Wednesday, 4 July 2018

Ronda-ronda Bandar Melaka - finale

Assalamualaikum...

Masih di Bandar Melaka. Sesi ronda-ronda dah habis. Sambung sesi jalan-jalan cari makan pula. Dari Jalan Tun Tan Cheng Lock, bergerak ke Sungai Melaka. Nak mencari Restoran Lineclear di Kampung Jawa, katanya ada sate sedap di situ.

Restoran Lineclear Kampung Jawa depan bangunan warna biru
Alhamdulillah, nampak ramai pelanggan

 melintas sungai di Jambatan Kpg Jawa

 pemandangan di sebelah timur

 pemandangan di sebelah barat

 di hujung jambatan, dah sampai di Kampung Jawa
jom ke Lineclear

dah pukul 5.30 petang, dah nak tutup, order minuman saja di sini 

Meneruskan perjalanan ke Restoran Seri Erra di Jalan Tun Sri Lanang, nak mamam roti john. Moh bergerak..

 ada yang bawa kura-kura bersiar-siar di waktu petang


lorong yang sempit ni pun ada 2-3 guesthouse

 Madrasah Assayid Abdul Aziz Al-Makhdum di Jalan Bunga Raya

 CIMB Bank di bangunan antik di Jalan Bendahara

Bergerak ke Jalan Tun Sri Lanang, tapi hampa kedai Seri Erra tutup. Berakhir sudah sesi jalan-jalan di Bandar Melaka. Ambik Grabcar, balik hotel, kemudian drive cari dinner di kawasan rumah kedai di Taman Tasik Utama.

 Masjid Al-Alami MITC

Hotel Mudzaffar MITC

Hasrat hati nak dinner di Ikan Bakar Malim, tapi dah nak tutup. Cuma beroperasi di waktu siang..huhu..Takde rezeki hari ni, semuanya hampa, tak dapat rasa - sate, roti john & ikan bakar..

------------------------------------------------

Keesokan harinya, lepas site visit, pergi balik ke kawasan MITC, solat di Masjid Al-Alami.

Senibina masjid-masjid di Melaka memang macam ni

 Kendian ke Restoran Ikan Bakar Malim, lunch di sana.

    Ikan kembong je, sedap sambal kicap limau

Then ke pusat komersil Mudzaffar di sebelah Hotel Mudzaffar, nak beli barangan buatan Melaka. Masa lalu petang semalam, ternampak kain rentang 'Fatimah product', tapi hampa, takde dijual di sini.
 
kapal besar di belakang Hotel Mudzaffar
katanya nak buat restoran terapung

Bergerak pulang, tapi singgah di Taman Botanikal. Ternampak ada gerai jual produk Melaka - biasalah kan datang Melaka, beli cencaluk, belacan, dodol dan gula melaka. 

Usha Galeri Lebah Melaka sebab parking depan sini, cuma snap-snap gambar je. Masuk adalah percuma.

 Galeri Lebah Melaka


Lebah pekerja

Ratu Lebah

Surah An-Nahl yang menceritakan hal lebah dalam Al-Quran

 ada pertunjukan orang lebah

Tak berlama-lama di sini, meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
  
bye-bye Melaka Bandaraya Bersejarah

25 comments:

  1. CANTIK PIC BNDR MELAKA RASA TRINGIN NAK KE SANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandar Melaka dah semakin cantik..dah byk tourist attractions..

      Delete
  2. doakan saya murah rezeki sehingga melimpah ruah...

    mencurah-curah hingga ke Jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, usaha & doa tangga kejayaan..

      Delete
  3. Wahh .. meronda Melaka..masa syawal ke-3 baru2 ni ada gak jalan2 Melaka, tapi tak sempat nak round sangat. cantik2 tempat tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama jg tk ke Melaka ni...Melaka bertambah cantik..tumpuan pelancong..

      Delete
  4. Baca entry ini rasa cam nak terjah Melaka je.. Lama pula tak pekena asam pedas.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam pedas Melaka..terbaik..jalan-jalan macam ni best, boleh tengok macam2 benda..

      Delete
  5. Uishhh kura-kura tu memang ada tuannya bawa berjalan-jalan kat situ ka sis? Ini... ini sangat rare... :'D

    Pertunjukan orang lebah... seram nengok posternya tu X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tuannya..kura2 tu pet dia..
      menarik kan pertunjukan orang lebah tu..tapi malas lak nak tunggu...

      Delete
    2. waa... mesti penyabar orangnya si tuan kepada kekura tu :3

      Delete
    3. hihi..betul tu..akk yg tengok pun rasa x sabar..lmbtnye bergerak..

      Delete
  6. last pi Melaka thn 1993 sbb nak naik feri ke Dumai...

    ReplyDelete
  7. Bestnya ronda-ronda Melaka! Galeri lebah tu tak pernah pergi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. galeri lebah menarik jg...kalau ada masa, mmg nk berlama-lama di sini, tgk pertunjukan orang lebah..maybe next time..

      Delete
  8. mcm2 ada di Melaka.. last nina ke sana tahun 2008. huhu lama betul tak pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tourist attractions kt Melaka, kena gi 2-3 hari baru leh cover semua..
      akk pun last gi tahun 2010, itu pun sbb ada kerja..balik hari..

      Delete
  9. Bestnya jalan2 Melaka, mmg cantik tanah air ku tercinta

    ReplyDelete
  10. Lama dah teman tak ke Melaka... Macam ada benda baru je kat Melaka tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 benda baru..Menara Taming Sari, cruise, alive museum, orang utan house...tapi tk pernah try lagi..huhu..

      Delete
  11. Selain dari tempat2 bersejarah, yg best pasal melaka ni..makanan dia. Sedap

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...