pada waktu malam yang meriah tu. hari tu pergi tapi rupanya pasar malam tu weekends saja. siang dah pernah meronda sekali tapi paaanaih hahaha. banyak tempat akak pergi menarik jugak dari 1 lorong ke another. wall arts di Melaka cantik2 juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun tk pernah gi waktu malam, mmg panas di aiang hari...wall arts mostly traditional mofif..

      Delete
  4. untung la dapat jalan-jalan ...

    saya juga kagum melihat keindahan tempat di Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan-jalan sebelum bekerja..

      menarik jg Melaka, byk tourist attractions

      Delete
  5. seronok jln2 di melaka sambil telusuri sejarahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka bandaraya bersejarah...sejarah awal tanah Melayu..

      Delete
  6. Cantik-cantik design masjid di Melaka.. Tapi belum berjaya menulusuri Melaka seperti ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik design masjid2 disini..hampir serupa bentuknya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...