Tuesday, 7 August 2018

Seoul 2.0 : Fully Hong Mini Hotel

Let's get started. Catatan perjalanan di Seoul untuk kali kedua.

[Itinerari keseluruhan, sedikit info ada ditulis dalam entry sebelum ni]

Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul pada pukul 1.35 pagi hari Jumaat, 27 Julai 2018. Travel kali ni, berdua dengan anak saudara perempuan. Kiranya birthday trip untuk kami berdua, birthday akhir bulan Ogos dan awal bulan September. Celebrate awal..hehe..

Alhamdulillah, sampai di Incheon, pukul 8.35 pagi waktu Seoul. Jejak kembali airport Incheon setelah lima tahun berlalu. Pertama kali ke Seoul selepas PRU13, kali ni selepas PRU14...kebetulan...hihi..

Bercadang ambil 'airport railroad' AREX ke bandaraya Seoul. Jom top-up kad T-money. Guna kad yang dulu, Alhamdulillah, masih boleh digunakan lagi walaupun dah lima tahun, takde expiry date kad ni.

Jalan-jalan cari convenience store, ada CU je, top-up KRW 20,000. Laluan ke airport railroad, depan CU, ada eskalator turun ke basement 1.

Kali ni stay di Fully Hong Mini Hotel di kawasan Jongno. Stesen subway terdekat ialah Jongno-sam(3) ga. Dari airport, naik AREX, naik yang all stop train ke Seoul station, then ambik Line 1 ke Jongno sam (3)-ga station, exit 15.

Tapi exit 15 tu tangga je, keluar exit 14, ada eskalator. Orang korea mcm tak kisah naik turun tangga, yang malaysia mesti cari eskalator..hihi..


Lokasi Fully Hong Hostel, yang penting dekat stesen subway & airport bus stop

Kalau naik airport bus, bas no. 6002, turun di Jongo 3-ga, tambang 10,000 won.

 Di stesen ni, ada tiga line - Line 1, 3  & 5

airport bus stop ke Incheon Airport



Hotel ni 4-tingkat, takde lif, ada provide breakfast (roti, jem, jus, teh, kopi), boleh nak masak, ada dapur, microwave. Ada juga disediakan kabinet khas untuk pinggan, periuk, sudu-garpu untuk makanan halal.

 reception-kitchen-dining area

Sebab booking lambat, bilik twin-sharing dah habis, booked double room with attached bathroom. Bilik dia kecik je, queen-size bed. Tapi oklah untuk dua orang. Toiletries - shampoo, bath foam, ubat gigi dan hairdryer ada disediakan. Tapi tuala mandi besar tak disediakan, cuma diberi tuala saiz kecik, tuala muka.

 double room - very basic

Masa kami sampai, girl yang jaga reception tu Cina Malaysia, Cheryl namanya. Very friendly, cakap melayu je. Boleh whatsapp dia at 016-853 1135, nak tanya, nak booking bilik ke.

--------------------------

Di sebelah Fully Hong Hotel, ada satu lagi mini hotel - Eyagi Mini Hotel. Betul-betul depan dua hotel ni ada banyak 'alley restaurants' - restoran di lorong-lorong. Restoran ikan bakar. Femes di Seoul kawasan ni.

Restoran ikan bakar
Fully Hong Hotel & Eyagi Hotel di sebelah kanan

Cheryl rekomen restoran yang kedua dari Fully Hong Hotel. Restoran yang depan Eyagi Hotel (nampak tangga hotel dalam photo diatas). Restoran ni takde jual pork.

ikan bakar - pagi-pagi dah ada
 walaupun tersangat dekat tapi kami takde pun makan kat sini..huhu..

 masuk tv

 rancangan 'Baek Jong Won's alley restaurants' di channel One
menarik juga rancangan ni

alley restaurant yang lain

Jongno 3-ga ialah 'jewellery town of Seoul'. Banyak kedai-kedai emas di kawasan ni. Memang bling-bling..

 kedai-kedai emas

 kawasan Jongno 3-ga

 Kat belakang hotel, ada panggung wayang - Seoul Cinema
dan juga theater untuk pertunjukan The Painters : Hero

Dekat juga dengan Cheongye Stream, walking distance je.
 Cheonggye Stream @ Jongno

Bolehlah consider dua-dua hotel ni kalau ke Seoul. Jongno ni lokasinya di central Seoul, banyak tempat menarik dalam walking distance - Insadong, Gyeongbokgung, Jongmyo, Bukchon, Anguk-dong.

Kos untuk 6 malam = RM1,090.79 selepas diskaun, booked through Agoda. Check-in pukul 2.00 petang, tinggal beg, jom start ronda, jalan-jalan cari makan Seoul.

10 comments:

  1. WAH BERCUTI KE KOREA PULA SERONOKNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rancangan lima tahun..hihi..
      jadi pemandu pelancong utk anak sedara, sambil2 tu melawat tempat baru..

      Delete
  2. Lokasi stategik hotel ni. Dekat dengan tempat makan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangat dekat.hihi..tiap2 hari amik bau ikan bakar..

      Delete
  3. Uishh... chef Baek dah pernah review makanan di kedai tu noo... mesti sedap ikan bakarnya. Dulu saya sempat try ikan bakar di Itaewon ja, nama restoran tu 'MAKAN'. Sedap juga la ikan bakar dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. asyik bertangguh, last2 tak makan kt kedai tu..huhu..
      kat Itaewon byk kedai halal, takde rasa was-was nak makan, ikan bakar depa rasanya semua sama kot..just bubuh garam & grill..

      Delete
  4. woo akak pegi dgn anak buah.. mesti anak buah suka kpop kan tu pegi cari tempat2 kpop tu ehehe.. bestnya..!!!!! nak ekot..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak buah suka yg SM Entertainment..Exo, Super Junior..

      akk JJCM..hihi..

      Delete
  5. Comel betul hotel dia.. Seronok bila jumpa orang dari negara sendiri ye.. mudah komunikasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sib baik dia introduce, kalau tak, ingat dia org korea..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...