Tuesday, 26 June 2018

Ronda-ronda Bandar Melaka - Part 1

Don't mess with Melaka!

 hajat tak kesampaian nak makan roti john Seri Erra Fazira
kat Jalan Tun Sri Lanang, masih tutup pd 24.6

Assalamualaikum..

Hari Ahad lepas, turun Melaka sebab ada kerja hari Isnin, 25.6. Boleh je nak drive dari KL pagi Isnin tu, tapi macam malas, so kita stay semalam di Melaka. Tinggal Hotel Kobemas Melaka di Jalan MITC Prima sebab kerja tu di Ayer Keroh.

Pertama kali pergi kawasan Melaka International Trade Centre ni. Banyak bangunan komersil dan bangunan pejabat kerajaan yang moden. Planetarium pun ada.

Hotel Kobemas ni sebelah balai bomba Ayer Keroh. Hotel milik Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad.

Hotel Kobemas Melaka

reception

superior twin room

Dapat harga RM100 semalam dengan sarapan. Deposit RM20 dan caj warisan RM2.00. Overall oklah, parking pun banyak. Kalau tak nak ambik sarapan pun ok, sebab depan hotel ialah rumah kedai, ada Restoran Mozari Cendol Asli 2. Sarapan ada dijual disini - lontong darat, nasi lemak, mee/mihun...banyak pilihan.


Check-in pukul 3.00 petang, tapi dapat check-in awal, pukul 1.30. Masuk bilik, refresh, solat, keluar balik untuk ronda-ronda Bandar Melaka. Tapi singgah dulu restoran Mozari, pekena cendol.


senarai cendol yang ada - durian, pulut, kacang, jagung

cendol kacang - sedap 
harga RM3.00

Dah habis makan, jom kita meneruskan misi rondaan. Naik Grab je sebab tak familiar dengan jalan-jalan di Bandar Melaka, nak guna waze, cam malas. Malas nak drive sebenarnya..huhu. Tambang Grab RM13.00.

Tempat pertama yang dituju ialah Masjid Kampung Hulu.


Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah. Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu ialah masjid ketiga tertua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Bandar Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.

 dua buah meriam

ruang solat utama - lampu-lampu antik bergantungan

menara beduk yang masih digunakan
beduk akan dipalu setiap kali masuk waktu Maghrib

Dah habis ziarah masjid, kita jalan-jalan menuju ke Sungai Melaka.

mural 3D

Jambatan Pasar

Cendol Kampung Hulu
banyak betul tempat menjual cendol di Melaka

cafe cendol Kampung Hulu

Jalan-jalan menyusuri Sungai Melaka

 mural di bahagian belakang kedai-kedai

Sungai Melaka cruise

Tak sampai ke hujung, masuk lorong di antara kedai-kedai, terus ke Jalan Hang Kasturi, jalan yang banyak mural di dinding-dinding kedai.

 Jalan Hang Kasturi

Sungguh tak disangka, banyak rumah kedai di sini adalah hakmilik Majlis Agama Islam Melaka yang disewa oleh peniaga-peniaga kaum cina.


rumah kedai untuk disewa

kedai yang cute

 bersambung di next entry.

14 comments:

  1. Cantik dan bersih bandar Melaka ni, baguih betoi... nyaman mata memandang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jg sampah-sarap tersorok...hihi..overall bersih jalan raya di sini..

      Delete
  2. Wah sonoknya jalan2 Melaka, saya byk tmpt lagi tak smp kt melaka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 kota warisan..tempat lain di Melaka tak pernah gi lagi..

      Delete
  3. LZ suka ronda-ronda Melaka, memang tak jemu walau berkali-kali pergi, banyak tempat-tempat menarik. Cantik sungguh gambar masjid Kampung Hulu seperti gambar postcard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka sama mcm Penang, tak jemu utk ronda-ronda...thanks, cuaca yg baik masa snap gambar tu..Alhamdulillah..

      Delete
  4. haai kak heheh CT pun pegi Melaka ritu jalan2. sayangnya banyak lagi kedai tutup. raya keempat masa tu eheheh memangla orang pun raya kan =P jalan dengan MamiZ xleh la nak berjalan bnyak jadi ronda mana ada nya saja. naik grab jugak senang malas drive =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..raya ke4 mmg orang tengah beraya..tapi ok jg dapat makan foods yg femes kt Melaka..ya, naik grab mmg mudah..

      Delete
    2. nak rasa kuih keria tak dapat. tuuttttup semuanya hehe..

      Delete
    3. kuih keria gula melaka tu kt KL dah ada tapi kalau nak yg authentic, mmg kena beli kat Melaka..huhu..

      Delete
  5. Nampak jalan di Melaka kurang sesak waktu raya... kalau hujung minggu biasa rasa macam malas nak masuk town... sbb susah nak cari parking...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg masih bercuti raya..mmg sedia maklum, keadaan sesak time weekend di bdr hilir..tmpt tumpuan pelancong..

      Delete
  6. Pernah jenjalan kat Melaka, tapi tak pernah pulak jenjalan kat lorong-lorong tu... bagus juga inisiatif MAIM tu... patut di contohi oleh majlis agama negeri lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu setiap kali gi Melaka, gi A Famosa, kwsn Stadhuyst, menara jam..dah malas nk gi area sana..

      Ingatkan premis2 di lorong ni milik kaum Cina sbb semua penghuninya kaum tersebut..bagus utk pelaburan..

      majlis agama negeri lain pun ada yg buat mcm ni, contohnya, di wilayah persekutuan KL, bina hotel & hospital pusrawi, ada sewa premis pejabat

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...