Monday, 2 July 2018

Ronda-ronda Bandar Melaka - Part 3

Assalamualaikum,

Sesi ronda-ronda di Bandar Melaka diteruskan ke Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street). Heeren Street asalnya Heerenstraat, dulu femes sebagai 'Kampung Belanda', ialah 'Millionaire Row' pada abad ke-18.

Jalan ni tak se-havoc Jonker Street. Nyaman je jalan-jalan di sini, pelancong pun tak ramai. Disini banyak rumah-rumah kedai lama yang masih terpelihara dan dijadikan muzium dan hotel.

Jalan Tun Tan Cheng Lock
Nun dikejauhan kelihatan Menara Taming Sari

Baba & Nyonya Heritage Museum
Entrance fee - RM15, guided tour tambah RM4.00

di hujung ada restoran nyonya - Cafe 1511

The house is a combination of three terrace lots that were acquired by the Chan family in 1861. Four generations lived in the house before it was opened as a museum in March 1985. The name of the museum is derived from the term Baba, an honorific manner of addressing a Straits-born gentleman and Nyonya which addresses a Straits-born lady.

Meander through the home of Baba Chan Cheng Siew (1865-1919) whose eclectic taste offers a glimpse into the richness of the culture and the opulence that was  fashionable in many pre-World War II Peranakan homes.


Jalan lagi, jumpa Malaqa House, masuk percuma. Masuk sekejap, ada jual kraftangan, fridge magnets, handmade pouch...


pelan rumah

 interior

Ok, jalan lagi, singgah Straits Chinese Jewellery Museum - muzium barang kemas Peranakan..

 Muzium ni sama tuan dengan Pinang Peranakan Mansion di Penang
entrance fee - RM15.00

 tripadvisor bagi 4.5 bintang

tipikal hiasan dan perabut Peranakan Cina (Baba & Nyonya)

old school, legend, antique

Pameran barang kemas di tingkat atas, kena tanggal kasut

 rantai leher dan tas tangan comel


 banyak betul koleksi barang kemas yang besar, padu, classic design
kalah Kak Ros macam ni, ke Kak Ros yang lagi hebat..huhu..

ke bilik sebelah pula, pameran seni tenunan untuk buat kasut nyonya


kasut nyonya yang comel

----------------------------------

Meneruskan perjalanan menelusuri Jalan Tun Tan Cheng Lock

 design dinding di kaki lima

 
Chee Ancestral Home
dibina oleh pengerusi pertama OCBC Bank, Chee Swee Cheng
untuk bapanya Chee Yam Chuan

Dah habis cover Jalan Tun Tan Cheng Lock, berjalan balik ke arah Sungai Melaka, nak ke Kampung Jawa, dengar khabar, ada sate sedap di sana. Masuk balik Jonker Street, Jalan Hang Lekiu, Jalan Hang Kasturi dan terus ke Kampung Jawa.


Bersambung next entry ya..part akhir..

12 comments:

  1. lamaaa tak pi Melaka.. rumah ala baba nyonya. suka tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ralit tengok rumah baba nyonya ni..merelit-relit..penuh ukiran..

      Delete
  2. wah dah lama tak jalan santai-santai kat melaka. Rantai boleh bukak baru lah dapat jenguk rumah nohas. Sebelum ni asyik kena kunci je. Selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama jg tk ke Melaka,..selamat hari raya jg utk notie, maaf zahir & batin..

      Delete
  3. Koleksi Kak Ros hebat lagi rasanya... ehhehehe. Anyway, kasut Nyonya memang comel, kalau beli pun akan dibuat hiasan je, rasa sayang nak pakai ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kasut nyonya tu mmg comel sangat..

      Delete
  4. W'salam..
    Selama ni tak tahu langsung ada muzium barang-barang peranakan.
    Menarik terasa nak pergi satu hari nanti..
    Thank you for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..sy pun first time gi, kt Penang pun ada jg..

      Delete
  5. Tak pernah berjalan-jalan macam nie.. Lihat bangunan lama.. Barang lama.. Unik dan menarik sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang2 lama, bangunan lama..menarik sebenarnya...dipulihara utk tatapan generasi muda..

      Delete
  6. rumah peranakan baba ni kalau dijaga dengan baik nampak macam bangunan baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak cantik kalau dipelihara dgn baik..bangunan lbh 100 thn pun masih boleh digunakan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...