Sunday 19 August 2018

Seoul 2.0 : Digital Media City and Seoullo 7017

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu.

Sambung kisah summer vacation di Seoul. Hari ke-5, hari Selasa 31 Julai 2018

Destinasi pagi ni ke Digital Media City, yang menempatkan syarikat-syarikat penyiaran Korea Selatan seperti MBC, SBS, YTN dan CJ E & M. Lokasi Digital Media City ialah di Sangam-dong, Mapo-gu.

Dari Jongno 3-ga, ambil Line 1 ke Seoul Station, kemudian ambil Airport Rail (AREX) ke Digital Media City station. Boleh juga naik subway Line 6 tapi naik AREX lagi cepat sebab cuma berhenti di dua stesen saja dari Seoul station - Gongdeok dan Hongik Uni, dan terus ke stesen Digital Media City. Keluar exit 9, jalan straight je.

 SBS Prism Tower
  2013 Korean Architecture Award for Excellence

Dah sampai..wahh..banyaknya ultra post-modern look buildings 
 
 dah nampak MBC HQ

 landmark MBC yang femes, yang ada dalam kdrama Kill Me Heal Me
dan movie Avengers

this is huge 

Di MBC World ada 'guided tour' selama sejam, pelawat dibawa melawat studio newsroom, hologram studio, star park. Check info di internet, rupanya kena buat reservation dulu. Boleh beli tiket secara online - 18,000 won.

Kami cuma jalan-jalan di kawasan MBC ni saja, snap-snap gambar.

 Star Park

 artis Korea

bangunan cafe

Bergerak balik ke stesen. Suka pula tengok kawasan neighbourhood on the way ke stesen ni.

teringin nak lepak2 kat luar convenience store
mcm dalam kdrama..tapi cuaca panas..huhu..

kedai runcit, a mom-and-pop store

 cute cafe

Singgah di bakery ni, Miseum - stylish dessert bakery

Miseum Stylish Dessert Bakery

modern look

menarik bakery ni, banyak juga roti, sandwiches yang rasa-rasa boleh dimakan, tapi tak beli. Cuma order mango ice flakes, cuaca panas rasa nak makan something yang sejuk.

vegetarian section

cakes

green tea coconut mochi bread
 
ruang makan di tingkat atas

mango ice flakes, nyum, nyum..sedap

bergerak pulang

balik pun naik AREX juga
 
to Seoul Station

-------------------------------------------------

Di Seoul Station, mencari exit 15 untuk ke Seoullo 7017. Ikut signage, jauh juga, berpusing-pusing. Singgah e-mart, beli minuman ni, nampak macam best. Musim panas, sentiasa dahaga..hihi..alasan, sebenarnya nak mencuba pelbagai minuman di kedai serbaneka. Lain kedai, lain brand.

beli honey pear, sedap giler
harga 1,000 utk air peket, 600 utk ais batu

e-mart ni dekat exit 15. ada signage ke Seoullo.


Tapi bila keluar, macam lost, berjalan ke arah Lotte Department Store/Mart. Last-last check google, rupanya kena turun bawah ikut tangga ni.


Dari sini dah nampak Seoullo 7017.

 Seoullo 7017

Seoullo 7017, also known as the Seoul Skygarden or Skypark, is an elevated, linear park in Seoul, built atop a former highway overpass. The path is about one kilometre in length and lined with 24,000 plants. The disused overpass closed in 2015 and cuts diagonally across Seoul Station at 17m above street level. The '70' in the name comes from the year 1970 when the flyover was completed, while the '17' is both the number of walkways connected to it, and the year 2017, when it was opened. It was designed by MVRDV, a Dutch firm.

Seoullo 7017 - jalanraya yang ditukar kegunaannya jadi taman dan laluan pejalan kaki. Salah satu town planning project to revive and revitalise abandoned structure in Seoul. Seperti High Line di New York. Ok, jom berjalan di atas laluan Seoullo 7017 di bawah terik mentari, pukul 12 tengahari.


Selain daripada pokok-pokok bunga, ada juga cafe, souvenir shop, pentas. Penggunaan glass wall menambah keriangan, sambil berjalan boleh menikmati suasana sekitar.

pelbagai jenis pokok

bangunan lama Seoul Station
dijadikan Culture Station Seoul 284
designed by Tsukamoto Yasushi features Byzantine-style dome
lebih kurang sama design dengan Tokyo Station

Seoul city centre

sistem jalanraya yang canggih

Sambung berjalan, menuju ke Namdaemun Market. Kalau hari tak panas, memang best berjalan-jalan di atas ni.

Hydrangea

menghampiri Namdaemun Market, Seoullo 7017 dah sama level
dengan jalanraya

Moomin Cafe baru dibuka -cute nya

 The Moomins are creatures from a Finnish children's book series.They are a family of white and roundish trolls with large snouts.

Moomin characters

Ok, bersambung next entry di Namdaemum market..makan2, shopping2..

till then, thanks for reading.

20 comments:

  1. Replies
    1. best..cuma cuaca je x best..panas banget..

      Delete
  2. Tengok gambar2 ni..rasa nak layan drama Korea pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok neighbourhood area di Seoul..

      Delete
  3. Korea memang cantik..

    mudah-mudahan diberi kemampuan untuk bawa new wife ke koera nanti..

    aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..in shaa Allah..ramai yg gi honeymoon di sini..

      Delete
  4. Yahooo. Seoullo! Confirm ah nak jejak once balik nanti. Kena masuk dalam list else marah kat diri sendiri. Duk imagine juga sure lawa bila winter ni. Tetiba winter kan. Thanks for sharing btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam city centre, senang nak jejak...ooo..winter holiday..you're welcome..

      Delete
  5. Memang best jenjalan kat Korea nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..banyak tempat menarik di Seoul..belum habis cover..huhu..

      Delete
  6. Hadoi.. menarik betul.. Terutama sekali taman dekat atas highway tu.. Ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalanraya convert jadi taman & pedestrian walk...best jalan2 atas ni sambil lihat pemandangan kotaraya Seoul..

      Delete
  7. Mango patbingsu tu nampak sangatlah meriah... slurppp :D

    ReplyDelete
  8. sedapnya mango ice tu.. tempting tgk food presentation kt sana. hehe
    bersih betul jln2 di sana compared to mesia. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp..telan ailio masa tulis ni..hehe..jalan2 di sana bersih..tp kt lorong2 byk gak sampah, puntung rokok...

      Delete
  9. CT stuju part nak cuba drinks kat kedai tu hahaha i would definitely do the same too. apa lagi kan cubala da ade chance. mangooooo bingsu tu menggodanya kak.. haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2 packet drinks kt convenience store kt korea..something yg tkde kt msia..kena cubalah..hihi..mango bingsu tu mmg heaven..teringat-ingat sampai sekrg..

      Delete
  10. Hye nak tanya digital media city tu ade tak lift or escalator? Sebab bawak parents and wheelchair. Bolehla berdiri tapi nak elakkan tangga. Jauh tak mbc dari station? Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. raaanya semua subway station di Seoul ada lif, tapi kena cari sbb lokasi selalunya tersorok sikit...
      stesen digital media ni stesen baru, fasiliti ok..exit 9 tu tak ingat ada escalator ke tak, rasanya ada..

      sederhana jauh..bolehlah..kalau cuaca sejuk ok..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!