Wednesday 11 July 2018

Ratu Semut

Assalamualaikum..

Masa pergi Melaka haritu, sempat berkunjung ke Galeri Lebah Melaka di Taman Botanikal. Lebah diantara haiwan-haiwan yang ada disebut di dalam kitab suci Al-Quran. Ada surah tersendiri, Surah Al-Nahl.

Lebah sama macam semut, ada koloni, ada golongan pekerja, ada ratu. Kali ni nak bercerita tentang semut - haiwan yang membuatkan Nabi Sulaiman as tertawa. Semut juga ada disebut di dalam Al-Quran, dan sama seperti lebah, semut ada surahnya tersendiri - Surah Al-Naml (Semut)..


17. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).

18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari

19. Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh". 

Allah swt menyebut binatang semut dalam surah ini agar manusia mengambil pelajaran dari kehidupan semut itu.

  • Semut adalah binatang yang hidup berkelompok (bermasyarakat) di dalam tanah
  • Mereka membuat liang dan ruang yang bertingkat-tingkat sebagai rumah dan gudang tempat menyimpan makanan
  • Kerapian dan displin koloni semut mementingkan kerjasama dan kemaslahatan bersama  
Ayat 18 menceritakan ketua semut mengarahkan semut-semut supaya masuk ke dalam sarang supaya tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman. Arahan tersebut dilihat dalam suasana tenang, friendly dan teratur (tidak cemas/kelam-kabut) melambangkan sifat kepimpinan yang tinggi serta pemimpin yang pro-aktif (visionary). Di saat kecemasan, pemimpin masih boleh mengawal keadaaan supaya tidak timbul huru-hara.
 
Yang menariknya, ketua semut itu ialah semut betina. 

Sumber dari www.mediadayah.blogspot :
Setelah saya membaca sebuah buku yang berjudul “Ensiklopedia Mukjizat Ilmiah Hadis Nabi” jilid 6, saya baru tau ternyata pertanyaan itu bukan pertanyaan baru, karena disitu dituliskan pertanyaan yang sama telah di tanyakan kepada Imam Abu Hanifah, beliau menjawab “semut tersebut adalah betina”. sang penanya kembali bertanya “darimana engkau tau?” beliau menjawab “dari kalimat قالت نملة “ yang terdapat dalam ayat 18 itu :


حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ 
وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ


“hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"

Bagi yang belajar Bahasa Arab, mestinya mengerti bahwa perkataan qoolat (berkata) dan namlatun (semut) adalah kata kerja dan kata nama yang menunjukkan gender perempuan (muannas). Sehingga terjemahan yang benar untuk "qoolat namlatun" ialah "berkata seekor semut betina". Maknanya, semut yang memberi arahan itu bukan sembarang semut, bukan semut pekerja, bukan semut perajurit tetapi ialah ratu semut. 
..........................................................

Orang barat telah mengambil fakta ini dan ditonjolkan dalam filem semut -  Antz dan Bug's Life. Dua-dua filem ni diterbitkan dalam tahun 1998. 

 
Menarik dua-dua filem ni, siap beli original cd sebab nak gambar cantik. Masa pertama kali tengok, terfikir juga, kenapa semut betina yg jadi ketua. Sekarang dah tau jawapannya. Sangat comel citer semut ni..kreatif betul..

Antara dua ni, yang paling best bagi saya ialah movie Antz sebab ada unsur-unsur self-development, ada unsur politik sikit, komplot nak menjatuhkan kerajaan...haha..bukan dengan cara mengundi, tapi dengan rampasan kuasa oleh panglima tentera yang jahat.

Ratu semut dalam citer Antz
"Anne Bancroft as Queen Ant, the ruler of the ants"
   
Citer Bug's Life pun best juga, enjoyable sungguh..penuh warna-warni..kisah seekor semut yang sering mendatangkan masalah tapi akhirnya jadi hero menyelamatkan koloni semut dari diserang serangga lain.

 Puteri semut dan ratu semut dalam A Bug's Life
"Phyllis Diller as the Queen, the leader of the ant colony"
"Julia Louis-Dreyfus as Princess Atta, the soon-to-be queen of the colony"

Semut, haiwan kecil yang rajin dan cerdik ciptaan Allah swt. 

16 comments:

  1. macam menarik filem tu ;)

    Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blog-list-segment-august-edition-by-da.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. PENERBIT FILEM BARAT SERING MENAFAATKAN KISAH2 SURAH ALQURAN SBG KARYA YG MEMBAWA PULANGAN TINGGI..KREATIFNYA MRK

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sangat kreatif citer2 kartun mereka..berfikir di luar kotak..dgn citer Toy Story nya..minions..

      Delete
  3. Banyak iktibar yang kita boleh pelajari daripada kehidupan semut

    ReplyDelete
  4. ratu semut lebih besar dan ada ciri-ciri kepimpinan yang Allah bagi..

    semua kejadian tidak sia-sia melain untuk menerbitkan rasa ketaasuban kita kepada kuasa Allah SWT yang Maha Besar dan Maha Berkuasa..

    ReplyDelete
  5. Woahhh... baru tau pasai kisah ratu semut ni, thanks for sharing sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..ada hikmah di setiap ciptaan Allah swt..

      Delete
  6. Enjit2 semut...
    Siapa sakit naik atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..teringat masa budak2 dulu..cubit tangan..

      Delete
  7. Teladan yang baik dari surah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pengajaran yg boleh diambil dari kisah Nabi Sulaiman..doa Nabi Sulaiman dlm ayat 19 tu terbaik sekali..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!